Baru Nak Jamah Makanan Tetiba Muka Kena Tendang Sampai Patah Rahang


Baru saja hendak menjamah makanan, tiba-tiba muka ditendang sehingga menyebabkan pelajar lelaki tingkatan tiga ini patah rahang. 


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 12 tengah malam Ahad (4/10/2020) di sebuah sekolah agama persendirian di Tok Keling, Jalan datuk Kumbar, Alor Setar.


Mangsa, Muhammad Shukur Mohamad Sobri, 15, berkata, sebelum itu dia bersama dengan adiknya, Muhamad Fitri, 13, berada di dewan makan. Sebaik saja hendak menjamah makanan, tiba-tiba mukanya ditendang dengan kuat oleh seorang pelajar.


Tendangan itu menyebabkan pipi sebelah kiri muka bengkak dan rahang mulutnya patah. 


"Saya baru nak menjamah makanan, tiba-tiba seorang pelajar tendang muka sehingga menyebabkan pendarahan. Mulut saya kemudiannya terasa kebas sebelum terdengar ada bunyi tulang patah ketika cuba membuka mulut," katanya. 


Shukur berkata, pelajar itu cuba memukulnya lagi tetapi tidak jadi selepas adiknya berlari memberitahu kakaknya mengenai kejadian itu.


Adiknya yang turut menyaksikan kejadian itu di mana mulut abangnya berdarah sebelum dibawa ke sinki untuk membersihkan darahnya yang begitu banyak sehingga berlumuran dari tangga asrama hingga ke longkang belakang sekolah.


Fitri dan Shukur pada awalnya mahu merahsiakan perkara itu dari pengetahuan keluarga, namun kakaknya memaklumkan dia telah memberitahu kejadian itu kepada bapa mereka. 


Akibat dari kejadian itu, Shukur mengalami bengkak teruk di pipi kiri dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim, Isnin lalu. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku berpunca dari salah faham yang menyebabkan pelajar itu tidak berpuas hati dengan Shukur.


Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Sobri Abdul Manaf, 46, berkata, itu bukan kali pertama anaknya dibuli di sekolah itu di mana sebelum ini Shukur pernah dipukul tetapi tidak mengalami kecederaan serius. 


Lebih membuatkan Sobri tidak berpuas hati apabila pihak sekolah hanya memaklumkan anaknya terjatuh daripada tangga menjadi punca rahangnya cedera, berbeza dengan apa yang dimaklumkan oleh anak perempuannya. 


Sobri kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Yan pada Isnin dan membawa Shukur ke hospital bagi membetulkan rahang dan memasukkan besi.


Bukan itu sahaja, nelayan itu turut mendedahkan pihak sekolah meminta dia menarik balik laporan polis yang telah dibuat tetapi tidak diendahkan kerana dia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut ke atas pelajar terbabit. 


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Astro Awani, Harian Metro


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/baru-nak-jamah-makanan-tetiba-muka-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dihina Muka Bengkak Kedut Hitam Nak Mengandung Lagi Rasa Takut

Dihina Muka Bengkak Kedut Hitam Nak Mengandung Lagi Rasa Takut

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 495 hits
Bukan mudah sebenarnya perjalanan untuk menjadi seorang ibu Bermula dengan alahan di awal kandungan hingga saat nak bersalin masing masing pasti ada pengalaman kan Lain anak lain alahan mengandungnya Bagi yang tiada apa apa alahan bersyukur...
Tak Boleh Beri Makanan Ini Kepada Bayi Baru Aku Tahu

Tak Boleh Beri Makanan Ini Kepada Bayi Baru Aku Tahu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 320 hits
Semak Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Bayi Anda Aku selalu dengar daripada orang lama dulu dulu diorang tak kisah sangat untuk suap kan makanan pejal kepada anak
Laaa Awat Dok Gelabah Puyuh Anwar Baru Saja Nak Ngadap Dymm Agong

Laaa Awat Dok Gelabah Puyuh Anwar Baru Saja Nak Ngadap Dymm Agong

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 321 hits
Kesihan Anuar Musa Cepat sangat melatah Anwar baru nak jumpa Agong bukan angkat sumpah lagi Relaks la bro Minta Anwar dedahkan senarai Waktu Muhyidin persembah nama kpd Agong waktu merampas mandat rakyat dulu adakah Muhyidin dedahkan nama I...
Rekaan Topeng Muka Ditiru Jovian Tak Mahu Saman Depa Pun Tengah Susah Nak Cari Income

Rekaan Topeng Muka Ditiru Jovian Tak Mahu Saman Depa Pun Tengah Susah Nak Cari Income

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 409 hits
Daripada I sibuk saman menyaman musim PKPB ni baik I kayuh basikal dan fikirkan nak keluarkan produk baru apa untuk Jovianista Worth my time and energy source
Baru Nak Dapat Kerja Netizen Risau Punca Rezeki Terjejas Jika Ada Pkp 2 0

Baru Nak Dapat Kerja Netizen Risau Punca Rezeki Terjejas Jika Ada Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 316 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid 19 nbsp pada jam 6 petang hari ini Sebuah posting yang memaparkan poster rasmi dikongsi menerusi laman Facebook miliknya sebent...
Perkara Penting Yang Usahawan Baru Mula Nak Bisnes Boleh Belajar Dari Syarikat Insurans

Perkara Penting Yang Usahawan Baru Mula Nak Bisnes Boleh Belajar Dari Syarikat Insurans

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 336 hits
Anda ada insurans hayat tak Kalau anda pergi tanya soalan di atas kepada 100 orang warganegara Malaysia kurang dari separuh saja yang jawab ada Ini berdasarkan laporan yang saya baca The post appeared first on
Baru Nak Bebas Dah Kena Tahan Lagi Datuk 7 Pegawai Anggota Polis Ditahan Di Bawah Poca

Baru Nak Bebas Dah Kena Tahan Lagi Datuk 7 Pegawai Anggota Polis Ditahan Di Bawah Poca

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 313 hits
The ReporterDalang Macau Scam dan perjudian lelaki bergelar Datuk yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah dibebaskan hari ini dengan jaminan Sumber dari berkata semua baki tahanan reman berkaitan kes tersebut te...
Keliru Nak Mulakan Makanan Pejal Bayi Jangan Tersalah Saiz Tekstur Perlu Tepat

Keliru Nak Mulakan Makanan Pejal Bayi Jangan Tersalah Saiz Tekstur Perlu Tepat

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 229 hits
Satu perasaan keliru dan ragu ragu ketika memulakan makanan pejal untuk bayi Bimbang makanan yang disediakan tidak cukup nutrisi malah salah saiz dan teksturnya hingga boleh memudaratkan bayi Hal hal semacam ini jangan tersalah langkah Saiz...
Pkpb Di Klang Punya Pasal Baru Nak Belajar Peta Klang

Pkpb Di Klang Punya Pasal Baru Nak Belajar Peta Klang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 877 hits
hai assalammualaikumPKPB Di Klang Punya Pasal Baru Nak Belajar Peta Klang Haritu diumumkan 9 Oktober bermula PKPB di Klang Ramai konfius Klang area mana je adakah Shah alam termasuk sekali Macam rumah family nad dekat Meru adakah kawasan tu...
Who Got The Addendum Who Didn T

Buffet Ramadan 2025 Trove Hotel Johor Bahru

Hotel Berdekatan Dengan Klia Salak Boutique Hotel

Kuih Batil Pisang Sambil Buat Teringat Kenangan Lama

Guardian Malaysia Merainkan Chnese New Year Own Your Year Of Togetherness

Royal Addendum Remarks Cops Complete Taking Kj S Statement Says Igp

Sup Tauhu Jepun Dengan Kobis Menyegarkan

The Minimalist Renter S Guide To Decluttering Your Space After The Holidays


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Brisk Walk Di Empangan Mengkuang

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

40 Ucapan Tahun Baru Cina Popular Dalam Bahasa Mandarin Beserta Maksudnya

Menuntut Harta Sepencarian

Noraniza Idris Dikir Puteri Chord