Rahsia Resepi Perapan Sedap Untuk Bbq
Assalamualaikum..
Hi korang..
Kita masih blom menang kan, Covid -19 masih bebas dan beranak pinak di luar sana...so kebanyakkan aktiviti yang kita buat selalunya dengan rasa yang berhati- hati dan sedikit rasa takut. Nak travel bebas macam dulu memang dah tak selamat la kan...nak plak dah bermacam virus or variant baru covid 19 yang muncul sekarang...memang menakutkan. Memandangkan tak lepas bebas kita tetap boleh buat macam- macam aktiviti dengan mengamalkan SOP. Salah satunya yang agak popular sekarang adalah BBQ. Boleh buat di rumah aje...tak perlu keluar sekiranya tak perlu
SA scroll telegram dan terjumpa resepi BBQ dan sosnya ni...takkan nak simpan dan buat diri sendiri aje kan...no..no..no..jangan mentamak haloba...so lets share...ilmu orang kita share jugak...moga manfaatnya kita dapat bersama..sharing is loving gittew.....
credit photo to owner resepi..Delihayat Kitchen
BBQ Kambing 😋
Resepi ni terbukti sedap..
Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.
Bahan Perapan:
5 - 6 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
1/2 cawan Sos Cili
1/2 cawan Sos tomato
1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.
Cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
Panggang menggunakan arang.
Nota:
Selain kambing, boleh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~
kredit resepi: Delihayat Kitchen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2022/01/rahsia-resepi-perapan-sedap-untuk-bbq.html