Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan


Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan | Biskut yang tak payah terap. Salam semua, sebulan berpuasa, lepas tu sebulan Syawal beraya sampai sekarang masih lagi terasa kemeriahan raya, ya lah kan ini bulan 7 lagi bulan depan nak masuk raya haji dah. Sekejap sungguh masa kan. Dah ramai dengar berita yang nak pergi haji tahun ni, jiran kita pun nak pergi mengerjakan haji dalam minggu depan tak silap.


Semoga dipermudahkan urusan para jemaah haji untuk mengerjakan haji tahun ini, Kita pun tak tahu lagi, pergi daftar, pegawai sana bagi surat dalam jangka tahun 2080. Allah, tak tahu lah tu itu jangkaan sahaja.

Baca sini >>> Resepi Biskut Dahlia Yang Rangup Dan Cair Di Mulut

Baru - baru ini, kita ada masuk contest untuk S&P santan dan dapatlah cipta resepi biskut raya yang menggunakan serbuk krim kelapa. Memang tak sangka betul, sangat sedap rupanya. Saja - saja masuk contest, kot ada rezeki kan. Dalam biskut ni ada letak nestum tapi bila ada sekali dengan serbuk krim kelapa, memang bau dan rasa tu lagi sedap.

Ala - ala macam biskut kelapa tapi ada nestum boleh bayangkan tak. Nasib baik nak mencuba sebab ada serbuk krim kelapa ni la. Memudahkan pulak dan boleh cipta resepi atas kreativiti masing - masing.

Biskut ni sebenarnya tak payah terap, siapa - siapa yang malas nak main terap boleh ikut resepi ini. Kita sendiri pun kalau masuk bab nak buat biskut malas sangat nak terap, bercinta sungguh kan hii.

Dalam blog ni pun dah banyak kali buat biskut yang tak payah terap ni, tapi kalau tengok ke bentuk biskut tu macam main terap kan. Sebenarnya tak pun. Ada rahsia tu nak dapatkan potongan macam tu.


Suka buat macam ni, bila dah tengok yang program tv baking yang mat saleh punya buat biskut doh disejukkan dulu. Kalau di sana mereka dah panggil biskut "icebox". Kita kadang- kadang buat biskut ikut mood juga, tak nak main terap ke apa ke, memang terus simpan doh dalam peti hii.

Baca sini >>> Resepi Biskut Cornflakes Yang Mudah Dan Rangup

Jom kita tengok resepi ya, tak susah sangat pun, tapi banyak jenis tepung guna. Biskut nestum ni rangup ya. Biskut tak nanti raya jer boleh makan, bukan musim raya pun boleh. :). Tapi untuk resepi ini, pastikan ada serbuk krim kelapa tu ya. Produk S&P tu ada jerr kat pasaran, rasanya tak nampak serbuk krim kelapa jenama lain ada yang ini jerr.

Jemput tonton video ya kalau nak tengok cara potongan tu, takut tak reti hii. Jemput subscribe juga, :)


Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan 

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
1 sudu besar tepung beras*
1 sudu besar tepung jagung*
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
1/2 cawan nestum
2 sudu besar susu tepung
250 gm butter ( senang beli yang dah seketul buttercup 250 gm )
1 paket serbuk krim kelapa santan s&p

Ke semua bahan yang bertanda * dikacau rata tak payah ayak tak apa.

Cara - cara
1. Kacau rata butter dan gula halus sehingga sebati.
2. Masukkan 1 sudu teh esen vanila dan juga kuning telur.
3. Kacau rata dan masukkan susu tepung.
4. Masukkan tepung gandum secara berselang seli sambil gaul rata.
5. Kemudian masukkan 1 paket serbuk krim kelapa s&p santan dan kacau rata hingga adunan sebati.
6. Masukkan nestum dan gaul sampai jadi doh.
7. Sediakan cling wrap dan ambil separuh doh letak atas cling wrap.
8. Bentukkan dalam kedaan memanjang dan balutkan doh dengan cling wrap ( boleh rujuk video ).
9. Kemaskan kedua - dua bahagian hujung.
 10. Doh perlu disejukkan semalaman.
11. Keluarkan doh dari peti dan potong terus dengan pisau yang tajam dalam ketebalan yang sederhana. Buang setiap cling wrap yang ada bagi setiap potongan.
12. Susun atas loyang yang telah dialas jarakkan sikit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°C dalam masa 17 minit atau sehingga keperangan.
13. Keluarkan bila dah suam sikit boleh sejukkan atas redai.
14. Simpan dalam bekas kedap udara.

Nota : mesti ramai tertanya - tanya kenapa potong tak buang dulu cling wrap ? Ada sebabnya

1. Ikut pengalaman saya, Kalau buang dulu cling wrap doh tu jadi tak stabil lagipun kalau main sentuh doh dengan tangan masa nak potong tangan kita panas sentuh doh yang sejuk nanti lama - lama jadi melekat di tangan. Potong terus dengan pisau sekali dengan cling wrap lagi selamat.
2. Faktor cuaca yang panas juga.
3. Tips kat sini potong dengan pisau mesti tajam.

Satu lagi selepas susun dalam loyang, biarkan pada suhu bilik  sepenuhnya sebelum dibakar untuk mengelakkan suhu terkejut antara sejuk dan panas nanti masak tak sekata.

Baca sini >>> Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Yang Paling Gebu Dan Sedap

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/09/resepi-biskut-nestum-rangup-dan-mudah-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 463 hits
Puding Roti Marble SedapSukanya rasa puding roti sedap dan mengenyangkan Yelah sebab menggunakan roti kan Makan sepotong dua pun dah kenyang Kalau roti buku di rumah tak dapat perhatian susah nak dihabiskan buat saja puding roti marble Cara...
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 776 hits
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat Salam semua blog ini sedang dikemaskini yang mana nak edit tu memang kena edit kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu tu tandanya entri dikemaskini balik Kali...
Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah Oat Rangup Dengan Epal

Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah Oat Rangup Dengan Epal

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 738 hits
Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah Oat Rangup Dengan Epal Entri yang diedit teringinnya nak buat lagi resepi macam ni memang mudah sangat kalau untuk pencuci mulut Best makan baru keluar oven Salam semua dah mula start cuti sekolah b...
Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 459 hits
Sesekali bila malas nak masak lauk pauk dan nak berubah selera dari asyik makan nasi aje idea yang ada dalam kepala saya adalah mee goreng Hidangan yang cukup simple dan mudah nak di masak dan bila bila pun boleh dimakan tak The post appear...
Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup

Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 2349 hits
Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup Inilah sarapan kegemaran saya bila dah tak ada idea nak masak apa untuk breakfast Nasi lemak roti canai lontong bila bila boleh beli kat warung atau restoran Tapi breakfast cucur atau jemput jemput pal...
Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 421 hits
Menu berpantang untuk kaum ibu selepas bersalin bukanlah susah untuk di buat Ia bagaikan menu diet eat clean juga Kali ini aku nak kongsi menu berpantang yang aku dapat dari dalam facebook untuk di tatap dan di ikuti oleh para ibu yang baru...
Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap

Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 754 hits
Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap Kari daging yang sedap memang semua orang suka daku pun sama Mana taknya kari daging ni adalah menu yang sangat famous dan digemari masyarakat kita Kari daging ini juga sangat sesuai u...
Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt Sangat Lembut Dan Gebu

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt Sangat Lembut Dan Gebu

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 1130 hits
Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt Sangat Lembut Dan Gebu Entri yang telah diedit zaman bila lagi entri ini Teringat ingat pulak kek coklat ni sebab lembut sangat walaupun tak guna telur Salam semua Sihat semua masih mood beray...
Cara Buat Boba Milk Tea Pudding Yang Sangat Sedap

Cara Buat Boba Milk Tea Pudding Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 1349 hits
Sekarang ni tengah musim Boba Milk Tea Banyak restoran dan kedai kedai yang menyediakan minuman menggunakan pearl bubble ni Rasa kenyal kenyal manis memang sangat sedap Malah ada juga resipi yang berkongsi cara cara menyediakan boba pearl b...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan