Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Sedap Dan Rangup



Siapa je yang tak suka makan biskut almond london? Sejak mula diperkenalkan di sekolah rendah, saya mula jatuh cinta dengan biskut ini. Masih saya ingat pada ketika itu, kawan saya hulurkan biskut almond london dan saya merasainya buat pertama kali. Disebabkan emak tak pernah buatkan almond london semasa Hari Raya, jadi saya fikir hanya orang kaya saja yang boleh makan biskut ni (nama pun london, ingatkan memang dibawa dari London). Manalah saya tau rupa-rupanya nama saja almond london tapi orang Malaysia yang buat :P

Membesar dengan biskut raya buatan sendiri, kebiasaannya kami jarang membeli biskut raya di kedai. Biskut raya yang biasanya akan ada di rumah hanyalah seperti biskut suji, dahlia, tart nenas, biskut cornflakes dan biskut kacang. Almond london? Setelah saya menginjak masuk ke sekolah menengah, barulah kakak saya mula buat biskut almond london di rumah. Namun ia tak berjaya mencipta kenangan manis buat kami kerana coklat yang kakak cairkan melalui kaedah double boil jadi keras! Pada masa itu, tiada bantuan Google dan Youtube untuk kami layari. Jadi coklat kakak tak boleh digunakan untuk menyalut biskut almond


Kakak menangis akibat geram manakala kami pula hampa kerana tak dapat makan biskut almond london yang sempurna. Saya tak ingat apa yang jadi seterusnya, samada kakak sediakan bancuhan lain dan kami dapat makan biskut almond london atau tidak, namun kejadian tersebut memberi gambaran dalam minda saya bahawa nak membuat biskut london adalah susah. Kemungkinan biskut terhasil sempurna adalah rendah dan proses double boil coklat sangat menakutkan. Disebabkan itu saya lebih suka tunggu sahaja hari raya dan makan biskut almond london di rumah orang..haha..senang kan :P

Setelah bekerja, saya mula membeli biskut almond london kerana ia merupakan juadah kegemaran saya. Tapi sadisnya apabila di sebalik rupanya yang cantik namun tiada almond diletakkan di dalam biskut almond london saya! Haha..pernah juga terjadi kejadian dimana biskut almond london yang saya beli, almondnya berbau seperti lama dan tidak rangup. Sudahlah saya telah beli beberapa botol biskut, tak sedap pula tu. Patutlah harganya lebih murah. Hancur luluh tau hati ini. Selepas itu, saya hanya akan beli biskut almond london yang dijual pada harga mahal sahaja. Biasanya harga mahal lebih berkualiti :D

Sekarang saya kembali tak bekerja, jadi membeli biskut almond london yang mahal bukan lagi keutamaan. Apa yang boleh saya buat jika biskut almond london kegemaran saya tidak dapat lagi saya beli? Belajar buat sendiri! Senang bukan? Setelah buat sendiri baru saya tau rupanya tak susah mana pun nak buat biskut almond london ni. Keluarkan sedikit modal untuk beli barang mentah dan hasilkan sendiri biskut almond london sedap dengan rasa mahal seperti saya pernah beli dahulu. Lagi puas hati sebab saya dapat hasilkan banyak biskut almond london dan boleh makan sebanyak mana yang saya suka..yeay


Resepi biskut almond london ini saya ambil dari laman web RASA. Kebetulan resepi ini bagi saya mudah disediakan dan doh biskut yang dihasilkan juga rangup, berseleralah kami makan setiap kali selepas berbuka puasa. Sedar tak sedar biskut yang saya buat untuk Hari Raya nanti dah habis pula dimakan kami sekeluarga. Takpe, saya ada resepinya dan proses membuatnya tak sesukar mana, jadi makanlah banyak-banyak :P

Tips ketika Mencairkan Coklat (Kaedah Double Boil)
Saya ada katakan di atas bahawa kaedah double boil amat menakutkan bagi saya gara-gara kegagalan kakak hasilkan coklat cairnya kan? Sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh kakak adalah disebabkan ada sedikit air yang masuk ke dalam coklat semasa proses double boil dilakukan. Pantang besar semasa mencairkan coklat adalah apabila air masuk ke dalamnya walaupun SETITIS! Walaupun setitis air ye kawan-kawan. Ini akan menyebabkan coklat jadi keras dan tak dapat digunakan sebagai bahan salutan almond london. Jangan risau, saya ada cara mengatasi masalah ini


Bila difikirkan balik, baru saya perasan yang kakak akan masukkan coklat bar ke dalam bekas kecil sebelum dimasukkan ke dalam periuk besar berisi air panas. Cara ini amat berisiko kerana pada bila-bila masa sahaja air panas boleh terpercik masuk ke dalam bekas berisi coklat sekaligus mengakibatkan coklat menjadi keras. Untuk atasi masalah percikan air ni, apa kata kita tukarkan bekas kecil berisi coklat dengan bekas yang lebih besar daripada periuk? Letakkan di atas permukaan periuk berisi air panas. Dengan cara ini tiada percikan air akan masuk ke dalam bekas coklat kerana permukaan periuk telah ditutupi oleh bekas coklat itu sendiri. Ah, pening pula saya nak terangkan. Apa kata awak tengok je dalam video di bawah okeh


Susah untuk tahu samada doh yang dibakar dalam oven telah masak atau tidak kan. Cara saya, semasa sedang membakar, ambil doh dan lihat di bahagian bawahnya. Jika warna doh telah berubah menjadi perang kecoklatan, itu tandanya doh telah masak. Boleh lihat dalam video di atas jika tak faham ye. Selain itu, jika cairan coklat terlalu pekat, boleh masukkan mentega atau minyak untuk melembutkannya. Dalam video saya di atas, saya tak cairkannya dengan mentega atau minyak, jadi coklat agak pekat dan permukaan atas biskut almond london kurang licin. Nampak tak berapa menarik tapi rasanya sedap :D

Resepi Biskut Almond London Sedap dan Rangup Sukatan CawanBahan-bahanSecawan mentegaSetengah cawan gula kastorSebiji kuning telurSatu sudu teh esen vanila2 setengah cawan tepung gandumSetengah cawan tepung jagungSatu sudu besar tepung berasSatu sudu teh serbuk penaik3 sudu besar serbuk badam (digoreng tanpa minyak terlebih dahulu selama 3 minit untuk merangupkannya)Biji almond secukupnya - anggaran 150 biji (digoreng tanpa minyak terlebih dahulu selama 5 minit untuk merangupkannya)Coklat bar satu papan

Cara Penyediaan1. Masukkan mentega, gula kastor, kuning telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Gaul campuran hingga sebati dengan menggunakan senduk
2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk penaik dan serbuk badam ke dalam campuran. Gaul lagi sehingga semua sebati
3. Setelah doh sebati, ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi saiz anggaran duit syiling 20 sen. Kemudian masukkan sebiji almond ke dalam doh. Bulatkan doh dan susun atas dulang pembakar
4. Setelah siap, doh dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Sejukkan doh yang telah siap dibakar pada suhu bilik
5. Cairkan coklat bar di dalam mangkuk yang diletakkan di atas periuk berisi air panas. Jika coklat terlalu pekat, boleh tambah satu sudu mentega untuk melembutkannya. Jangan sesekali tambah air untuk mengelakkan coklat menjadi keras
6. Setelah coklat cair, ambil doh yang telah dibakar tadi dan tenggelamkan di dalam larutan coklat cair. Ratakan coklat ke seluruh permukaan doh dan masukkan doh bersalut coklat ke dalam paper cup
7. Boleh dihiaskan dengan badam hancur di atas permukaan atas doh. Badam hancur digoreng dahulu tanpa minyak di dalam pan selama 3 minit untuk merangupkannya. 8. Sejukkan pada suhu bilik dan kemudian bolehlah di simpan ke dalam bekas kedap udara


