Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya


Resepi Brownies Bersama Peanut Butter Sedap Rupanya | Salam semua, brownies siapa nak tolak ke ada yang tak suka makan brownies ke ? Kalau biasa kita jumpa yang brownies kosong kan, kalau tak pun ada juga kekacang. Macam- macam jenis brownies sekarang. Yang penting sis memang hantu brownies walaupun lama sangat dah tak buat sendiri. Kalau suka sangat makan brownies apa salahnya buat sendiri lagi puas hati. Nak tempah brownies, harganya sekarang boleh tahan juga kan.


Sis dulu - dulu rajin sangat nak bereksperimen buat brownies, brownies bahan asas semestinya tepung, mentega, telur, serbuk coklat, coklat hitam dan juga gula. Tak banyak pun bahannya, cuma itu lah, ada setengah orang tak suka sebab brownies terlampau manis. Mungkin kalau ikut resepi orang putih sukatan gula dah macam nak potong kaki. 
Kali ini, sis cuba buat brownies yang ada gabungan dengan mentega kacang. Sedap rupanya sebab ada kelainan sikit. Tak rugi juga mencuba ya. Nak buat brownies mudah sahaja. Pertama sekali, sebab ia tak perlukan mesin pengadun pun. 


Tips Untuk Dapatkan Brownies Yang Sedap 

1.  Perlu kenal ketuhar sendiri sebab setiap ketuhar berbeza. Sebab itu, jangan ikut sangat resepi orang lain bila masuk bab nak bakar. Mungkin ok bagi ketuhar orang lain tapi oven kita, kita sendiri yang tahu dari segi suhu dan masa

2. Untuk menghasilkan brownies yang sedap, pemilihan jenis coklat yang digunakan adalah penting. Biasanya coklat kompaun lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan brownies yang sedap dan penuh rasa coklat.

3. Pemilihan mentega juga penting untuk dapatkan brownies yang sedap. Gunalah mentega pure butter seperti Tatura, SCS, Anchor dan sebagainya. 



Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya
Bahan - Bahan 
150gm coklat kompaun dicincang kasar
100gm mentega
215gm ( 1 cawan ) gula halus ( Kalau nak kurangkan 1/2 cawan ) 
75gm  ( 1/2 cawan ) tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko 
2 biji telur 
200gm  atau 3/4 cawan crunchy peanut butter ( letak dalam 3 - 4 sudu besar smooth peanut butter ) 
*Untuk cairkan peanut butter, cairkan dalam setengah sudu besar mentega dan gaul sebati dengan peanut butter hingga dia agak cair sikit. Jangan terlebih cair jugak agakagak boleh kacau ringan tak berat dah ok la tu. Kalau rasa tak cukup mentega tu, cairkan sikit dan tambah ke dalam peanut butter. Pandai - pandai ya. Sis  pun agak - agak. * kat sini, guna sudu makan bukan guna sudu sukatan. 
Cara - Cara 
1. Alaskan loyang 16 x 26cm dengan baking paper. lebihkan kertas bahagian tepi senang nak angkat lepas bakar nanti

2. Cairkan coklat kompaun dengan mentega secara double boiler sehingga cair

3. Masukkan gula, tepung gandum dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar dan kacau rata. Masukkan adunan coklat ayng telah dicairkan dan kacau rata

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati ( sis guna pengacau telur )

5. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan lepas tu tuangkan peanut butter cair tadi letak macam tompok tompok sikit lepas tu buat macam buat marble tu

6. Bila dah siap boleh bakar guna ikut suhu oven masing-masing yang dah dipanaskan

Nota: Bakar guna suhu oven 130 C dalam 20 minit sebab guna loyang hitam, jadi kena kurangkan suhu

Baca sini : 7 Tips Penting Untuk Brownies Kedut Baca sini : Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Sukatan Cawan Baca sini : Resepi Brownies Lapis Cheese Mudah Sukatan Cawan Versi Bakar
Terima kasih sudi baca dan sudi singgah blog ini. Boleh juga baca untuk resepi - resepi lain di blog ini ya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/12/resepi-brownies-bersama-mentega-kacang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu

Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 993 hits
As Salam Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu Bersyukur dengan cuti sekolah yang sedang saya nikmati moment yang paling saya suka ialah apabila saya boleh 24 jam dalam rumah sendiri dan boleh buat apa sahaja yang sa...
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 813 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Olahan Cik Puan Hajar Cara Bua...
Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap Dan Pedas Pasti Membuka Selera

Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap Dan Pedas Pasti Membuka Selera

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 849 hits
As Salam Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Pedas Pasti Membuka Selera Cuti sekolah dan memang sudah dijangkakan oleh mak mak se Malaya Masuk dapur sehari dekat empat ploh kali kiki Masak makan habis masak lagi Ayah dep...
Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 1766 hits
Pla Kapong Neung Manao atau ikan barramundi Thai yang dikukus dengan sos limau adalah hidangan makanan laut kegemaran ramai di Thailand Buat saja resipi ini di rumah dan nikmati masakan ikan kukus sebenar Author Mark WiensJenis resipi ThaiM...
Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Rangup Dan Mudah Disediakan

Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Rangup Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1318 hits
As salam Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Cuti sekolah ni tak habis habis buat stok makanan untuk anak beranak kat rumah ni Nampak nau family saya ni ahlinya asyik makan saja Tengok badan pun tahu haha Popia Go...
Resepi Cucur Udang Yang Cantik Kejadiannya Dan Menggoda Rupanya

Resepi Cucur Udang Yang Cantik Kejadiannya Dan Menggoda Rupanya

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 389 hits
Terjumpa sebuah resepi cucur udang yang tak pernah tahu letak yis dalam adunan cucurnya Udang Seekor yang di letak terbaring atas cur itu pun nmpak cantik terletak saja jadi aku nak abadikan resepi cucur udang itu dalam blog ini Kalau aku b...
Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin Lebih Sihat Amp Sedap

Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin Lebih Sihat Amp Sedap

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 846 hits
Mushroom soup boleh dikatakan antara menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai Bukan sahaja kanak kanak malah orang dewasa juga amat menggemari sup cendawan pekat ini Namun penting untuk kita elakkan untuk selalu makan mushroom soup ...
Resepi Sambal Telur Pecah Serangkak Sedap Baq Hang

Resepi Sambal Telur Pecah Serangkak Sedap Baq Hang

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 485 hits
Inilah resepi sambal telur yang paling muda untuk di masak Rasanya pun sangat marvelous pada sesiapa yang menyukai masakan sambal cili yang pedas pedas begini Satu lagi semestinya untuk orang yang menyukai lauk telur Resepi masak telur peca...
Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat Guna Beras Biasa Pun Jadi

Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat Guna Beras Biasa Pun Jadi

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 473 hits
Nak masak lauk apa lagilah hari ni ye Rasa boring pulak makan nasi biasa je Hmmm teringin nak cuba resepi nasi arab tapi susah tak Sebut saja nasi arab mesti kita dah terbayang aroma rempah ratusnya yang wangi dan menyelerakan Tak banyak re...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah