Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese



Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese
Beberapa hari sudah suami beli keledek oren menggantikan keledek Ungu (keledek Jepun Manis) yang diminta anak bujang. Terpengaruh lepas tengok rancangan Running Man dekat tv, ada adegan Kwangsoo makan keledek Jepun tu. Sedapnya tengok sambil tertelan air liur.

Memang sebelum ni aku pernah beli keledek Ungu tu sebab suka rasa dia yang manis berlemak. Kalau makan memang tak ingat, sedar-sedar dah habis. Bila rebus, Ikhwan lah yang paling banyak makan. kena betul dengan selera dia.

Oleh sebab keledek Jepun tu tiada stok maka suami beli keledek oren, tapi budak-budak dekat rumah ni tak minat sangat kalau aku buat keledek goreng garing macam tu. Kalau aku dan suami laju je makan colek dengan sambal kicap atau sos cili. Hoi sedap.




Jadi untuk memenuhi selera dan memastikan semua orang makan keledek oren ni maka aku ubah menjadi bebola keledek yang garing diluar dan lembut di dalam, sengaja aku tambahkan parutan cheese. Bila makan dengan keledek yang manis tu memang kena sangat dengan masin cheese.


Hasil cuba-cuba aku masak Corndog Viral 
Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan CheeseSebelum ni aku pernah buat bebola keledek tapi menggunakan tepung gandum dan hasil dia tak seperti yang aku harapkan. Masa tu kecewa jugalah sebab tak sama pun macam yang dijual di kedai, keras pula tu. Serik juga nak buat.

Resepi keledek kali ni aku rujuk dari Youtube, aku tengok beberapa resepi yang dikongsi dan aku ubah suai ikut bahan sedia ada dekat dapur. Nak buat pun mudah sangat maka terhasilah bebola keledek oren garing yang lembut di dalam. Cara-cara membuat Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam adalah seperti berikut:


Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap


Bahan-bahan

400gram Keledek Oren yang telah direbus/stim dan dilenyekkan
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung pulut (aku ganti tepung jagung)
1sk Baking Powder
1 sudu gula
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cheese untuk diparut adalah optional
Cara-caranya ialah:

1. Rebus/stim keledek oren sehingga empuk dan lenyekkan. Biarkan keledek sejuk. Kemudian masukkan tepung beras, tepung pulut (dekat rumah ada tepung jagung je jadi aku guna ganti tepung pulut), baking powder, gula dan sedikit garam

2. Gaul kesemua bahan dan uli sehingga sebati. Masa masukkan tepung jagung korang agak-agak la supaya doh tidak menjadi terlalu keras. Lebihan tepung boleh akibatkan keledek menjadi bola sepak yang keras. Lol

3. Selepas puas hati dengan doh, aku tutup dan biarkan doh direhatkan selama 10-15 minit. Setelah direhatkan aku canai doh dan bentukkan menjadi bebola kecil. Kalau korang suka makan bebola bersaiz besar, canailah ikut saiz kesukaan masing-masing

4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan. Tips penting semasa menggoreng adalah korang kena selalu golekkan bebola di dalam kuali sehingga masak. Itu yang memastikan bentuk bebola menjadi bulat dan buat bebola keledek menjadi garing diluar dan lembut di dalam

5. Parut Cheese dan letak di atas bebola. Terpulang nak letak atau tak. Kalau tabur gula kastor pun dah cukup sedap bagi aku. 





Lepas beberapa kali percubaan baru aku berjaya masak bebola keledek yang rangup dan lembut di dalam. Gembira sangat aku tak putus asa dan nak belajar. Apa yang aku cuba kaitkan dengan kehidupan ialah, jangan cepat putus asa kalau menemui kegagalan. Kalau kita berusaha pasti akan ada jalannya.

Tadi nak cerita pasal resepi je kan? dah melalut masuk bab lain. Ok korang selamat mencuba ok. Jumpa lagi di lain entri masak-masak. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/07/resepi-bebola-keledek-oren-garing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulang Dari Travel Chef Wan Share Resepi New York Cheese Cake Dan Kafta Bebola Daging

Pulang Dari Travel Chef Wan Share Resepi New York Cheese Cake Dan Kafta Bebola Daging

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 532 hits
Pulang Dari Travel Chef Wan Share Resepi NEW YORK CHEESE CAKE Dan KAFTA BEBOLA DAGINGSebut sahaja Chef Wan semua peringkat usia dan bangsa rakyat Malaysia mengenali beliau Malah populariti beliau melebihi para artis dan ahli politik namun s...
Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah

Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 1027 hits
Resepi Red Velvet Cheese Kek Kukus Yang Mudah Whoitt Senang ke Ada yang kata senang aje nak buat kek red velvet cheese kukus ni Susah cari resepi Nah Saya kongsikan resepi di bawah ini yang simple dan tak banyak langkah langkahnya Tak caya ...
Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 657 hits
Ramai pembaca blog saya ni ialah penggemar brownies Boleh kata setiap hari ada je yang mencari cari resepi brownies saya Oleh sebab ramai yang suka brownies kali ni saya nak kongsikan pulak resepi cream cheese brownies Yang ni lagi sedap ta...
Resepi Kek Cheese Leleh

Resepi Kek Cheese Leleh

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 919 hits
Kek Cheese Leleh memang antara kek yang viral dan disukai oleh ramai orang siapa ja yang tak suka kek Cheese Leleh ni kan cara nak buat pun senang juga Jadi dalam entry ini aku nak share resepi Kek Chesee Leleh yang konform sedap punya Sela...
Resepi Kek Oreo Cheese

Resepi Kek Oreo Cheese

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 1081 hits
Kek Oreo CheeseKredit Catherine Gisu Kompom jadi walaupun begginer Butter 450gmTelor 12 bijiTepung 2 cawanGula halus 1 2 cawanSusu pekat manis 1 cawanCream Cheese 500gm CaraAsingkan biskut oreo dpd intinya Blend biskut oreo Butter gula susu...
Resepi Sup Merah Gear Box

Resepi Sup Merah Gear Box

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 380 hits
AssalamualaikumResepi Sup Merah Gear Box Sepertimana yang korang rasa saya pun rasa juga Rasa sedih bila tak dapat pulang ke kampung Beraya kali ini menjadi kenangan paling berharga buat semua mana tidaknya beraya di tempoh PKP di kala covi...
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 721 hits
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba Setiap kali tibanya musim buah durian apa lagi pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan Selain daripada makan begitu saja buah durian banya...
Menu Sihat Resepi Singgang Ikan Ubi Cekur Kini Jadi Kegemaran Suami

Menu Sihat Resepi Singgang Ikan Ubi Cekur Kini Jadi Kegemaran Suami

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 966 hits
Menu Sihat Resepi Singgang Ikan Ubi Cekur Kini Jadi Kegemaran SuamiMemang sedap memang lazat dan yang penting memang sihat lagi menyihatkan Lauk feveret anak anak dan suami Kalau masak SINGGANG IKAN UBI CEKUR ni confirm licin tau Hirup pula...
Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 660 hits
Bismillah AssalamualaikumResepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender Sejak dua menjak ni sha teringin makan yang manis manis kalau menu nasi akhir trimester ni dah tiada selera nak makan proses dalam pengurangan berat badan mungkin so diseba...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi