Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Nasi Lemak Yang Sedap


Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal  Nasi Lemak Yang Sedap | Salam semua, sis memang peminat nasi lemak tegar. Kalau masuk pasar pagi, tempat sama sis beli nasi lemak dah masuk 6 kali beli dengan akak yang jual nasi lemak. Memang padu nasi lemak dia jual. Biasa sis ambil dengan sambal ikan bilis, nampak ada juga sambal kerang dan sambal paru. Tapi mungkin lain sikit harganya.


Nak makan nasi lemak, kekuatannya adalah mesti sambal nasi lemak kan. Nasi  pun mesti kena sedap baru lah gandingan dengan sambal pun sedap juga.

Walaupun sis rajin beli nasi lemak, tak bermaksud tak pernah masak sendiri. Biasa kalau sis buat sambal mesti dengan ikan bilis. Kalau selera tekak nak bertukar, boleh masak sambal nasi lemak yang lain sikit.

Nasi lemak sedap digandingakan dengan sambal telur rebus, sambal sotong, sambal paru, sambal udang, sambal ikan tongkol atau sambal kerang. Banyak jenis ya sambal yang boleh dimakan dengan nasi lemak, Tak adalah asyik nak makan dengan sambal ikan bilis.

Jadi, kali ini sis nak kongsi cara buat nasi lemak yang sedap meletop. Walaupun penyediaan nasi lemak ini mudah nak masak, tapi ada petua - petua tertentu nak bagi nasi lemak sedap. Nasi lemak pun ada yang kukus dan ada yang tanak macam biasa.

Untuk resepi nasi lemak, kalian boleh lah ambil yang mana satu sis dah tulis kat sini, cuma resepi sambal yang berbeza. Dah namanya nasi lemak mesti kena ada santan sebab itu adalah bahan utama.

Ok lah jom, kita tengok resepinya ya.


1. Resepi Nasi Lemak Dengan Sambal Paru Sedap

Nasi Lemak Sedap
Sumber : Buat Orang Lapo

Bahan-bahan nasi lemak
2 Cawan Beras
3 Cawan Santan Pekat
1 sudu kecil Garam
2 Helai Daun Pandan

Cara-cara membuat nasi lemak
Basuh beras hingga bersih dan toskan.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan juga santan. (sukatan santan sama seperti memasak nasi biasa)
Masukkan garam secukup rasa dan juga daun pandan untuk bagi nasi lemak menjadi wangi.
Kacau sebentar dan masak nasi seperti biasa.

Sambal Paru Sedap 
Sumber : Azie Kitchen

Bahan rebus
500 gram paru
1-2 inci halia - hiris kasar
Garam
1 batang serai - ketuk

Bahan Kisar Kasar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar

Bahan lain
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar gula
Garam - jika perlu
1 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holand - hiris nipis
1 batang serai - ketuk

Cara cara
1. Rebus paru dengan semua bahan diatas sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan. Setelah sejuk, hiris nipis nipis mengikut yang disukai.

2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya tenggelam paru. Goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing yang disukai. Angkat dan tos.

3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan terbit minyak.

4. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam, jika perlu. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Bolehlah ditutup api.

5. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata.



2. Resepi Nasi Lemak Sambal Udang Paling Sedap
Sumber : Buat Orang Lapo

Bahan-bahan nasi lemak
2 Cawan Beras
3 Cawan Santan Pekat
1 sudu kecil Garam
2 Helai Daun Pandan

Cara-cara membuat nasi lemak
Basuh beras hingga bersih dan toskan.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan juga santan. (sukatan santan sama seperti memasak nasi biasa)
Masukkan garam secukup rasa dan juga daun pandan untuk bagi nasi lemak menjadi wangi.
Kacau sebentar dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan sambal udang
15 Ekor Udang
Garam
4 Sudu besar Sambal Segera Kokomo
1/2 biji Bawang Besar
Sedikit Air

Cara-cara
1. Gaulkan udang dengan sedikit garam sehingga rata.
2. Goreng udang separuh masak dengan sedikit minyak.
3. Apabila udang dah separuh masak, buang lebihan minyak jika terlalu banyak.
4. Masukkan sambal segera kokomo dan kacau sebati.
5. Masukkan pula bawang besar yang dihiris bulat.
6. Letakkan sedikti air jika sambal terlalu kering.
7. Kacau sehingga udang betul-betul masak dan sedia untuk dihidangkan.


3. Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong Sedap
Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan:
750 gram sotong
5 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Gula Melaka
Air asam jawa

Bahan kisar:
2 ulas bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Menyediakan Sambal Sotong : 
1. Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan sotong. Biarkan sotong separuh masak dan air sotong keluar. Air sotong boleh dimasukkan ke dalam sambal, jika suka.

2. Dalam kuali lain, panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

3. Setelah cili terbit minyak, masukkan gula dan kacau rata sehingga warna sambal menjadi merah gelap.

4. Masukkan air rebusan sotong, air asam jawa dan garam. Kacau sehingga sambal sedikit kering dan terbit minyak.

5. Setelah sambal pekat, baru dimasukkan sotong. Kacau rata. Renihkan sambal dengan api kecil sehingga sotong masak, sambal pekat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api.


4. Resepi Nasi Lemak Dengan Sambal Kerang
Sumber : Blog Secubit Garam

Bahan - Bahan 
2kg kerang
3 batang serai diketuk
Sedikit garam
3/4 cawan air

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali.
2. Panaskan dan tutup kuali.
3. Biarkan seketika hingga keluar wap dan kacau biar sebati.
4. Tutup lagi dengan penutup kuali dan masak seketika lagi.
5. Padamkan api dan toskan kerang.
6. Kopek kerang hingga habis dan bilas sikit utk buang kekotoran dalam kerang dan ketepikan.

Bahan Untuk Sambal
2 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang merah  dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 in halia dihirs
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Air asam jawa
Sedikit garam dan gula
1/2 cawan air
Minyak

Cara Menyediakan Sambal Kerang 
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan - bahan yang dihiris.
2. Tumis hingga bahan - bahan kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. Masak hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar yang dihiris.
4. Masak lagi hingga bawang layu dan masukkan kicap dan sos tiram.
5. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
6. Kacau dan biarkan seketika, masukkan 1/2 cawan air.
7. Biarkan merenih dan masukkan isi kerang.
8. Masak lagi hingga kuah pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
9. Sedap dimakan dengan nasi lemak dan juga dengan nasi putih.


5. Resepi Nasi Lemak Kukus Rasa Macam Di Kedai 
Sumber : Saji.my

Bahan-bahan Yang Digunakan
(Untuk 200 bungkus nasi lemak)

2 mangkuk cili kering halus.
6 mangkuk cili kering besar. (gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yang terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar).
Minyak masak.
Beras putih.
Halia sebesar ibu jari.
Serai 4 batang.
Beberapa helai daun pandan yang di simpul.

Bahan Untuk Menumis Sambal
Bawang besar 8 biji
Bawang putih 3 labu
Serai 6 batang
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Halia sebesar ibu jari
Belacan 1 1/2 inci di bakar
Serbuk cili 6 sudu makan

Cara Membuat Sambal
1. Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.
2. Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.
3. Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dengan seimbang.
4. Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.
5. Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Simpan dalam besen dan ketepikan.
6. Kemudian, sediakan bahan-bahan utk menumis sambal.
7. Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.
8. Untuk blend bahan-bahan tumis, tidak perlu menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.
9. Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.
10. Setelah itu, boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. (Boleh gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama).
11. Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yang di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!
12. Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.
13. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dalam semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang ditapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas.
14. Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang dimasak dengan waktu lama. (Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu malam. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu dipanaskan dan fokus pada nasi pula).

Inilah sambal yang telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yang lama. 3-4 jam.
Sekarang beralih pada penyediaan nasi pula.

Cara Menyediakan Nasi Lemak
1. Cuci beras berkali-kali sampai betul-betul bersih. (Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi).
2. Tuang beras dan halia sebesar ibu jari, serai 4 batang dan beberapa helai daun pandan yang disimpul ke dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.
3. Untuk 10 mangkuk beras, gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.
3. Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.
4. Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja, 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.
5. Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.
6. Bila nasi sudah kering, pindahkan ke dalam periuk kukusan yang sudah dipanaskan.

Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit. Setelah nasi lemak siap, boleh diletakkan  timun, telur rebus atau ayam goreng sebagai pelengkap untuk untuk nasi lemak.


6. Resepi Nasi Lemak Utara Yang Sedap
Sumber : MyResepi.com

Bahan-bahan diperlukan
3 cawan beras gred AAA
1 inci halia (Dihiris)
2 biji bawang merah (Dihiris)
1 helai daun pandan (Disimpul)
2 cawan air
1 cawan santan
1 sudu makan halba
1 batang serai (Diketuk)
¼ sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan marjerin di dalam periuk. Tumiskan halia, bawang merah dan
3. daun pandan sehingga layu.
4. Masukkan air dan santan. Masakkan sehingga mendidih.
5. Masukkan beras, halba, serai, serbuk kunyit dan garam.
6. Masakkan seperti nasi lemak biasa.
7. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis ataupun sambal sotong,
8. timun, telur rebus, dan ikan bilis goreng.

Bahan- Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis
Untuk 4 orang makan. Gandakan kuantiti jika perlu

1 mangkuk ikan bilis
Gorengkan ikan bilis dengan minyak yang sederhana kecil supaya dapatkan tekstur rangup dan tidak hangit. Simpan minyak untuk menumis

2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1/2 ulas bawang besar *
Sedikit air

Semua bahan bertanda * dikisar

4 senduk cili kisar
1 keping asam keping
3 sudu makan gula melaka
Sedikit garam,serbuk perasa

Cara Menyediakan Sambal Yang Sedap
1.Tips untuk dapatkan sambal yang betul-betul sedap, rebus dahulu cili untuk dijadikan cili kisar.
2. Tumis bahan yang diksiar pada api perlahan dan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar dan asam keping. Setiap kali pecah minyak, tambahkan 1 sudu makan gula melaka.
4. Kali pertama pecah minyak, masukkan juga sebahagian ikan bilis goreng tadi.
5. Kali kedua mendidih selain masukkan gula melaka ke dalam sambal nasi lemak, buang asam keping.
6. Kita tak mahu rasanya terperap terlalu lama hingga sebabkan rasa masam.
7. Gula melaka berbentuk ketulan kecil ni tidak manis tapi untuk cantikkan warna. Nampak tak warna sambal nasi lemak begitu cantik ?

Lagi lama sambal tumis ikan bilis ini dimasak dengan api kecil, lagi sedap rasa sambalnya. Ini penting sebab resepi nasi lemak yang sedap dan tahan lama bergantung kepada sambalnya sebagai rahsia. Kami masak hampir 3 jam . Tapi berbaloi.


7. Resepi Nasi Lemak Sambal Terbaik Dengan Ayam Goreng Berempah
Sumber : Daridapur.com

Bahan-bahan untuk resepi ayam goreng berempah 
Untuk 4 ketul ayam

4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 cm halia

Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.

Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan perap ayam goreng berempah
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk kari
1/2 sudu makan serbuk cili merah
1 sudu teh garam
2 sudu makan kelapa parut

Bahan-bahan sambal tumis ikan bilis
Untuk 4 orang makan. Gandakan kuantiti jika perlu

1 mangkuk ikan bilis

Gorengkan ikan bilis dengan minyak yang sederhana kecil supaya dapatkan tekstur rangup dan tidak hangit. Simpan minyak untuk menumis

2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1/2 ulas bawang besar *
Sedikit air

Semua bahan  bertanda * di atas dikisar

4 senduk cili kisar
1 keping asam keping
3 sudu makan gula melaka
Sedikit garam,serbuk perasa

Cara Menyediakan Sambal Yang Sedap
1. Tips untuk dapatkan sambal yang betul-betul sedap , rebus dahulu cili untuk dijadikan cili kisar.
2. Tumis bahan yang diksiar pada api perlahan dan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar dan asam keping. Setiap kali pecah minyak, tambahkan 1 sudu makan gula melaka.
4. Kali pertama pecah minyak, masukkan juga sebahagian ikan bilis goreng tadi.
5. Kali kedua mendidih selain masukkan gula melaka ke dalam sambal nasi lemak, buang asam keping.
6. Kita tak mahu rasanya terperap terlalu lama hingga sebabkan rasa masam.
7. Gula melaka berbentuk ketulan kecil ni tidak manis tapi untuk cantikkan warna. Nampak tak warna sambal nasi lemak begitu cantik ?

Lagi lama sambal tumis ikan bilis ini dimasak dengan api kecil, lagi sedap rasa sambalnya. Ini penting sebab resepi nasi lemak yang sedap dan tahan lama bergantung kepada sambalnya sebagai rahsia. Kami masak hampir 3 jam . Tapi berbaloi.

Bahan-bahan masak resepi nasi lemak ni untuk 2 cawan beras untuk 4 orang makan.Gandakan kuantiti ikut nisbah diperlukan

2 cawan beras
Air secukupnya
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
1/2 cm halia dipotong nipis
1/4 cawan santan pekat

Cara Menyediakan Nasi Lemak 
1. Masak nasi hingga kering dengan masukkan bahan-bahan kecuali halia dan santan.
2. Bila dah kering dan warm, baru ditambah halia dan santan. Memang sedap dan tahan lama. \
3. Kami masak pagi, nasinya masih elok hingga ke malam.
4. Sementara menunggu nasi lemak siap, boleh la goreng ayam berempah.Goreng pada api sederhana kecil untuk elakkan hangit pada luar dan tidak masak.
5. Setiap 7 minit sekali terbalikkan ayam.
6. Bila dah masak toskan dan buang bahan perap dalam kuali tu.Goreng yang baru sehingga kekuningan bahan perap dan angkat.
7. Taburkan bersama ayam. Memang sangat sedap rasa ayam yang lembap dan rangup di luar.


8. Resepi Nasi Lemak Daun Limau Purut Dengan Sambal Telur Rebus 
Sumber : Ilham Dapur

Bahan- Bahan
2 cawan beras basmathi
1/2 cawan santan
3-4 helai daun limau purut
1 inci halia - hiris
2 sudu besar minyak sayur
1/2 sudu kecil garam
Air secukupnya - ikut sukatan beras masing-masing

Cara Menyediakan Nasi Lemak 
1. Cuci beras macam biasa, masukkan semua bahan lain bersama dan air secukupnya (maz isi dalam 2cm air atas paras beras), kacau sebati.
2. Masak seperti biasa hingga mendidih, kacau sikit agar sekata dan biar nasi masak sepenuhnya, kemudian gemburkan dengan garfu.
3. Boleh la dihidang bersama sambal bilis dan lauk pilihan, kalau nak resipi sambal bilis tu, ada kat label nasi.

Sambal Telur Rebus

Bahan- Bahan
5 biji telur rebus
1 labu bawang besar bombay *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 inci nisan keping/gula melaka gula,
Garam dan sedikit aji jika suka
Bilis goreng
Timun
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara Menyediakan Sambal Telur Rebus 
1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, goreng telur rebus dulu biar sedikit perang atau berkerak keliling telur, angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Tambah 2-3 sudu besar air dan tumis lagi biar cili masak lama sikit, masukkan nisan, sos tiram, sos cili, gula, aji dan garam.
5. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, masukkan sedikit air dan masak hingga sambal masak sempurna.
6. Masukkan telur yang digoreng tadi dan sebatikan, padamkan api.
7. Boleh dihidang bersama nasi lemak, ikan bilis goreng dan timun.


9. Resepi Nasi Lemak Terengganu Dengan Sambal Ikan Tongkol
Sumber : Bila Chah Ke Dapur

Bahan-bahan
3 cawan beras
Santan secukupnya
Secubit dua garam
Secubit dua gula
Daun pandan
*Boleh juga masukkan halba untuk meningkatkan lebih aroma

Cara-cara
Basuh beras sehingga bersih
Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi. Letak santan, garam dan juga garam dan tanak lah seperti biasa.

Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Tongkol
4-5 ketul ikan tongkol
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak

Cara-cara
1. Rebus ikan dengan air yang minimum. Masukkan asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan wow rasanya kerana rasa masam dan masin meresap jauh ke isi ikan.
2. Goreng ikan yang direbus tadi dan ketepikan. Tak perlu terlalu garing.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
4. Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan gula nisan, dan air rebusan ikan.
6. Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.

Terima kasih buat ke semua penyumbang resepi untuk resepi nasi lemak dan sambal nasi lemak yang sedap.

Baca sini : Resepi Homemade Sambal Tumis Hanya 4 Bahan
Baca sini : Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa
Baca sini : Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/02/resepi-nasi-lemak-dengan-9-jenis-sambal-nasi-lemak-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Saleh Jual Nasi Lemak Rm3 Habis Licin Dalam 2 Jam Siap Kongsi Resepi Sambal Nasi Lemaknya

Mat Saleh Jual Nasi Lemak Rm3 Habis Licin Dalam 2 Jam Siap Kongsi Resepi Sambal Nasi Lemaknya

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 875 hits
Jarang kita lihat mat salih berniaga nasi lemak tapi hakikatnya situasi itu berlaku di negara ini Itulah rutin warga Amerika Syarikat Michael White selama dua jam dekat Taman Tun Dr Ismail Park atau lebih dikenali sebagai TTDI Park di ibu n...
Nasi Lemak Daun Pisang Sambal Meletop Hanya Rm1 50

Nasi Lemak Daun Pisang Sambal Meletop Hanya Rm1 50

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1617 hits
Assalamualaikum Nasi lemak daun pisang Dah susah nak cari nasi lemak daun pisang yang sedap dan yang kena dengan tekak Memang ramai yang jual nasi lemak Tak kisahlah nasi lemak yang mengekalkan tradisi leaslian rasa dah rencahnya mahupun na...
Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap

Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 1165 hits
Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap Kalau setakat untuk makan berdua lebih baik beli je Orang kata masak kat dapur orang lain Jomlah kita ramai ramaj dinner kat dapur orang lain lebih jimat masa dan duit Hehe Order makan dan bayar Ta...
Makanmakan Nasi Padang Sedap

Makanmakan Nasi Padang Sedap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 381 hits
Nasi Padang Selero Simpang Tiga Shah Alam untuk makan tengahari Orang Malaysia tapi seleranya masakan daripada orang Padang Cukup rasanya Terbaik boss nasipadang makanFollow saya tau di Facebook DANJangan lupa untuk subscribe channel saya g...
Resepi Labu Kuning Masak Lemak Putih

Resepi Labu Kuning Masak Lemak Putih

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1885 hits
Resepi Masak Lemak Labu antara resepi pembuka selera ala kampung ni antara makanan kegemaran saya yang cukup mudah dan ringkas tapi sedap dan bertambah sedap kalau dipadankan dengan sambal belacan dan ikan kering mahupun ikan goreng Resepi ...
Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 368 hits
Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang MudahAssalamualaikum semuanya Kembali ke channel Papaglamz TV Baiklah hari ini saya nak tunjukkan cara cara memasak ayam penyet berserta sambalnya yang sedap dan mantap Seperti y...
Resepi Ikan Percik Kuah Putih Senang Dan Sedap

Resepi Ikan Percik Kuah Putih Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 723 hits
Resepi Ikan Percik Kuah Putih Senang dan Sedap Saya suka masak ikan percik kuah putih untuk makanan harian keluarga sebab senang dimasak dan sedap Lauk ni tak pedas jadi anak anak boleh makan Suami juga suka lauk percik tapi ikan kegemarann...
Mengenyangkan Rasa Lemak Ibu Ini Share Resipi Bubur Nasi Mudah 10 Minit Je

Mengenyangkan Rasa Lemak Ibu Ini Share Resipi Bubur Nasi Mudah 10 Minit Je

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 717 hits
Untuk bayi yang berusia enam bulan mereka sudah pun boleh makan Selain diperkenalkan dengan bubur kosng mahupun puri buah dan sayur ibu boleh menyediakan bubur berperisa untuk menarik minat anak Untuk memudahkan proses memasak ibu bolehlah ...
Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 989 hits
Kek Coklat Kismis Moist SedapKek coklat kismis moist bakar topping Cadbury fuhhh memang sedap Sesekali makan sedap begini apa salahnya kan Buat ubat rasa sikit je Betul ke sikit je makannya heheheBaru baru ini tekak teringin sangat nak maka...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord