Resepi Nyonya Pai Tee Untuk Jamuan Kecemasan


Kredit: Gerald Lee Pai Tee sememangnya adalah snek minum petang kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Kesegaran inti Pai Tee dan kerangupan kulit Pai Tee boleh membuatkan sesiapa saja mengeluh gembira. Bukannya kerana Pai Tee ini tak sedap tetapi keringkasan sajian inilah yang membuatkan Pai Tee cukup popular.
Malangnya, walaupun Pai Tee popular, memang susah untuk jumpa Pai Tee dijual. Saya ada satu soalan untuk anda. Berapa banyak kali anda mengunjungi ke kedai nasi ayam tempatan yang terkenal hanya untuk menghilangkan rasa mengidam anda untuk menikmati Pai Tee yang enak?
Kalau jawapan anda ialah ‘banyak kali’, saya mungkin dapat menolong anda untuk pastikan anda mendapat Pai Tee setiap kali anda mengidam untuk makannya.
Kenali Pai Tee Bagi peminat Pai Tee di luar sana, memang memalukan kalau anda tak tahu sedikit sejarah ataupun asal-usul makanan ini.
Pai Tee merupakan sajian Nyonya yang seakan-akan sajian popia Cina kerana menggunakan inti yang diperbuat daripada sayuran yang diparut seperti sengkuang dan lobak merah. Nama Pai Tee ini diberi kerana bentuk kulit Pai Tee yang panjang dan seperti topi tinggi. Oleh itu, snek ini telah diberi nama ‘Pai Tee’ yang bermaksud ‘Topi Tinggi’ atau ‘Top Hat’ dalam bahasa Inggeris.
Menarik, kan? Jadi, kita sudahpun tahu sedikit sebanyak tentang Pai Tee. Sekarang, kita perlu belajar menyediakan Pai Tee pula. Untuk mendapatkan Pai Tee yang betul-betul sedap dan tak kedekut, memang susah. Jawapan bagi masalah ini, buatlah sendiri dan hasilnya memang memuaskan!

Bahan-Bahan:
a) Pai
18g tepung gandum120g tepung pulut1 biji telur (Gred A)13g minyak masakSecubit lada sulahSecubit garam140g air b) Inti
1 taukua atau tauhu, dihiris 1kg lobak putih cina, diparut1 lobak merah, diparut4 cendawan kering, direndam hingga lembut dan dihiris nipis150g udang segar, dibuang kulit, dibuang urat, diptong menjadi ketulan kecil80g kacang buncis, dihiris3 ulas bawang putih, cincang halus1 sudu besar sos tiram1 sudu besar kicap cair1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasaSecubit lada sulah c) Untuk Hiasan
Daun bawangParsliBawang goreng d) Sos

5 sudu besar sos cili bawang putih 3 sudu besar sos cili manis2 sudu besar kicap cair8 biji limau, jus diperah2 sudu teh biji bijan dipanggang2 sudu teh kacang panggang Cara-Cara:
a) Pai
Dalam mangkuk besar, masukkan kesemua bahan dan kacau rata hingga adunan halus.Biar adunan rehat selama 40 minit.Dalam kuali dasar dalam, isi hingga minyak meliputi acuan Pai Tee. Panaskan minyak atas api sederhana besar kemudian kecilkan api. Panaskan acuan Pai Tee dalam minyak panas.Pindahkan adunan ke dalam balang kecil dan dalam.Celup acuan yang panas ke dalam adunan. Litupi acuan dengan adunan.Celup acuan panas ke dalam adunan selama beberapa saat agar adunan melekat dengan sekata pada acuan. Kalau tak, ada ada lubang jika adunan tidak meliputi acuan dengan sekata.Biar lelehan lebihan adunan menitis. Kemudian, celupkan acuan ke dalam minyak panas. Anda boleh kecilkan api jika terlalu panas. Biar acuan terendam di dalam minyak selama beberapa saat sebelum mengeluarkan pai menggunakan sepasang penyepit. Jika dikeluarkan dengan begitu pantas, pai akan meleper dan kehilangan bentuknya.Goreng hingga perang keemasan. Pindahkan pai ke atas pinggan yang dilapik tisu dan simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk. Anda boleh sediakan kulit pai lebih awal. b) Inti
Letakkan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali tak melekat. Goreng tauhu hingga kuning keemasan dan ketepikan.Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang putih hingga wangi. Masukkan udang. Goreng hingga bertukar warna.Masukkan tauhu dan cendawan. Kacau rata. Masukkan lobak putih atau sengkuang, lobak merah, kacau selama 3 minit dan masukkan kicap cair, garam serta lada sulah secukup rasa.Masak hingga sayur lembut. Masukkan kacang buncis dan goreng selama 3 minit lagi. Pindahkan ke dalam mangkuk berasingan dan ketepikan. c) Sos
Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan kacau rata. Anda boleh tambah mana-mana bahan menurut citarasa anda. d) Menghidangkan Pai Tee
Susun kulit pai di atas pinggan dan cedokkan inti ke dalam. Kemudian, hias dengan sedikit taburan daun bawang, parsli dan bawang goreng. Titiskan sedikit sos cili di atas dan siap! Simpan untuk Kecemasan Saya harap resepi Pai Tee ini dapat membawa manfaat kepada anda dan membantu anda bila-bila masa anda perlukan idea snek atau sajian yang nak disediakan semasa jamuan atau majlis, khususnya apabila anda terlupa yang anda perlu sediakan makanan. Tapi, hal ini boleh berlaku kalau anda sediakan kulit Pai Tee siap-siap. Kalau tak, kelam kabut anda nanti!
Jika anda ada sebarang soalan atau pertanyaan tentang masakan Nyonya dan Peranakan, silakan hantar soalan anda itu kepada saya di laman Instagram saya. Jika anda mahu melihat resepi-resepi Nyonya saya yang lain anda boleh kunjungi laman Instagram atau Facebook Butterkicap. Teruskan mengikuti saya dan Butterkicap untuk lebih banyak resepi menarik.
The post Resepi Nyonya Pai Tee Untuk Jamuan Kecemasan appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-nyonya-pai-tee-untuk-jamuan-kecemasan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Corn Dog Mozzarella Cheese Leleh

Resepi Corn Dog Mozzarella Cheese Leleh

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 802 hits
Korang pernah tak makan Cheese Corn Dog Kalau korang nak tahu Cheese Corn Dog ini merupakan salah satu Korean street food yang tengah viral sekarang ni dalam kalangan rakyat Malaysia Sebenarnya hidangan ini sangat mudah untuk dihasilkan dan...
Resepi Ayam Kukus Cina

Resepi Ayam Kukus Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 546 hits
AYAM KUKUS CHINESE1 ekor ayam dipotong 20 24 2 halia dihiris nipis5 batang daun bawang dipotong panjanggaram secukup rasaBahan untuk perap 3 sdb kicap cair2 sdt minyak bijan1 sdt lada serbuk hitamgaram secukup rasa gaul semua bahan dan lumu...
Resepi Poket Sandwich Berinti Juadah Minum Petang Yang Lazat

Resepi Poket Sandwich Berinti Juadah Minum Petang Yang Lazat

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 1570 hits
Resepi Poket Sandwich Berinti Juadah Minum Petang Yang LazatUntuk poket sandwich
Resepi Daging Bakar Danok Belum Cuba Belum Tahu Dah Cuba Baru Tahu

Resepi Daging Bakar Danok Belum Cuba Belum Tahu Dah Cuba Baru Tahu

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 799 hits
RESEPI DAGING BAKAR DANOK BELUM CUBA BELUM TAHU DAH CUBA BARU TAHUesok cuti boleh la try buat untuk anak anak kan
Resepi Cepat Ayam Goreng Kunyit Berlada

Resepi Cepat Ayam Goreng Kunyit Berlada

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 292 hits
assalamualaikum salam sejahtera nak share resepi hah hah hah sebelum membawang mari saya jelas kan ye yes saya kalau masak minyak memang byk byk tu tak la byk over the limit semua gambar masakan saya confirm minyak tu meladung dlm pinggan s...
Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1687 hits
Hi guys Cucur jagung ni memang my favorite especially yg my mom buat Setakat ni tak ada yang boleh challenge lagi rasa macam cucur jagung my mom So ni kira resepi simple from her tapi ni version paling simple guna bahan basic je yang ada ka...
Resepi Ayam Kapitan

Resepi Ayam Kapitan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 603 hits
hai assalammualaikumResepi Ayam Kapitan Haritu ada tengok dekat tv dia masak ayam orang tu namakan ayam kapitan Tengok mudah je tapi ada sesetengah bahan takda Tapi nak buat juga la sebab dah tak tau nak masak ape Lauk ulang ulang bosan jug...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner