18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba
assalamualaikum & salam sejahtera...
mentari hari ke-12 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia (PKP) dah pun menyinari bumi.alhamdulillah. moga semua yg membaca ni kekal sihat dan ceria duduk di rumah ye.jgn lari! duduk rumah je.
pagi ni saya nak share 18 resepi juadah berbuka puasa yang sedap wajib di cuba.kurang dari sebulan lagi bulan Ramadhan nak menjelma. aduhai 😌 seronoknya rasa...bulan Sya'ban ni pun, ramai yg berpuasa sunat di samping para wanita puasa ganti 😅.maka, memandangkan tahun ni pasar / bazar Ramadhan kebanyakan negeri tak dibuka, maka, ni la dia 18 resepi juadah berbuka puasa yang sedap wajib di cuba.semuanya mudah-mudah belaka. bahan-bahan yang ringkas.boleh cuba ye. 18 resepi juadah berbuka puasa ni juga sesuai di makan untuk bersahur. confirm membangkitkan selera di subuh hari 👍.
#1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap
Bahan Perap Ayam Bakar Madu
10 kepak ayam 8 ulas bawang putih* 2 sudu cili kisar* 3 sudu sos cili* 2 sudu cuka* 1 sudu kecil garam* 2 sudu gula merah* Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley
Semua bahan bertanda (*) dikisar halus
Cara Masak Ayam Bakar Madu
1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.
2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.
Resepi Asal : Shalimar Yusof
#2 - Ayam Percik
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)segenggam cili kering (di rebus) *2 inci halia *3 batang serai *5 ulas bawang merah *1 ulas bawang besar (merah) *3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)1 kotak santan pekatsedikit serbuk kunyitgaram dan gula secukup rasasedikit minyak untuk menumissedikit air sekadar perlu
CARA-CARA :
1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak.
2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air.
3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air
5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati
6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)
7 - Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik
Resepi Asal : Siti Awadah
#3 - RESEPI SIAKAP STIM LIMAU
Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekor Daun Ketumbar 5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih) 4 Bawang putih 1 biji lemon Sedikit garam dan gula Sedikit minyak untuk menumis
Cara buatnya :
1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.
3. Perasakan garam dan gula. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu.
4. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.
5. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp Siap dihidangkan.
Resepi asal : Kisah Si Diary
#4 - Ayam Goreng Kicap Madu
Bahan bahan ayam goreng kicap madu
6 ketul ayam4 sdb maduKicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)Secubit garam
Cara menyediakan
1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.
2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.
3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.
4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.
Resepi Asal : Mimi Azirah
#5- Sup Fishball
Segenggam ikan bilis segenggam dibasuh Bawang putih 5 ulas Bawang merah sebiji Halia Fish cake Fish ball Daun sup Daun bawang Garam Gula
Cara-cara:
1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).
3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit. *kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.
Resepi Asal : Marina Bashah
#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada
ayam kasi garam kunyitkan dan goreng.bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau kisar halus.kacang panjang potong panjang-panjang sesedap mata memandang.halia 2cm ketuk skitasam keping
1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula SIAP!
byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada. byk mana sambal yg kita nak. bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak
Resepi asal : Adianiez
#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam
Bahan - bahan
2 batang serai1 biji cili merah3 biji cili padi5 biji bawang merah kecil1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )1 biji tomato1 batang lobak merah kecil*3 helai daun limau purut ( tak letak )secekak daun ketumbar2 biji limau nipisGaram dan gula2 sudu sos ikanSos tiram
Cara - Cara 1. Basuh kaki ayam sebersihnya.2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.6. Hidang segera.
#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda
Bahan - Bahan
3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar5 ulas bawang merah1 sudu teh lada hitam3 sudu besar kerisikgaram secukup rasagula secukup rasa2 tangkai lada burung dipotong serong3/4 cawan santan yang diperah segar3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara - Cara
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.
NOTA:
1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
Resepi Asal Kerabu : Wani Sukarno
#9 - Peria Katak Goreng Telur
Bahan-Bahan :
Peria Katak – 3 BijiBawang Merah + Putih – TumbukIkan Bilis – Option Kalau tak letak pun bolehCili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblenderPerasaTelur – 1 biji
Cara-Cara :
Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.
Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.
Resepi Asal : Ummi Zarra
#10 Mee Kari
Bahan-Bahan -1 Minyak untuk menumis1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang3 ulas bawang putih dihiris1 inci halia dihiris1 batang kayu manis3 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga
Bahan-bahan - 2 100 gram serbuk kari daging - dicairkan1 Biji santan kelapa5 biji buah tomato10 biji telur
Bahan-bahan - 3Fishcake - dihirisFishball - dibelah empatDaging kembu dihirisDaging ayam dihirisUdang - dibuang kulitSotong - dihirisUbi Kentang - Option, tak letakpun tak apaSedikit garam
Bahan-bahan - 4Mee kuning - dicelurSayur sawi - dicelur Buah limau kasturiTaugeh - dicelurTahu goreng - dihiris nipisLada Hijau / Lada merah - dihirisDaun sup - dihirisBawang goreng
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.
2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.
3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok.
4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.
5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.
Resepi Asal : Cik Nani
#11 - Bihun Goreng Simple
Minyak (untuk menumis) Ayam/Udang/Sotong (goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan) Bawang Merah (potong-potong kecik) Bawang Putih (potong-potong kecik) Cili Kisar (1 sudu besar) (nak pedas, lebihkan) Sos Cili (1 - 2 sudu besar) Kicap (1- 2 sudu besar) Garam Gula
1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih.
2. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak.
3. Masukkan pula cili kisar. Biar sampai naik minyak / masak.
4. Bila cili dah masak, masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula. Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut.
5. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yg dah digoreng tadi. Gaul bagi sekata. kalau ada sayur, letak kan sekali.
6. Dan diikuti dengan bihun..Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun.. it's done...
Resepi asal : Fieza Sani
#12 Koay Teow Thng
Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)
2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.2 belah dada ayam1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan300 gram gula batu10 cm halia1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halusAjinamotoGaram - secukup rasaGulaMinyak MasakBawang putih - 3 labuCili boh - 1 bungkus kecilDaun bawang - di hiris halusTaugeh - di celurSup ManisPanaskan 3-4 liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam. Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.
Tips:1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.Sambal SupPanaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.
Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:1. Koay teow yang telah di celur2. Ayam yang telah di racik3. Fishball / fishcakes yang telah di potong4. Taugeh yang telah di celur5. Sambal sup6. Minyak bawang putih7. Daun Bawang
Resepi Asal : Yati Zul
#13 Bakso Mudah
Bahan-bahan
7-10 ketul bebola daging2 potong fish cake(pilihan)5-7 ketul fish ball(pilihan)1 batang serai1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)3 biji bawang putih*Sebiji bawang merah*2 hiris halia*Secubit lada hitamSecubit garam(ikut rasa)2-3 mangkuk airSayuran(terpulang kepada anda)
Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.
Tumbukkan bahan bertanda *
Bahan hiasan
Daun bawangDaun sadriCili padiBawang goreng
Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.4. Akhir sekali masukkan sayuran.5. Dah siap.
Resepi Asal : Khalisa Hazrina
#14 Kuay Teow Laksam
Bahan-bahan:
3 paket kuay teow 1 kg ikan kembung atau sardin2 cawan santan pekat 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 2 batang serai - ketuk 1 sudu kecil serbuk lada hitam3 keping asam keping Garam Gula secukup rasa.
Cara-cara:
Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Bahan sambal belacan:Cili padiBelacanGaramGulaCuka
Cara-cara:Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.
Bahan ulam: Kacang panjang Daun kesum Timun batang Bawang besarBunga kantanKubis
Cara-cara: Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jelah
Resepi Asal : Noor Akma
#15 Sosej Telur Hancur
Bahan-bahan:
Minyak masak (sedikit)MentegaSosejBawang merah (hiris)Cili padiTelurSos cili
Cara Masak:
Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya), tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili. Jangan lupa perasa, garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win.
Resepi Asal : Yatie Owner
#16 Telur Bistik
Bahan-bahan:
2 biji TelurBawang merahBawang putih1 sudu cili paste1 sudu sos tiram1 sudu sos cili1 sudu sos tomatoSedikit isi ayam dipotong dadu*mixed vege* cili benggala potong nipisGaramCukup rasa
Cara-cara :
1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.
5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.
6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap
Resepi Asal : Alia Farhan
#17 Resepi Kek Pisang Coklat
Bahan-bahan:
10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu1 1/2 cawan tepung gandum *3/4 sudu teh soda bikarbonat *1 sudu teh serbuk penaik *4 biji telur1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap kemanisan masing-masing1 cawan minyak jagung atau minyak masak1 sudu teh esen vanila1/2 cawan serbuk koko1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan
- Yang bertanda * perlu diayak bersama
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.
2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.
3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).
Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar.
Resepi asal : Maisarah Sidi
#18 Cucur Kentang
Bahan-bahan250 gram tepung gandum3 biji bawang merah - dimayang halus1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek1/2 sudu kecil garamSecubit gula200 ml air - lebih kurangSedikit air panasMinyak untuk menggoreng
Cara-cara
Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam.
Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata.
Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu.
Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.
Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler.
Resepi Asal : Ape Kinah
amacam? best-best kan semua 😋 .18 resepi juadah berbuka puasa yang sedap wajib di cuba ni sangat la praktikal semuanya, kan?anak-anak pasti bakal menjilat jari lah...
selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/03/18-resepi-juadah-berbuka-puasa-yang-sedap.html