Senang tak cara buat biskut almond london ni? Tak cuba tak tau kan. So apa kata awak cuba buat dulu. Dah buat, komenlah kat bawah ni nanti ye. Ini adalah resepi nak buat biskut almond london dengan sukatan cawan, sedap dan rangup! Selamat mencuba.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/05/resepi-biskut-almond-london-sukatan-cawan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biskut Oat Cornflakes Rangup Yang Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan

Biskut Oat Cornflakes Rangup Yang Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 724 hits
As Salam Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan Alhamdulillah Ramadan semakin kepenghujung kita masih diberi kesihatan tubuh badan untuk menyempurnakan ibadah puasa yang berbaki beberapa hari lagi Se...
Resepi Almond London Mudah Sukatan Cawan

Resepi Almond London Mudah Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 843 hits
AssalamualaikumBismillahBAHAN A 1 cawan buttercup3 4 cawan gula ising kalau tak nak manis boleh kurangkan1 biji kuning telur1 sudu teh esen vanillaBAHAN B 2 cawan tepung gandum1 2 cawan tepung jagung1 sudu makan tepung beras1 sudu teh serbu...
Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 792 hits
Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah Assalamualaikum Tiba di pertengahan Ramadhan ramai yang mula memanaskan oven Mencuba pelbagai resepi Tradisi keluarga sediakan kuih biskut raya Buat ramai ramai bersama ahli kel...
Resepi Biskut Cornflake Madu Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

Resepi Biskut Cornflake Madu Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 1095 hits
Assalamualaikum semua Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri Mungkin suasana hari raya pada kali ini agak berbeza sedikit disebabkan covid19 dan kawalan pergerakan Harap kita semua bersabar mungkin ada hikmah ...
Tak Perlu Oven Tak Payah Bakar Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap Guna Sukatan Cawan Je

Tak Perlu Oven Tak Payah Bakar Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap Guna Sukatan Cawan Je

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 669 hits
Selain biskut mazola biskut wajib ada ketika berhari raya pastinya biskut makmur yang gebu dan cair di mulut Sekali suapan terasa enaknya di mulut Jika hendak mencuba biskut yang satu ini resipi yang dikongsikan oleh ini wajib cuba Menarikn...
Roti Gula Mentega Yang Sedap Dan Sangat Gebus Resepi Sukatan Cawan Fresh From My Oven

Roti Gula Mentega Yang Sedap Dan Sangat Gebus Resepi Sukatan Cawan Fresh From My Oven

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 886 hits
As SalamRoti Mentega Gula Sedap Dan Sangat Gebus Mudah Pula Disediakan Haih Orang lain sibuk buat cookies untuk raya saya sibuk pulak dengan Roti Gebus Mentega Gula Fresh from oven Yelah Macam ko sorang boleh buat roti gebus kan muehehe Seb...
Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 885 hits
hi semua tetiba rindu pula mau makan biskut Almond London Nak share kat korang resipi biskut raya Almond London sedap dari resipi blog Che Mat Gebu yang mrs pip pernah buat beberapa tahun yang lalu Dan so far setiap kali mrs pip nak makan b...
Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap Lembut Dan Manis Secukup Rasa

Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap Lembut Dan Manis Secukup Rasa

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 642 hits
As Salam Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap Lembut Dan Manis Secukup Rasa Kuih Nona Manis ni sudah beberapa kali saya makan sebelum ini Itupun saya order dari rakan sekolah yang tolong ambik order dari orang lain Sejak merasa kuih n...
Resepi Biskut Milo Sedap Dan Rangup

Resepi Biskut Milo Sedap Dan Rangup

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 800 hits
AssalamualaikumBismillahBahan A 125g tepung gandum 100g tepung jagung70g milo 1 sb serbuk kokoBahan B 60g gula halus 2 biji kuning telur1 sudu esen vanila95g majerin butterTambahan 30g badam cincang Coklat cipCara caranya 1 Campurkan semua ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas