Resepi Kuah Laksa Lemak Yang Sedap Dimakan Dengan Laksa Atau Laksam


RESEPI LAKSA LEMAK | Assalamualaikum semua. Semalam malas pulak nak masak apa-apa untuk sarapan jadi Sha sarapan dengan nasi kerabu yang di beli di pasar, alang-alang keluar cari ikan segar di pasar. Makan nasi kerabu memang sampai petang kekenyangan jawabnya. Pukul 2 petang tiba-tiba teringin nak makan laksa, Sha cakap kat suami dan suami cakap nak pergi makan kat Padang Polo ke? Tapi Sha teringin nak makan Laksa Lemak atau pun Laksa Terengganu juga Laksa Kelantan, ehh tak pasti pulak apa perbezaan mereka ini jadi Sha dari dulu memang biasa panggil laksa lemak pendek kata laksa lemak ini sebenarnya laksa yang dimakan dengan kuah laksam. Jadi Sha kongsikan resepi kuah laksam dan aksesori yang biasa di makan bersama Laksa Lemak ini. Memang dari kecil mak Sha ajar makan macam ni dan panggil macam ni..huhu

Sejak tinggal di Perak memang Sha jaranglah jumpa laksa lemak, sebabnya biasa kedai buat laksam siap bungkus. Sha tak berapa suka makan laksam. Jadi bila teringin laksa lemak kena masak sendiri, kalau nak makan laksa biasa kuah merah atau laksa penang memang banyaklah. Kalau ke Padang Polo Ipoh, korang tinggal pilih sahaja nak laksa dari lori penjaja mana. Di Padang Polo ada laksa Ipoh, Laksa Khomsa, Laksa Kedah dan lain-lain tapi kalau cari laksa kuah putih memang tak akan jumpa. Jadi macam mana nak buat laksa kuah putih? Jom tengok resepinya di bawah
Resepi Kuah Laksam 8 ekor ikan sardin ( Direbus & ambil isi)
Bawang merah besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1/2 inci
Lada hitam 1 sudu besar
Asam keping 5 keping
Santan pekat 1/2 kg
Air
Garam
Gula
Cara-cara Masak Kuah laksam
1. Ikan direbus kemudian diasingkan isi dan tulang. Jangan buang air rebusan, nanti nak guna lagi.

2. Satukan bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam + isi ikan dan air di dalam blender dan blend.

3. Nyalakan api dapur. Dalam periuk masukkan santan dan masukkan bahan blender tadi. Letakkan asam keping juga

4. Kacau dan masukkan air rebusan ikan tadi. Jika pekat masukkan air sedikit.

5. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Diingatkan supaya kacau kuah jangan biarkan ianya pecah minyak dengan api sederhana. Sha suka kuah yang lembut tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.


Bahan-Bahan LainSambal
Sha cuma rebus cili kering dan blend.
Ulam-Ulaman
Kacang panjangTimun BatangKubisTaugehLimau NipisBunga kantanPerasa
Garam HalusBelacanKali ini Sha rindu sangat nak makan dengan tangan, suami Sha pun dah pelik tengok Sha makan laksa dengan tangan tak pakai sudu macam biasa. Dulu pun Sha pelik tengok orang makan laksa dengan tangan tapi bila cuba sendiri, nikmatnya lebih sedap. Sha suka makan laksa ni letak sambal lebih sikit bagi kuah kemerah-merahan lagi ummph!

* Santan lebih? Boleh masak resepi ini --> Resepi Masak Lemak Udang Dengan Kacang Buncis
Biasa yang Sha tahu kalau bukan orang pantai timur, mereka tak hidang dengan cara macam ni dengan garam dan belacan asing semuanya disatukan. Kalau tak pernah makan macam ni bolehlah cuba nanti. Suami Sha pun sudah biasa dengan hidangan sebegini, kalau kuah tak cukup masin, tak ada masalah sebabnya kita hiding siap dengan garam halus nanti boleh tambah sendiri. Anak-anak pun suka makan laksa lemak kuah putih macam ini, nasib baik resepi laksa kuah lemak putih ini mudah sahaja.

Ehhhh... Jangan lupa beli laksa pulak yea!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2018/10/resepi-laksa-lemak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 601 hits
Bahan Bahan tulang daging mee kuning bawang merah bawang putih bawang besar halia lada hitam sawi carrot kobis telur tomatoCara Penyediaan Rebus tulang daging sampai empuk Panaskan minyak tumis bahan tumbuk Bila dah garing masukkan kedalam ...
14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat

14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 613 hits
14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat Topping coklat memang menjadi kegemaran Jangan kata kek kalau boleh semua benda nak letak topping coklat Paling best kalau keknya itu lembap dan lembut seperti resepi ...
Resepi Donut Sedap Confirm Jadi Kalau Follow

Resepi Donut Sedap Confirm Jadi Kalau Follow

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 440 hits
Alhamdulillah dah seminggu lebih kita di tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Masa ini boleh dikatakan semua mak mak sibuk didapur masak mencuba resepi baru kalau dulu jarang nak masak dirumah sebab sibuk bekerja sekarang Allah bagi kita pelu...
18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 340 hits
assalamualaikum salam sejahtera mentari hari ke 12 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia dah pun menyinari bumi alhamdulillah moga semua yg membaca ni kekal sihat dan ceria duduk di rumah ye jgn lari duduk rumah je pagi ni saya nak ...
Kambing Perap Salwa Blackpepper Dan Bbq Sedia Dimakan Keluaran Bumiputera Yang Sedap Berkualiti

Kambing Perap Salwa Blackpepper Dan Bbq Sedia Dimakan Keluaran Bumiputera Yang Sedap Berkualiti

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 698 hits
Yang teringin nak makan daging kambing sebab dah muak makan ayam hari hari tapi susah nak dapat waktu sekarang ni dan
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 3031 hits
Musim Covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia memaksa hampir setiap negara mengambil langkah langkah berjaga dan mengawal pergerakan rakyat supaya rantaian jangkitan virus tersebut dapat diputuskan Sehingga hari ke 18 jumlah jangkitan di...
Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 1144 hits
Kuih siput rangup dan paling sedap Kuih siput adalah kuih yang dibuat bermusim terutamanya apabila tiba musim perayaan Saya memang penggemar kuih siput dan akan membelinya bila tiba hari raya dengan jumlah yang banyak Kalau kuih siput itu s...
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 439 hits
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Hari tu saya kongsikan resepi puding hasil air tangan KC Iman yang korang boleh baca kat dan kalau nak resepi dessert lain boleh baca kat tauMemandangkan tak berapa hari lagi kita nak menyambut R...
Resepi Laksam Terengganu Mudah Step By Step

Resepi Laksam Terengganu Mudah Step By Step

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 652 hits
Assalamualaikum Hai dan Selamat petang Uols Musim PKP ni kan Tak boleh jenjalan kat luar tapi boleh jenjalan dalam rumah Lebih lebih lagi ke dapur Berapa kali sehari la yer ulang alik masuk dapur tu Nak idea minum pagi or petang boleh try b...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium