Resepi Biskut Cornflake Madu Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom



Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin suasana hari raya pada kali ini agak berbeza sedikit disebabkan covid19 dan kawalan pergerakan. Harap kita semua bersabar mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu kan.

Bagi memeriahkan suasana walaupun menyambut Hari Raya Aidilfitri hanya dikalangan keluarga dan jiran terdekat, apa kata anda mencuba resepi biskut Cornflake Madu dengan Oreo, Almond London Dan Red Velvet.

Sumber resepi ini adalah dari youtube channel Che Nom. Saya memang suka tengok video-video masakan beliau bersih, teratur dan jelas penerangannya. Antara youtube channel berlandaskan masakan yang popular di Malaysia, jangan lupa subscribes ye.

1. Biskut Red Velvet


Bahan-bahan untuk Biskut Red Velvet:

1. ½ cawan /117g mentega
2. ¾ cawan /150g gula kastor
3. 1 biji kuning telur
4. 1 sudu kecil cuka makan
5. 1½ sudu kecil esen vanila
6. 1½-2 sudu kecil pewarna merah
7. ½ cawan /50g hirisan badam
8. ½ cawan /90g coklat cip

Bahan-bahan untuk ayak:

1. 1¼ cawan /160g tepung gandum
2. 1 sudu besar tepung jagung
3. 2 sudu besar tepung beras
4. 2 sudu besar serbuk koko
5. 1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik
6. ¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat

Cara-cara Penyediaan

1. Butter dipotong dadu dan dibiarkan lembut sedikit. Kemudian telur ambil yang kuning sahaja
2. Tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk koko, baking soda dan baking powder di ayak dan ketepikan.
3. Masukkan gula kastor didalam mangkuk
4. Goreng badam tanpa minyak
5. Masukkan butter, gula kastor pukul sehingga kembang dan kuning pucat baru masukkan kuning telur
6. Masukkan cuka, esen vanilla dan pewarna merah ke dalam adunan tadi
7. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit demi sedikit
8. Bila dah jadi doh masukkan hirisan badam dan coklat chip
9. Rehatkan doh sekejap dalam 10 minit di dalam peti sejuk
10. Kemudian buat bentuk bulat dan tekan sedikit menggunakan garpu
11. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan
12. Siap dan boleh dihidangkan.

NOTA:

1. Hasil biskut dalam 70-80 biji bergantung saiz. Buat bulat kecil diameter anggaran 2cm
2. Bakar pada suhu 160°C, selama 10- 15 minit. Ikut size dan jenis oven. Api atas bawah.
3. Boleh juga nak ganti mentega dengan majerin. Sedap juga rasa biskut nanti (Planta, Pelangi, dsb)
4. Cuka adalah bahan wajib, cuka akan bertindak balas dengan baking soda bagi menghasilkan gas karbon dioksida dan membuatkan biskut naik dengan sempurna. Anda tak akan rasa sangat cuka tu dalam biskut sebab dah campur dengan bahan lain.

2. Biskut Almond London


Bahan-bahan untuk Biskut Almond London:

1. 250g biji badam
2. 100g badam cincang
3. 250g mentega
4. 94g /¾ cawan icing sugar
5. 2 biji kuning telur
6. 250g /2 cawan tepung gandum
7. 200g /⅘ cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
8. 2 sudu besar tepung beras
9. 50g / 1⅓ serbuk kepingan jagung (cornflake) atau boleh ganti serbuk badam
10. 2 sudu besar susu tepung
11. 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
12. 1-2 sudu besar shortening (lemak sayuran)

Cara-cara Penyediaan

1. Mula-mula bakar dulu biji badam dan badam cincang
2. Sediakan doh biskut, kisar halus cornflake
3. Ayak semua tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Ketepikan dulu.
4. Telur ambil kuning sahaja
5. Pukul butter, gula icing dan masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
6. Dah pukul rata masukkan serbuk cornflake yang dikisar halus tadi dan juga susu tepung.
7. Jika adunan dah sebati boleh keluarkan dan uli sedikit dengan tangan. Kemudian rehatkan doh selama 10 minit
8. Bentuk adunan tadi bulat dan leperkan. Masukkan biji badam ditengah-tengah doh dan tutup rapi
9. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan. Bila dah siap bakar keluarkan dan sejukkan
10. Sediakan cairan coklat, gunakan coklat masakan dan masak dengan kaedah double boil masuk sedikit lemak sayuran
11. Bila coklat dah cair, angkat dan celupkan biskut tadi masukkan ke dalam paper cup dengan berhati-hati
12. Last sekali taburkan badam cincang diatas biskut dan dibiarkan beku

NOTA:

1. Anggaran hasil adalah 125 biji biskut
2. Bakar pada 170 °C selama 10-15 minit, api atas bawah
3. Coklat masakan guna Beryl's (dark atau milk compound Dua-dua boleh)
4. Bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 min. Badam cincang/almond nibs masak lebih cepat dari biji badam/whole almond
5. Boleh ganti majerin (Planta dan sebagainya)

3. Biskut Cornflake Madu Dengan Oreo


Bahan-bahan untuk Biskut Cornflake Madu:

1. 85g biskut Golden Oreo atau Original Oreo (anggaran 9 keping)
2. 1/8 cawan mentega
3. 1/8 cawan madu
4. 2 ½ cawan kepingan jagung (cornflakes)
5. 50g kurma tiada biji
6. 20g biskut Original Oreo
7. Bijian manik taburan, secukupnya

Cara-cara Penyediaan

1. Patah-patahkan 9 keping biskut golden oreo dan dikisar jadi serbuk kasar
2. Butter potong dan masuk ke dalam bekas, campurkan dengan madu dan masak sampai cair
3. Ramas-ramas cornflake agak sedikit hancur
4. Kurma potong kecil-kecil
5. Masukkan serbuk oreo, madu dan butter cair tadi
6. Masukkan kurma dan gaul sebati
7. Isikan adunan tadi ke dalam paper cup
8. Hias dengan ketulan biskut oreo dan tabur bijian manik.
9. Masukkan ke oven yang dah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15 minit
10. Keluarkan dari oven dan biar sejuk. Ok siap.

SELAMAT MENCUBA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maurelaxjer.com/2020/05/resepi-biskut-cornflake-madu-almond-london-dan-red-velvet-dari-youtube-channel-che-nom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Biskut Semperit Red Velvet

Resepi Biskut Semperit Red Velvet

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 2276 hits
Semperit Red Velvet Resepinya 250gm buttercup 1 2 cawan susu pekat2 sudu besar pewarna merah1 sudu besar cuka makan3 cawan tepung jagung 2 sudu besar tepung kastad1 sudu besar serbuk koko1 Gaul sebati buttercup dengan susu pekat Kemudian ma...
Resepi Cookies Ala Famous Amos Biskut Coklat Chip Red Velvet Dark Chocolate

Resepi Cookies Ala Famous Amos Biskut Coklat Chip Red Velvet Dark Chocolate

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1443 hits
RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS Biskut Coklat Chip Red Velvet Dark Chocolate Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Bulan lepas kakngah send gambar berbalang balang cookies chocolate chip dia buat Ya Allah nasib baik tengah PKP Kalau ta...
Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 819 hits
hi semua tetiba rindu pula mau makan biskut Almond London Nak share kat korang resipi biskut raya Almond London sedap dari resipi blog Che Mat Gebu yang mrs pip pernah buat beberapa tahun yang lalu Dan so far setiap kali mrs pip nak makan b...
Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Sedap Dan Rangup

Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Sedap Dan Rangup

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 563 hits
Siapa je yang tak suka makan biskut almond london Sejak mula diperkenalkan di sekolah rendah saya mula jatuh cinta dengan biskut ini Masih saya ingat pada ketika itu kawan saya hulurkan biskut almond london dan saya merasainya buat pertama ...
Resepi Red Velvet Oreo Cheese

Resepi Red Velvet Oreo Cheese

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 551 hits
RED VELVET OREO CHEESE AZNIE KHASRI BAHAN 500G BUTTER85G GULA HALUS1 S B OVERLATTE10 BIJI TELUR1 TIN SUSU PEKAT MANIS1 S B ESEN VANILA150 G HORLICK70 G SERI KAYA275 G TEPUNG HONG KONG250 G CREAM CHEESE 1 S B COKLAT EMULCO1 S B RED VELVET PA...
Resepi Almond London Mudah Sukatan Cawan

Resepi Almond London Mudah Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 771 hits
AssalamualaikumBismillahBAHAN A 1 cawan buttercup3 4 cawan gula ising kalau tak nak manis boleh kurangkan1 biji kuning telur1 sudu teh esen vanillaBAHAN B 2 cawan tepung gandum1 2 cawan tepung jagung1 sudu makan tepung beras1 sudu teh serbu...
Biskut Almond London

Biskut Almond London

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 854 hits
BISKUT RAYA EVERGREEN Salam sejahtera buat anda semua semuga uolls semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah Kak Ita sini semuanya okey okey jer Cuma bertambah sedikit kepenatan bila banyak order last minute diterima Mulanya ingat tak buat ...
Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 577 hits
Youtuber Sugu Pavithra berjaya meraih jumlah subscibers sebanyak 370 000 dalam tempoh yang singkat Sejak tular di laman Facebook dan Twitter angka subscriber channel Sugu seolah olah tidak berhenti meningkat dan kini hampir mencecah 400 000...
7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat

7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 692 hits
7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat Assalamualaikum dan Selamat Petang Ada yang mencari resepi biskut yang menggunakan kacang atau berasaskan kacang Ada banyak yang koleksi This is a content summary only Visit my websi...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar