Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah Oat Rangup Dengan Epal


Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah, Oat Rangup Dengan Epal || Entri yang diedit, teringinnya nak buat lagi resepi macam ni, memang mudah sangat kalau untuk pencuci mulut. Best makan baru keluar oven. Salam semua dah mula start cuti sekolah buat adik-adik semua semoga kegiatan pada musim cuti sekolah ini bermanfaat Buat ibu- ibu best la anak-anak dah boleh dok rumah kan.


Oklah ya  dah lama tak post pasal resepi guna oat. Makan oat ni banyak khasiatnya, tapi macam sekejap suka sekejap tak, kalau time suka, suka pulak :D. Kadang- kadang, makan campur air panas je letak garam sikit dan makan, tak de tambah benda lain pun. Masuk mulut jugak. Kalau dulu kat blog ni pernah juga post resepi no bake granola bars tu, yang dibakar ada juga tapi lebih suka yang no bake.

Kali ini nak kongsi resepi pencuci mulut yang mudah dan sedap. Lebih kurang pencuci mulut lah ya, sebab sedap makan lepas keluar dari oven. Terasa nak masukkan watak epal dalam resepi oat tapi biasanya orang buat apple pie, tapi kita memang malas sangat nak buat " pie dough".

Jadi, kita tukar plan lain buat yang ringkas, mudah dan cepat. Tak payah nak main uli uli tepung. Resepi ni lebih kurang apple crumble. Dulu pernah buat sekali masa tu baru nak belajar makan dessert orang putih ni, maklumlah kat negara sejuk sana bila saja musim epal tiba. Dan inilah salah satu resepi yang mereka buat.



Oat ni banyak jenis tapi kita guna yang quick cooking bukan yang rolled oats. Terasa jakun juga bab jenis oat ni, kena pandai search kat internet nak kenal.

Oklah ya, kita kongsikan resepi kat sini. Untuk serdak oat tu dah menepati citarasa sendiri, sebab bila dah bakar dan masak, memang oat tu crispy memang kena hidang terus lepas keluar oven baru sedap.

Tapi ada juga  hidang sejuk atas selera masing - masing. Bakar dalam ramekin kecik-kecik. Tapi dah terlebih serdak oat tu, kalau bakar dalam baking dish yang besar muat kot sebab sekali letak kan. Rugi tak letak menambun macam bukit sebab bila dah masak,  lapisan epal kat bawah tu turun.

Pencuci mulut sebelah sana ni memang mudah sangat nak buat nak lagi kalau digandingkan dengan buah bermusim sebelah sana. Cubalah ya resepi pencuci mulut yang sedap dan mudah.



Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah ||  Oats Rangup Dengan Epal

Bahan - Bahan 

1 3/4 cawan oat ( kita guna quick-cooking kalau yang rolled oat pun tak apa )
2 sudu besar tepung gandum
2 biji limau kasturi ambil jusnya atau guna lemon atau limau nipis boleh asalkan  yang boleh membawa faktor masam
4 biji epal sederhana
1/2 cawan gula kastor + 2 sudu besar gula
1/8 sudu teh serbuk kayu manis ( kalau suka baunya lebihkan )
50 gm butter dari peti sejuk dipotong dadu
1 sudu teh esen vanila

Cara - Cara 

1. Epal dikupas kulitnya dan dipotong separa kasar.
2. Gaulkan epal yang dipotong tadi bersama dengan jus limau kasturi dan esen vanila. ketepikan
3. Sediakan mangkuk, campurkan oat, tepung gandum, gula castor, serbuk kayu manis dan juga        butter.
4. Gaul rata dan tekan dengan sudu atau senduk kayu supaya butter bergaul rata.. sehingga ia menjadi seperti serbuk roti  nampak semua oat tu lembap sikit.
5. Untuk bakar, sediakan loyang atau ramekin letak campuran epal tadi dan akhir sekali letak campuran oat dengan rata ke atas lapisan epal.
6. Bakar dalam 30 minit ke 40 minit ke dalam oven yang telah dipanaskan atau sehingga permukaan tu nampak berbuih tanda dah masak.. kalau nampak macam browning sangat kat atas tu, boleh tutup dengan aluminium foil.

NOTA: Dalam 15 minit terakhir,  ada letakkan ketulan butter sikit kat atas lapisan oat dan sambung proses bakar sampai permukaan tu nampak berbuih tanda dah masak.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/08/resepi-pencuci-mulut-yang-sedap-dan-mudah-oat-rangup-dengan-epal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 109 hits
Sesekali bila malas nak masak lauk pauk dan nak berubah selera dari asyik makan nasi aje idea yang ada dalam kepala saya adalah mee goreng Hidangan yang cukup simple dan mudah nak di masak dan bila bila pun boleh dimakan tak The post appear...
Pengat Durian Resepi Mudah Dan Sedap Dari Mak

Pengat Durian Resepi Mudah Dan Sedap Dari Mak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 91 hits
Pengat Durian Resepi Mudah Dan Sedap Ramai cakap pengat durian sedap Pengat durian best makan bersama pulut Pengat durian makan sepinggan tak cukup Pengat Macamana sebenarnya rupanya pengat ni Daku yang berasal dari utara cuma biasa dengan ...
Resepi Cekodok Cucur Durian Yang Lembut Mudah Dan Sedap

Resepi Cekodok Cucur Durian Yang Lembut Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 119 hits
Resepi Cekodok Cucur Durian Yang Lembut Mudah Dan Sedap Salam semua musim durian nak habis ke eh ke ada lagi atas pokok puas hati ke tu semua makan buah durian ya lah nak hujung hujung musim dah ni dalam beberapa hari nak masuk bulan Septem...
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 122 hits
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat Salam semua blog ini sedang dikemaskini yang mana nak edit tu memang kena edit kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu tu tandanya entri dikemaskini balik Kali...
Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 87 hits
Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan Biskut yang tak payah terap Salam semua sebulan berpuasa lepas tu sebulan Syawal beraya sampai sekarang masih lagi terasa kemeriahan raya ya lah kan ini bulan 7 lagi bulan depa...
Resepi Kuih Lama Bingka Pandan Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kuih Lama Bingka Pandan Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 155 hits
Resepi Kuih Lama Bingka Pandan Yang Sedap Dan Mudah Salam semua lama juga tak berkongsi kuih kuih lama tak berapa minat nak buat hii tapi tak semua lah Nak kata penggemar tegar kuih lama tak juga Kalau ada pun tak banyak Di antara kuih yang...
Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 110 hits
Resepi Supa Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam Salam semua Nak share resepi paling senang sangat dah ikut jerr apa arahan yang dalam paket perencah tu D Lama rasanya tak beli apa apa jenis perencah segera macam ini Walaupu...
Resepi Mini Apam Coklat Kukus Sedap Dan Mudah Mesti Jadi

Resepi Mini Apam Coklat Kukus Sedap Dan Mudah Mesti Jadi

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 103 hits
Nampak comel comel la apam coklat yang kakak saya buat ni Geram sangat comel nya tu Biasanya apam atau makanan kukus kukus ni memang kakak saya la yang rajin buat Korang boleh follow kakak saya kat Ig dia Banyak gambar makanan sedap sedap y...
Resepi Tomyam Tanpa Guna Pes Segera Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Tomyam Tanpa Guna Pes Segera Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 114 hits
Resepi Tomyam Tanpa Guna Pes Segera Yang Mudah Dan Sedap Tomyam dengan rakyat Malaysia dah sangat sinonim Cuma ramai surirumah kat Malaysia ni masak tomyam guna pes segera untuk lebih mudah dan menjadi Nak masak tomyam memang tak susah seba...
Dah La Kacak Memasak Pun Handal Pelajar Uitm Ini Buat Para Gadis Tak Senang Duduk Kenyit Mata Tu Paling Style

Bijak Tapi Biadap

Jangan Melantak Buah Makan Ikut Kadar Yang Ditetapkan

Kerja Kerja Yang Tak Bermaruah Saya Panggil Netizen Bengang Pensyarah Label Pekerjaan Rider Tidak Bermaruah

Pegawai Lhdn Ugut Rasuah

Bintang Kpop Sulli Ditemui Mati Gantung Diri Di Rumah Tekanan Perasaan Dipercayai Jadi Punca

Pontian Bersih Indah Dan Menarik Sekali Tengok Macam Pusat It Rupa Rupanya Wow

Terima Kasih Utusan Malaysia Urtv Akan Tetap Dalam Kenangan



Sejarah Roller Coaster Sebagai Penyelesaian Gejala Sosial

Biodata Kumpulan Azarra Band Penyanyi Lagu Alalala Sayang

Vokalis Azarra Band Hilang Ingatan Selepas Cedera Di Kepala

Punca Ketiadaan Zack Kool Dalam Gegar Vaganza 2019 Terjawab

Permainkan Jatt Ali Dan Wann Nabil Tampil Beri Respon


Cara Solat Sunat Istisqa Mohon Hujan Secara Berjemaah Sendirian

Sosma Pekung Wajah Sebenar Dap Makin Terbongkar

Ada Pakar Kata Kerja Hantar Makanan Tidak Bermaruah Pengguna Aplikasi Bungkusit Ini Sekolahkan Pakar

Umno Nak Lawan Sprm

Ahli Dhpp Terlibat Ltte

Tamil Nadu Politician Under Probe