Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan
  Kali ni nak kongsi dengan para pembaca blog resepi masakan daging yang mudah   menbuatnya tapi sedap sangat rasanya iaitu resepi daging kicap blackpepper dengan kentang.   Resepi ringkas yang tak sesusah masak rendang yang renyah dan memakan yang   lama. Daging kicap blackpepper dengan kentang ini juga  bahan-bahanya amat mudah di   dapati. Amat di sukai oleh sesisi keluarga daging kicap blackpepper  dengan kentang ini untuk   menikmatinya saban minggu.  

  Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan...  
  Walaupun daging mahal tapi apa salahnya untuk menikmatinya sekali sekala. Bila   tak tau nak masak apa dah, sebab sentiasa masak lauk yang sama, daging kicap   blackpepper dengan kentang inilah yang menjadi penyelamat. Rasanya pun sedap, lazat dan   menggiurkan juga. dagung kicap blackpepper dengan kentang  ini resepi yang aku main   campak-campak saja. Dengan mudah dah jadi sejenis lauk.       
  Rasa lada hitam yang pedas bersatu dengan kicap dan  daging    mencetuskan rasa yang lazat memikat itu sangat menggamit rasa. Itulah masakan   daging blackpepper  dengan kentang yang mncetus kesedapan yang tidak tergambarkan. Pada   pandangan akulah dengan daging kicap blackpepper ini. Bahan iringan kentang tu nak bagi nampak banyak jer... hahah
  Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan...  Bahan-bahan resepi daging kicap blackpepper dengan kentang:
400g daging2 biji kentang2 buji bawang merah2 ulas bawang putih1 labu bawang besar1 inci halia1 sudu makan lada hitam1 sudu makan cili kisar1 sudu makan pes asam jawa3 sudu makan kicap pekatGaram dan gula secukup rasaAir secukup yang di perlukanMinyak masak secukupnya
Cara memasak daging kicap blackpepperdengan kentang :
  Daging di potong kecil dan goreng  dengan sedikit minyak. Goreng dengan   menggunakan api yang sederhana. Daging akan mengeluarkan airnya. 
Pada waktu   itu tutup sekejap kuali gorengan untuk melembutkan daging.  Seterusnya selepas air kering, buka penutup dan  terus menggoreng sehingga hampir garing. Angkat dan ketepikan. 
      Kentang di potong baji kecil-kecil dan di goreng sehingga lembut.      Bawang besar di hiris kasar, Bawang merah, bawang putih, halia dan lada     hitam di tumbuk lumat.     
      Panaskan periuk atau kuali bersama sedikit minyak masak. Tumis bahan tumbuk     sehingga naik bau dan kekuningan sedikit. Masukkan cili kisar. Tumis     sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.     
      Seterusnya tumis lagi sehingga memdidih dan masukkan kicap pekat dan bawang     besar. Selepas itu masukkan daging yang telah di goreng tadi.  Masukkan kentang yang telah di goreng tadi.Waktu ini agak-agaklah nak kuah banyak atau kuah yang pekat iaitu tambah air jika perlu
Perasakan     dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau sekejap, bolehlah di angkat.     Bolehlah di makan dengan nasi untuk hidangan tengahari atau malam  
      Resepi daging kicap blackpeper yang ringkas, mudah dan senang memang     kegemaran kami sekeluarga. Setiap seminggu lebih sekali, mesti ada lauk ni     jadi hidangan kami sekeluarga tanpa rasa jemu. Biasanya hidangan daging     kicap blackpepper ini kami gandingkan satu jenis lauk sayur berkuah seperti     sayur rebus dan telur dadar. Semestinya berselera kami sekeluarga makan lauk     daging kicap blackpepper ini.    
  p/s: Dagung kicap blackpepper ini boleh juga di ganti dengan ikan, ayam   ataupun telur ayam. Apapun lauknya, semuanya sedap sesuai dengan citarasa kami   sekelurga...! 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2021/07/resepi-daging-kicap-blackpepper-dengan-kentang-berselera-makan.html