Inilah Resepi Paling Mudah Dan Sedap Nak Gulai Daging Kerutuk


ASSALAMUALAIKUM..

Salam semua

Menu kerutuk daging menu orang Kelantan dan menu kegemaran juga, biasanya kalau tak masak dengan daging ganti dengan ayam, kalau nak lagi rare ganti dengan itik dan serati. Tapi masuk itik serati ni, tekak tak boleh terima hii.Kalau macam lama tak makan memang akan merindui sangat nak masak lagi. Sekarang dah mudah kan, ada rempah siap tak kira lah jenama apa pun, adabi pun ada, Faiza pun ada.


Kerutuk daging, macam - macam style orang masak, tapi yang penting kuah kena pekat - pekat salut gitu, bukan cair, Walaupun dah banyak kali buat, resepi yang inilah sedap rasa di tekak, ringkas dan mudah,bahan pun mudah cari ya. Cuma rempah kerutuk ni, kalau kat sini jual kat kedai kampung, kalau tak jumpa yang cap adabi, rempah macam dalam gambar bawah lah yang guna. Cap MIEDAS, tapi ada juga guna cap lain pun. Kadang - kadang rempah kerutuk ni kalau tanya orang tua dia tahu lah rempah kerutuk ni tak sedap lah itu lah hii. macam - macam kan. Wani tak kisah tak ada cap adabi ambil cap lain hii.

Sini kalau jumpa menu kerutuk kat kenduri kahwin, lebih lagi kalau hidang yang dalam talam tu, Ayam buku besar, tapi makan ramai - ramai.

Kali ini nak share resepi yang diambil dari blog Cik Wan ni, memang sedap resepi beliau sangat mudah, cuma ada tumis belacan mula - mula tu ikut arwah nenek punya resepi. :). yang lain tu sama.

Jom lah cuba, daging kerutuk, masak guna noxxa nak bagi cepat empuk, jadi ada 2 pilihan di sini. Resepi yang paling mudah dah ni.

RESEPI KERUTUK DAGING NOXXA YANG SEDAP LAGI MUDAH
Sumber : cikwankitchen

BAHAN - BAHAN 

1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yang dihidangkan semasa kenduri) atau seekor ayam potong empat

1 biji kelapa ambil santan secukupnya

1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ boleh beli yang ready made

1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dengan air panas

Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang

5-7 biji cili kering

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

Seinci halia

Seinci lengkuas diketuk ( wani tumbuk )

1 batang serai diketuk ( letak 2 batang )

Gula melaka/gula

Garam

Sedikit air asam jawa


CARA - CARA

 1. Sediakan bahan tumis:

 rempah kasar 4 sekawan

 2 ulas bawang merah dimayang

 2 ulas bawang putih dimayang

 sedikit halia dimayang

2. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)

3. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.

4. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.

5. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga keluar air daging.

6. Masukkan santan.

7. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

 Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai.

BAHAN TAMBAHAN

Sedikit belacan untuk tumis

Ubi kentang 3 biji potong 2

CARA - CARA DENGAN  NOXXA

1. On kan stir fry, tuangkan minyak kalau nak masukkan terus semua bahan nak ditumis tu tak apa, nampak minyak dah panas, kacau sehingga bahan tumisan naik bau.

2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging sebati dengan bahan tumisan. offkan stir fry

3. Masukkan air asam jawa dan serai diketuk, santan, gula melaka

4. Setkan high pressure 25 minit dan tekan butang on.. pastikan tombol pusing ke pressure.

5. Setelah bunyi beep, lepaskan tekanan dengan putar tombol pressure ke steam.. tunggu wap habis keluar dan injap jatuh boleh buka tudung

6. Masukkan ubi kentang ,tutup balik, tombol ke pressure dan tekan HP 3 - 4 minit. Selepas bunyi beep, tekan off,  lepaskan wap dan buka tudung

7. Onkan stir fry , letak kerisik dan biarkan mendidih sambil kacau sekali sekala .nak bagi pekat kuah.. kerisik tu penting ya,, wajib letak kalau tak letak , kuah tak akan pekat ... bahan yang penting dalam kerutuk

7. Bila nampak kuah dah pekat, off kan stir fry dan boleh masukkan garam secukup rasa .. garam biasanya  wani masuk step last sekali


Jemput tonton di my youtube channel 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2018/11/inilah-resepi-paling-mudah-dan-sedap-nak-gulai-daging-kerutuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 2087 hits
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap Jom cuba resepi ini Assalamualaikum wbt Pagi pagi dah share resepi ehhh Haha Takpelah Mana tau korang nak buat breakfast kan Cikla rasa resepi kuih sagu adalah resepi paling se...
Resepi Puding Biskut Marie Sedap Dan Mudah

Resepi Puding Biskut Marie Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1340 hits
RESEPI PUDING BISKUT MARIEBahan Bahan 200 gram Roti Marie 10 gram Agar Agar Serbuk2 1 2 cawan air1 cawan susu cair1 2 cawan susu pekat1 2 cawan tepung kastard1 biji telur1 2 buku Buttercup6 sudu besar serbuk koko8 sudu besar Milo1 4 sudu ke...
Gula Tinggi Dalam Darah Ini Penjelasan Yang Paling Mudah Nak Faham

Gula Tinggi Dalam Darah Ini Penjelasan Yang Paling Mudah Nak Faham

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 662 hits
Adakah anda mudah untuk Jika jawapan anda Ya teruskan membaca kerana ada sesuatu yang perlu anda ketahui Bagaimana Badan Kita Pastikan Paras Gula Sentiasa Dalam Julat Normal Keseimbangan adalah penting dalam memastikan tubuh dalam keadaan t...
Cara Nak Buat Kek Kukus Coklat Paling Simple Dan Sedap Korang Patut Cubanya Sendiri

Cara Nak Buat Kek Kukus Coklat Paling Simple Dan Sedap Korang Patut Cubanya Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 780 hits
Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap Korang patut cubanya sendiri Assalamualaikum wbt Zaman sekarang ni kalau boleh semua kita nak cepat kan Begitu juga dalam memasak Tak kiralah masak lauk pauk ke kuih muih ke atau apa sa...
Resepi Donut Lembut Dan Gebu Yang Paling Senang Dan Sedap

Resepi Donut Lembut Dan Gebu Yang Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 875 hits
RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP Petang semalam buat donut untuk minum petang anak anak Dah lama jugak tak buat donut Malas nak menguli Tengok la sampai dinut saya ni tak de pusat sebab malas punya pasal Jangan risa...
Ini 4 Cara Tumis Daging Sedap Tak Liat

Ini 4 Cara Tumis Daging Sedap Tak Liat

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 560 hits
Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat maka pilihan menu paling tepat adalah daging yang bergoreng atau tumis Dua cara masak ini 10 15 minit boleh siap tapi ramai yang komen tekstur daging selalu liat atau keras Untuk mengatasi masa...
Resepi Sos Vietnamese Roll Yang Sedap Dan Pedas

Resepi Sos Vietnamese Roll Yang Sedap Dan Pedas

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 727 hits
RESEPI SOS VIETNAMESE ROLL YANG SEDAP DAN PEDAS Memang kegemaran aku dengan Mama kalau makan Vietnamese Roll ni lebih lagi kalau ada daun pudina dan ketumbar dalam tu Kalau original diorang letak daun selasih tapi aku tak suka Tengik BACA J...
Biasakan Makan Bersama Anak Anak Paling Kurang Sekali Sehari Kalau Nak Mereka Jadi Orang

Biasakan Makan Bersama Anak Anak Paling Kurang Sekali Sehari Kalau Nak Mereka Jadi Orang

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 621 hits
Sibuk macam mana sekalipun jadikan waktu makan adalah masa untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak anak Tak kisahlah dengar anak bercerita atau pun kita beri kata nasihat atau pujian Melalui cara ini kesannya sangat besar sekali Disebabkan ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik