Resepi Donut Ball Nutella Bulat Bulat Cantik Sedap Sungguh
Donut sememangnya begitu disukai anak-anak kita. Taburan gula buat anak suka tapi tak bolehlah diberikan selalu pada anak. Apa kata sesekali kita tukarkan kepada donut bersadur nutella pula untuk anak.
Lagi cantik buatlah saiz mini berbentuk bola kecil macam resipi ini. Simple dan lagi sedap. Jom cuba resipi perkongsian Niesa Hasan.
Assalamualaikum semua. Pagi ni saya nak share resepi “donut ball” atau bebola donut. Hehe anak saya yang panggil donut ball tu sebab bentuknya bulat-bulat. Jadi saya sharekan resepi cara saya di sini mungkin ada ibu-ibu nak buatkan untuk anak-anak pagi ni kan atau untuk minum petang.
Resepi “Donut Ball”
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 1/2 sudu teh yis
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
1 biji kuning telur
Air sejuk (dari fridge – kalau guna mixer) – 1 cawan
Air suam (kalau uli guna tgn) – 1 cawan
Campurkan je semua bahan kecuali air dalam mixer, mix dalam 4-5 minit. Kemudian masukkan air dan uli sampai doh tak melekat dekat bowl. Saya mixkan lebih kurang 15-20 minit.
Rehatkan 30 minit -1 jam, hingga doh naik dua kali ganda dari asal, kemudian boleh start bentukkan. Saya bentukkan guna acuan kuih yang bentuk bulat. Boleh juga bentukkan guna tudung botol.
Rehatkan 5-10 minit, kemudian goreng macam biasa.
Bila dah nampak garing, toskan. Kemudian boleh salutkan dengan gula kastor atau drizzle kan dengan nutella.
Kalau uli guna tangan, campurkan air, gula dan yis. Tunggu sehingga kembang.
Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, butter, telur, baking powder – gaul & jadikan macam serbuk roti.
Kemudian masukkan air sikit demi sedikit, uli macam biasa sehingga doh tak melekat di tangan. Air tu agak-agak sesuai dengan tepung. Kena uli lama sikit untuk dapatkan donut yang lembut dan gebu. Dan boleh rehatkan ikut cara kat atas.
Kalau nak buat sikit, boleh kurangkan kuantiti kepada separuh adunan. Saya tak letak garam sebab guna slightly salted butter.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Menarik: Sedapnya Resipi Puding Sumi, Campur Dua Jenis Susu, Teruja Anak Makan
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resepi Donut Ball Nutella, Bulat-Bulat Cantik, Sedap Sungguh! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resepi-donut-ball-nutella-bulat-bulat-cantik-sedap-sungguh/