Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Musim Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia memaksa hampir setiap negara mengambil langkah-langkah berjaga dan mengawal pergerakan rakyat supaya rantaian jangkitan virus tersebut dapat diputuskan. Sehingga hari ke 18 jumlah jangkitan di Malaysia sudah mencapai angka 3,333 orang. Harapan kita supaya yang dijangkiti diberi kesembuhan oleh-Nya inshaAllah amin
Hari ni saya nak share buat semua yang sedang duduk di rumah kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) satu resepi yang mudah je untuk hari ni, ikan tenggiri masak kicap. Semenjak semua dirumah ni lauk memang laju je jalan, nak beli di luar pun terhad jadi kita belajar masak sendiri sahaja kan
Hidangan Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Bahan- bahannya seperti :Ikan tenggiri sederhana besar potong 4 (atau beli yang blok pun boleh)Serbuk kunyit untuk salut ikanBawang besar saiz sederhana 1 bijiKulit kayu manis sebesar ibu jariBunga lawang 2 bijiCili hijau 1 tangkaiBawang merah 2 ulas Bawang putih 1 ulasKicap Sos cili 1 suduSos tomato 1 sudu ( tiada pun tiada masalah)Gula Garam secukup rasa
Cara-caranya :Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan kunyit sebentarPanaskan minyak dan goreng ikan tengiri hingga setengah masakSementara itu tumbuk bawang merah dengan bawang putihHiris melintang (membulat) bawang besar Hiris menyerong cili hijauAsingkan ikan yang telah digoreng tadi.Biarkan sedikit minyak, panaskan dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk hingga naik bau.Tambahkan sesudu cili sos dan sos tomato ke dalam bahan tumis ,gaul dan tumis hingga masakMasukkan kicap dalam 3 ke 4 sudu ke dalam kuali gaul dan tumis sebentar Tambahkan garam dan gula secukup rasaMasukkan sedikit air dan rebus sebentarKemudian masukkan ikan tenggiri yang setengah masak tadi dan rebus sebentar.Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong membulat juga cili hijau tadi.Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Ikan Tenggiri Masak Kicap
Boleh la anda semua cuba masakan tenggiri masak kicap dirumah. Semoga semua pembaca dan semua rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dari wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2020/04/resepi-ikan-tenggiri-masak-kicap-mudah-dan-sedap.html