Resepi Gulai Daging Kawah Untuk Dinikmati Aidiladha Ini


Kredit: Koldran Tol Siapa yang tak seronok menantikan sambutan Hari Raya Aidiladha? Kemeriahannya mungkin tidak semeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi kedatangannya cukup dialu-alukan.

Meskipun sambutan Hari Raya Aidiladha sudah berlalu, tetapi daging-daging korban masih tak tercuit lagi pun (jika anda terima atau buat korbanlah). Jadi, sebelum kesibukan anda kembali kerja membuatkan anda terlupa tentang daging korban yang disimpan rapi dalam peti beku anda, apa kata anda rancang hujung minggu anda untuk sediakan sajian gulai kawah sebagai santapan keluarga?

Keenakan Gulai Kawah Gulai kawah merupakan satu sajian yang cukup popular di negeri-negeri di sebelah Utara tanah air sebagai hidangan kenduri wajib. Keistimewaan hidangan ini adalah melalui cara masakannya. Hirisan daging ditumis dan direneh dalam pes rempah yang disediakan untuk menjadikan daging lebih empuk dan berperisa hingga kuah yang terhasil begitu lemak sekali.
Perkara yang lebih menarik lagi ialah sajian gulai kawah mempunyai sedikit rasa salai kerana kawah atau kuali besar yang digunakan telah ‘diperasa’ atau season, bak kata orang putih, hingga memberikan rasa salai tersebut pada gulai daging yang dibiar mereneh lama. Terliur pula tiba-tiba!
Namun begitu, saya tidak menasihatkan anda untuk kerap makan sajian gulai kawah ini disebabkan kelemakannya. Kalau anda merasakan anda dapat mengawal diri anda daripada makan berlebihan, silakan. Jika anda tidak pernah merasai gulai kawah sebelum ini, inilah masa untuk anda cuba dan alami sendiri keunikan rasa sajian gulai kawah.

Variasi Mana Pilihan Hati? Memang terdapat banyak variasi gulai kawah yang anda boleh cuba. Lazimnya, variasi ini adalah disebabkan penggunaan bahan-bahan masakan yang berbeza. Dengan cara itulah, anda dapat membezakan variasi gulai kawah bagi setiap negeri menerusi bahan-bahan yang digunakan. Sebagai contoh, di negeri Kedah, gulai kawah seringkali dimasak sekali bersama batang pisang.
Walau apapun variasi resepi yang anda nak cuba, pasti anda tertanya-tanya bagaimana anda nak sediakan sajian gulai kawah tetapi anda tidak miliki kuali kawah ataupun mempunyai ruang di dapur anda untuk masak sajian ini secara tradisional?
Jangan risau! Resepi yang saya nak kongsikan langsung tak memerlukan anda masak dalam kawah mahupun menggunakan bara api. Resepi ini lebih praktikal untuk anda dan pada masa yang sama, memberikan hasil yang sama seperti anda harapkan. Sebagai seorang anak Utara, resepi pilihan yang ingin saya kongsikan ialah resepi gulai kawah daging batang pisang sebagai tanda pengubat hati kerinduan saya terhadap kampung halaman.
Bahan-Bahan:
250g daging, dipotong menjadi ketulan kecil dan tidak dibuang lemak.250g empulur batang pisang awak- dipotong 1 inci panjang, dibuang tali dan direndam1/2 cawan santan pekat1 1/2 cawan air1/2 sudu besar kerisik1/2 paket kecil rempah kari daging1 tangkai daun kari Bahan Tumbuk:

1 inci halia3 ulas bawang putih1 biji bawang besar

Cara-Cara:
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah naik wap, masukkan bahan tumbuk dan tumis selama 3-5 minit hingga wangi.Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan dengan 2 sudu besar santan hingga menjadi pes. Tumis selama 10 minit hingga pecah minyak.Masukkan daging, gaul rata dan masak selama 15 minit hingga daging keluarkan air.Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak selama 10-15 minit hingga daging empuk.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.Biarkan gulai mereneh selama 10 minit lagi sebelum padamkan api.
Enak Dimakan Nasi Panas! Tengok? Sekejap saja sudah siap! Saya cadangkan anda nikmati sajian gulai kawah ini dengan nasi panas dan ulam-ulaman segar berserta sambal belacan. Kalau nak lebih ‘kick’ lagi, nikmati gulai ini begitu sahaja dengan nasi. Barulah terserlah keenakan gulai kawah itu. Ringkas dan cukup menyelerakan!
Jangan lupa untuk berkongsi gambar hasil masakan anda bersama kami dengan meletakkan hashtag #butterkicap. Jika anda mempunyai apa-apa persoalan atau pertanyaan ataupun nak berkongsi resepi anda, bolehlah hubungi kami di mana-mana platform media sosial kami baik di Instagram, Facebook ataupun Twitter.
Selamat memasak!
The post Resepi Gulai Daging Kawah Untuk Dinikmati Aidiladha Ini appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-gulai-daging-kawah-untuk-dinikmati-aidiladha-ini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Lengkap Nasi Daging Bersama Acar Timun Nenas Dan Kari Daging

Resepi Lengkap Nasi Daging Bersama Acar Timun Nenas Dan Kari Daging

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 953 hits
Hi semua Dah lama sebenarnya nak buat Nasi Daging Tapi asyik bertangguh sebab periuk nasi rosak Dah lama periuk nasi rosak Lepas tu masak nasi guna dapur Lama2 jadi terbiasa masak guna dapur Nasi pun lebih sedap Sebab kita kawal api Bila da...
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 792 hits
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap Musim korban pasti ramai akan dapat daging korban kan Sana sini sedekah daging sampai pening nak masak apa dah Jangan risau di sini MF nak kongsikan 20 resepi berasaskan daging yang confirm sedap Nak buat p...
Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah

Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 642 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi lauk yang harus ada setiap kali sambutan Raya Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah Senang aja resepi Sambal Daging Cara Tok Pah nie sama aja macam resepi sambal yang lain Cuma istimewanya b...
Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 1485 hits
Assalamualaikum semua harini mama nak share Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit yang mama masak untuk berbuka sempena Hari Arafah yang lalu Daging rusa Ni dibeli dengan harga RM 50 sekilo Sedap dimakan dengan nasi panas Mama saja letak banyak ...
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Bersama Air Asam Versi Bonde

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Bersama Air Asam Versi Bonde

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 318 hits
RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS BERSAMA AIR ASAM VERSI BONDE Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Salam Aidil Adha Haaa banyak tak dapat daging korban Kalau balik kampung tu mesti banyak dapatkan daging korban Maklumlah d...
Daging Bakar Air Asam Boleh Buat Aidiladha Nanti

Daging Bakar Air Asam Boleh Buat Aidiladha Nanti

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 503 hits
Tak lama lagi kita akan menyambut Aidiladha Pasti kita menerima sumbangan daging korban daripada orang ramai Salah satu menu yang boleh disediakan adalah daging bakar dan dimakan dengan air asam RASA kongsikan resipinya DAGING BAKAR AIR ASA...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn