Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Mudah Dan Rangup


Sudah lama saya nak kongsikan Resepi Rempeyek Kacang Tanah Dengan Ikan Bilis Yang Rangup kepada pembaca blog ini. Akhirnya tercapai juga hasrat tersebut, sebab saya agak pandai juga buat rempeyek kacang tanah. Itukan antara kuih tradisional masyarakat Johor. Dah berzaman saya memerhati bonda tercinta membuatnya, hinggakan boleh hafal step-stepnya taw...hihi

Sebenarnya nak buat rempeyek kacang tanah dengan ikan bilis mudah saja. Di bawah nanti saya akan kongsikan langkah demi langkah tetapi dengan cara tradisi la ya...

Resepi ini saya kongsikannya dari blog utama saya iaitu www.aynorablogs.com

Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup
Bahan-bahan

1 bungkus tepung beras
1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam

Cara-cara menyediakan rempeyek kacang tanah ikan bilis rangup
1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.

2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.

4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar.

5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.

6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak.

7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.

8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara @ tin.


Tips rempeyek rangup:
1) Fungsi air kapur/kapur makan itu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing. 
2) Jika tak suka letak ikan bilis, bolehlah letakkan kacang tanah sahaja semasa proses menggoreng rempeyek dilakukan. 
Rempeyek kacang tanah3) Saya suka lakukan proses menggoreng rempeyek dua kali. Caranya?  Selepas seminit, terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Kemudian angkat dan toskan. Keadaan rempeyek sekadar lembap dan masak. Kemudian biarkan dalam 3-4 jam, letakkan dalam dulang besar. Setelah itu barulah goreng rempeyek kacang tanah itu semula. Bila telah garing dan cantik warnanya, angkat dan toskan. Macam biasa, api kena jaga, jangan besar sangat. Selepas sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Dengan melakukan proses menggoreng rempeyek 2 kali ini, rempeyek kacang tanah lebih rangup dan lazat. 
Selamat mencuba.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahresepi.com/2018/05/resepi-rempeyek-kacang-tanah-ikan-bilis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 354 hits
Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali Apa menu korang hari ni Kalau dah jemu masakan bersantan kita buat ikan bakar pula nak Bila suami dah request nak makan ikan bakar saya fikir mana pula nak cari pemanggang Haishh res...
Rempeyek Kacang Udang Geragau Sedap Rangup

Rempeyek Kacang Udang Geragau Sedap Rangup

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 497 hits
Kalau korang suka apa kata raya tahun ni korang cuba buat sendiri dan cuba resipi yang RASA sharekan di sini Kalau menjadi wah boleh buat lebih dan jual Tambah pendapatan di musim PKP ni REMPEYEK KACANG UDANG GERAGAUBAHAN BAHAN 200gm tepung...
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 426 hits
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah dan SedapBahan bahanIkan tongkol sederhana besar sekor2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes1 sudu besar cili kering kisar4 ulas bawang merah kecil 3 ulas bawang putih Sedikit halia 1 sudu bes...
Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Super Sedap Tips Kulit Tart Gebu Rangup Dan Tak Pecah

Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Super Sedap Tips Kulit Tart Gebu Rangup Dan Tak Pecah

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 623 hits
Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Super Sedap Tips Kulit Tart Gebu Rangup Dan Tak Pecah Salam semua resepi cheese tart sekarang dah bermacam variasi dan tak macam dulu Dulu dulu ada yang biasa letak jem bluberry itu dah biasa Sekarang ni maca...
Resepi Mudah Pais Ikan Kembung Untuk Berbuka

Resepi Mudah Pais Ikan Kembung Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 604 hits
RESEPI MUDAH PAIS IKAN KEMBUNG UNTUK BERBUKARESEPI MUDAH PAIS IKAN KEMBUNG UNTUK BERBUKABahan
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 433 hits
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap Hujung minggu bila masuk ke dapur meriah dapur tambah kalau laki bini pula yang sama sama kaki masak kan Ini projek laki bini semalam Belek belek dalam almari dapur ada pula agar agar sekali suami sur...
Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 1099 hits
Kalau ada kerepek kulit popia sira cheese ni terhidang atas meja di Hari Raya nescaya tak berhentilah tetamu mengunyah sampai nak habis sebalang Begitulah penangan kerepek kulit popia sira cheese Nak membuatnya pun mudah ya amat Bahannya pu...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 614 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Salam 3 Ramadhan ada tak dekat sini peminat Peria tak kisahlah peria apa Peria Katak Peria Kambas semua Bonde Suka he he he pahit tu adalah penawar This is a content summary only Visit my website for full li...
Sedapnya Makan Puding Sejuk Sejuk Aneka Resepi Mudah Boleh Cuba

Sedapnya Makan Puding Sejuk Sejuk Aneka Resepi Mudah Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 355 hits
Berbuka hari ini makan apa Setiap hari celik saja mata soalan itu bermain di minda Kita tidak dapat lari daripada membuat perancangan menyediakan juadah berbuka yang memikat selera Kalau bercakap juadah manisan puding antara yang menjadi pe...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter