Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api


Resepi ikan keli salai masak lemak cili api.
Last weekend saya dan suami macam biasa beli barang dapur dan lauk basah. Memang seminggu sekali akan topup barang makan. Almaklumlah anak ramai ;).
Anak-anak sedang nak membesar. Memang akan sentiasa nak mengunyah. Nak pula sekarang ni belajar pun dari rumah je, memang saya perlu pastikan dapur sentiasa berasap.
Paling tidak kena ada stok biskut kat dapur. Sambil tengok tv nak mengunyah pulak. Cubalah kunyah lobak ke, timun ke, sihat sikit kan hahaha.
Buat listing beli barang dapur Sebelum beli barang kami akan buat checklist dulu. Kalau singgah pasaraya ni kami suka beli semua barang sekaligus.
Kalau barang kering masih ada kat dapur, kita topup barang basah je. Taknak bazir-bazir, lagipun sejak suami kena potong gaji ni kami mula start berkira-kira untuk berbelanja.
Beli yang mana patut je Tapi yang bestnya bila masuk je supermarket, saya dah tau nak beli apa. Dan suami pun tau part dia. Zaman Covid ni tak nakla duduk lama-lama dalam supermarket tu kan.
Risau!!
Pastu masing-masing dah tau apa nak ambik. Saya amik bawang, suami amik sayur. Eh sendiri tau jela. Bila dah beli semua, part last kami jumpa kat bahagian ikan, husband kata teringin nak makan ikan keli.
Ok memang kami dah lama tak makan keli. Satu sebab saya geli. Kedua geli, ketiga geli hahaha.
Basuh bersih-bersih, lumur kunyit dan garam dan letakkan minyak juga ya. Barulah kalau kita panggang ikan, tak melekat di pemanggang
Memang bau dia pun kuat kan. Sebab tu saya tak suka nak bersihkan ikan tu. Tapi bila part makan ok je.
Suka!!
Lepas tu saya kata, ok jugak nak beli ni. Kita salai buat masak lemak cili api. Suami pun setuju sangat sebab dia memang suka sangat menu tu.
Ikan keli tinggi kandungan Omega 3 Jangan tak tahu kandungan Omega 3 pada ikan keli lebih tinggi berbanding ikan yang lain. Pengambilan omega yang terdapat dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.
Ia amat bagus bagi pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Jumlah tahap DHA yang rendah dalam otak manusia boleh menjurus seseorang kepada penyakit tekanan jiwa.
Kebaikan omega ini juga berupaya mengurangkan risiko penyakit barah, mengurangkan risiko pembekuan darah yang menjadi punca utama kepada penyakit jantung serta mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.
Cara salai ikan keli tak melekat di pemanggang Cantik kan masaknya tu. Tak melekat pun kat pemanggang.
Memang cantik masaknya, arang tu berbara dan kena jaga supaya ikan masak dengan baik.
Sebelum panggang ikan, kita mesti cuci ikan bersih-bersih. Saya perahkan juga asam limau supaya hilang bau hanyir tu.
Lepas tu saya lumurkan garam, kunyit dan minyak masak pada ikan keli. Minyak tu tujuannya taknak ikan melekat pada pemanggang.
Elok je kulit ikan tu nanti bila dipanggang.
Dan panggang pun ada cara. Bakar dulu arang tu, biarkan berbara. Kemudian baru letak ikan.
BACA-> Ikan tongkol masak lemak cili api
Bila PKP, memang seronok masak-masak macam ni. Suami saya masih kerja macam biasa, jadi weekend ajela masa untuk luang masa bersama.
Puashati dapat salai ikan keli. Seronok sambil menyembang sambil menunggu ikan masak.
Ikan ni kami beli 8 ekor. 3 ekor dah selamat kena ratah lepas je siap salai. Memang sedap pun makan macam tu aje.
So tinggal 5 ekor lagi untuk masak lemak cili api.
Resepi Ikan Keli Salai Memang sedap betul rasanya, bau asap dan rasa ikan yang dipanggang tu. Memang asli
Bahan-bahannya 5 ekor ikan keli
5 cawan santan
2-3 helai daun kunyit
Asam keping
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
10 biji cili padi/api (ditumbuk)
Garam/ Gula/ Bahan perasa
Cara-caranya. Tumbuk kunyit dan cili padi sehingga lumat. Ambil periuk dan masukkan santan, asam keping dan bahan yang ditumbuk. Hidupkan api. Pastikan dikacau supaya santan tidak bertahi minyak. Masukkan pula ikan keli salai tadi. Dan kacau perlahan. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris. Masukkan garam/gula dan bahan perasa. Bila dah mendidih dah boleh tutup apinya. Siap!! Hmm seronok betul dapat makan ikan keli salai ni. Resepi ni tak susah pun dan mudah je untuk korang cuba.
Masak ni nak kena ada minat tau. Tak reti takpe, google kan hado haha.
Kadang-kadang bila dah jemu makan lauk ayam, kita makan ikan pulak. Macam tulah caranya. Janji pelbagaikan resepi.
Anak ramai macam ni memang seronok. Masak apa semua habis. Tak membazir Insha Allah.
Paling best cara macam ni boleh rapatkan ukhwah kita. Anak-anak pun dah pandai nak nyalakan api, kipas mengipas. Anak-anak kecik paling seronok!!
Alhamdulillah, terisi masa dengan aktiviti bermanfaat.
The post Resepi ikan keli salai masak lemak cili api appeared first on AJUMOHIT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2021/02/resepi-ikan-keli-salai-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Salai

Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Salai

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 620 hits
Pejam celik pejam celik hari ini kita telah pun berada di bulan Februari 2021 Bermakna sebulan telah berlalu Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Menyebut pasal bulan Ramadhan ini bolehlah follower saya beli buku resepi kedua ...
Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 524 hits
Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Dibawah ini bonda kongsikan resepi yang Kak Long masak Bonde bantu sediakan This is a content summary only Visit my website for full l...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Kantan Hasil Air Tangan Isteri Untuk Suami

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Kantan Hasil Air Tangan Isteri Untuk Suami

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 653 hits
Resepi Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan hasil air tangan isteri untuk suamiSdap juga dimakan bila ada sambal belacan atau budu
Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 527 hits
Ketam masak lemak cili api lagi sedap bila letak daun kunyit Bila kau ada daun kunyit terlebih semua masakan nak letak daun kunyit Daun kunyit beli bukan tanam Bila tanam pokok kunyit ada je kucing kencing lah berak lah Malas dah nak tanam ...
Bumbu Untuk Masak Lemak Cili Api Style Ns

Bumbu Untuk Masak Lemak Cili Api Style Ns

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 243 hits
Hi korang Hari ni mak suruh SA sediakan bahan utama untuk masak lemak cili api 2 bahan ni je selalunya guna untuk makanan popular NS mengikut kebiasaan SA masak la ada juga cara lain dan lain orang lain cara Yang SA nak tunjuk ni cara yang ...
Daging Masak Lemak Cili Api

Daging Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 419 hits
pebret sangat lauk cenggini tapi dengan syarat nya tak pedas sangat lah baru lah boleh menimatinya dengan aman bila tukang makan ada balik hujung minggu maka tukang masak pun tetiba jadi rajin lah dan dapat jugak makan nasik yang dah seming...
Masak Lemak Ikan Kurau Kering Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Ikan Kurau Kering Dengan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 559 hits
Saya ada beberapa batang pokok ubi kayu di belakang rumah memang menghasilkan banyak pucuk ubi Setiap kali nampak banyak pucuk ubi saya akan menyediakan lauk yang berasaskan pucuk ubi Isi ikan kurau kering ini dah lama dalam peti ais Saya b...
Ikan Keli Jijik

Ikan Keli Jijik

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 218 hits
MetroAmir MamatMELAKA Menjijikkan apabila sebuah syarikat penternakan ikan keli di Masjid Tanah di sini memberikan bangkai ayam telur tembelang serta darah ayam sebagai makanan ternakan itu Kerja gila pengusaha kolam berkenaan sejak lebih 1...
Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin

Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 310 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin pula dengan korang Sebenarnya Alang adik Kak Sue yang masakkan Terung Tumis Pedas Ikan Masin nie kat rumah Kak Sue masa bulan puasa beberapa tahun le...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias