Resepi Jeruk Maman Makanan Rare Kegemaran Aku Tuh


Sejak tinggal di kampung pekebunan ini, puas aku menanam pokok dan sayur yang aku gemar makan.  Salah satunya adalah sayur maman. Sayur maman ini paling aku suka di buat jeruk maman. makan dengan ikan goreng dan picit cili api sedap tak ingat dunia rasanya.  Hanya penggemar jeruk maman saja yang tahu nikmatnya menyuap ke mulut... huh!
Pic Jeruk Maman, Makanan Rare Kegemaran Aku Tuh!

Sedikit info tentang sayur maman yang aku cedok dari wikipedia. Pohon pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.


Bentuk buah pokok maman ini seperti kapsul bulat dan kepanjangannya adalah diantara 2 hingga 11 sentimeter (cm), dan garis pusat buah maman dalam ukuran 3-6 milimeter (mm). Dikatakan sayur maman ini banyak di tanam di Negeri Sembilan dan Terengganu. namun aku yang berasal dari negeri Perak dari kecil tahu dan suka makan sayur ni apabila di buat jeruk.

Terdapat beberapa jenis pokok maman. Tapi yang aku tahu hanya 2 jenis saja iaitu maman berbunga putih yang di kenali sebagai maman kampung dan biasanya di tanam di kebun dan maman maman berbunga ungu yang juga di kenali sebagai maman pantai. Maman jenis ini biasanya banyak di jumpai tumbuh meliar di tepi jalan dan belukar kecil. 


Di Negeri Sembilan sayur maman terkenal dengan cara di masak rendang bersama dengan ayam tapi aku belum cuba masak rendang ayam maman lagi. Akan datang mungkin aku akan cuba memasaknya. Di kampung aku selain maman di buat jeruk dan di makan bersama nasi dan lauk ia juga boleh di masak lemak cili api seperti biasa dan di campur ikan.


Di sini aku nak tunjuk resepi jeruk maman cara aku dan di makan bersama isi ikan goreng dan cili api yang di picit dan di tenyeh sahaja di dalam jeruk maman itu. Sedap sangat di tekak aku dengan rasanya yang tak terdapat di mana-mana lauk yang pernah aku rasa. Rasanya tu sangat unik dan berbeza.. hahaha!


Resepi Jeruk Maman, Makanan Rare Kegemaran Aku Tuh! Bahan-bahan membuat jeruk maman:
Secekak sayur maman2 sudu besar nasi sejuk1 cawan air masakGaram secukup rasa
Cara-cara membuat jeruk maman:
Sayur maman di siang dengan mengambil daunnya dan batang yang lembut sahaja. Bunga dan buah yang masih lembut di ambil sekali. Basuh bersih sayur maman yang telah di siang tadi dari tanah dan pasir yang melekat.
Caranya dengan mengocak dan merendam sayur maman dalam bekas yang besar. Angkat sedikit demi sedikit sayur maman dari bekas, tanah dan pasir akan mendap ke bawah. buat beberapa kali untuk mengasingkan pasir dan tanah. 
Setelah itu masukkan sayur maman ke dalam bekas bertutup dan gaulkan bersama nasi sejuk yang telah di basuh untuk membuang kanjinya. Masukkan air dan sedikit garam. Rasa agar cukup terasa sedikit masinnya, baru sedap.
Pic Jeruk Maman Sebelum Di Peram
Peram selama 3 hari di suhu bilik di rak dapur sahaja. Setelah 3 hari, bolehlah di makan dan di jadikan lauk tengahari atau malam. Lebihan jeruk maman boleh di simpan di dalam peti sejuk. Buat banyak-banyak dengan di gandakan kuantiti dan simpan dalam peti ais tahan selama sebulan.
Cara makan jeruk maman:
Bahan-bahannya:
Jeruk mamanIkan gorengCili api
Caranya: 
Gaul jeruk maman bersama isi ikan goreng yang siat kasar. Sambil itu tenyeh dengan cili api yang di potong-potong. Seterusnya boleh di makan bersama nasi panas dan lauk pauk. 
Jeruk maman ini hanya aku yang suka makan. Seisi rumah selain aku tak nak makan sayur maman ini. Apa nak kata, sedih jugalah. Alasan anak-anak aku geli tengok nasi di dalam sayur maman tu sebab macam dah basi. Itulah sebab ada orang aku jumpa di FB kisar nasi dan ambil airnya saja dan letak dalam sayur maman yang nak di jeruk.... haihhh!
Nak tengok dan dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Apapun aku tetap suka makan sayur jeruk maman ini. Sedap sangat rasanya. Jadi aku akan tanam berterusan dan buat lagi dan lagi... huhu!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/10/resepi-jeruk-maman-makanan-rare-kegemaran-aku-tuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sukju Namul Makanan Korea Yang Sedap Dimakan Dengan Nasi Dan Mee

Resepi Sukju Namul Makanan Korea Yang Sedap Dimakan Dengan Nasi Dan Mee

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 737 hits
RESEPI SUKJU NAMUL MAKANAN KOREA YANG SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI DAN MEE Sesiapa yang memang peminat peminat makanan Korea mesti tak asing lagi dengan hidangan yang dikenali sebagai Sukju Namul Makanan yang berasaskan taugeh ni memang selalu...
Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 671 hits
Restoran Halab Pulau PinangRestoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia George Town Pulau Pinang Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab Syria 80 adalah pelayan berbangsa arab Kalau tak silap chef ju...
10 Tempoh Masa Penghadaman Makanan Yang Diambil Untuk Dicerna Dalam Perut

10 Tempoh Masa Penghadaman Makanan Yang Diambil Untuk Dicerna Dalam Perut

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 485 hits
Proses penghadaman makanan mengambil masa keseluruhannya di antara 24 hingga 72 jam dimana 6 hingga 8 jam adalah masa untuk melepasi perut dan usus kecil Kemudian makanan akan memasuki usus besar untuk proses seterusnya dan juga penyerapan ...
Kesiannya Soo Wincci Makan Sisa Makanan

Kesiannya Soo Wincci Makan Sisa Makanan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 377 hits
PENYANYI Dr Soo Wincci 35 mendedahkan terpaksa makan sisa makanan pelajar lain disebabkan kekangan wang sewaktu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di Sepanyol beberapa tahun lalu Wincci berkata dia hampir putus asa me...
Operasi Mencurigakan Kpdnhep Sita Logo Halal Premis Makanan

Operasi Mencurigakan Kpdnhep Sita Logo Halal Premis Makanan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 399 hits
TELUK INTAN 21 Safar 1442H Jumaat Sikap curiga pengguna membawa kepada tindakan sita logo halal milik dua premis penyediaan makanan di Teluk Intan semalam Tindakan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Baru Nak Jamah Makanan Tetiba Muka Kena Tendang Sampai Patah Rahang

Baru Nak Jamah Makanan Tetiba Muka Kena Tendang Sampai Patah Rahang

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 284 hits
Baru saja hendak menjamah makanan tiba tiba muka ditendang sehingga menyebabkan pelajar lelaki tingkatan tiga ini patah rahang Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 12 tengah malam Ahad di sebuah sekolah agama persendirian di Tok Keling ...
Info Sihat 8 Makanan Yang Membuat Badan Kekal Bertenaga Segar Terus

Info Sihat 8 Makanan Yang Membuat Badan Kekal Bertenaga Segar Terus

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 463 hits
8 Makanan Yang Membuat Badan Kekal Bertenaga Pernah tak badan rasa lesu dan penat walau baru sahaja selesai makan Aku pernah agak selalu Tapi hairan bukankah makanan penambah tenaga Macamana pulak dah makan macam macam but still lesu aje ra...
Wanita Maut Akibat Keracunan Makanan Selepas Makan Popia Yang Dibelinya 3 Hari Lalu

Wanita Maut Akibat Keracunan Makanan Selepas Makan Popia Yang Dibelinya 3 Hari Lalu

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 313 hits
Seorang wanita di Samut Prakan Thailand dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan beberapa jam selepas mangsa makan popia yang disimpan di peti sejuknya sejak tiga hari lalu Mangsa berusia 40 tahun yang tidak didedahkan identitiny...
Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori

Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 3140 hits
Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori Apa yang buat berat badan berlebihan Banyak makan atau lebih makan Ada juga orang yang makan banyak tetapi kekal langsing dan sihat Ada pula yang makan sikit sikit tetapi berat badan tak t...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023