Resepi Ayam Sambal Bali Yang Senang Membuatnya Sedap Sangat Rasanya


Lauk ayam memang ramai penggemarnya namun asyik masak pusingan jenis masakan yang sama agak merimaskan juga. Jadi aku pun mencuba untuk membuat masakan yang lain ikut resepi yang aku jumpa di sebuah buku masakan. Resepi ayam ni senang membuatnya, sedap sangat rasanya iaitu ayam sambal bali.
Resepi Ayam Sambal Bali Yang Senang Membuatnya, Sedap Sangat Rasanya
Lauk yang aku masak ni adalah sejenis sambal tapi di letakkan serbuk kari. Sepatutnya bagi aku nama yang sesuai untuk masakan ini adalah ayam sambal kari. Entah kenapa, aku pun tak faham apa sebab di namakan ayam sambal bali. Misteri juga tu.. hahaha!


Nasib baik en suami dan anak-anak terus menyukai masakan ni dan sudah beberapa kali aku membuatnya dan kini lauk ayam sambal bali telah tercatat sebagai antara masakan yang wajib buat selang seminggu kini. Tersenarai sebagai lauk ayam yang di sukai selain ayam masak merah, rendang ayam, kari ayam,.masak kicap ayam juga sambal ayam pedas. Jom kita belek resepi ya!
Resepi Ayam Sambal Bali Yang Senang Membuatnya, Sedap Sangat Rasanya
Bahan-bahan memasak ayam sambal bali:
1/2 ekor ayam3 sudu makan serbuk kari2 sudu makan cili kisar1 sudu makan kicap pekat2 batang serai3 - 5:tangkai daun kari5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 keping asam keping 1/4 ketul dari seketul kiub ayam - pilihan Air secukupnyaGaram dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara memasak ayam sambal bali:
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil ikut suka. Selepas itu digaul garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Ketepikan.
Bawang merah dan bawang putih dikisar lumat. Serai diketuk hujungnya.
Tumiskan serai dan daun kari di dalam kuali. Setelah naik bau, masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
Kacau sehingga hampir garing, masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga menerbitkan bau.
Masukkan kicap pekat dan serbuk kari serta sedikit air. Masukkan juga asam keping. 
Kacau sehingga sebati sambil memasukkan 1/4 ketul kiub ayam jika suka. Biarkan merenih sehingga pecah minyak. 
Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Kacau sehingga rata sambil perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sesuai rasa dan ayam telah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Siapp!
Selain dimakan bersama nasi, lauk ayam sambal bali ini sedap dijadikan makansn pencicah bersama roti canai ataupun lempeng. 
Alhamdulillah, masakan yang sedap dan sesuai untuk kami sekeluarga menikmatinya. Satu variasi masakan yang lain dari kebiasaan yang belum pernah aku masak selama ini. Aku bagi 5 bintang penuh untuk rasanya yang marvelous... Hehe!
Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI
p/s: Nak cari gali lagi resepi-resepi yang boleh aku sajikan untuk keluarga selepas ni.. huhu!

Sumber: resepi chef hanilieza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2021/09/resepi-ayam-sambal-bali-yang-senang-membuatnya-sedap-sangat-rasanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Hitam Pahang

Resepi Sambal Hitam Pahang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 319 hits
SAMBAL HITAM PAHANGBahan bahan cawan belimbing buluh rebus cawan cili padi 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek6 ulas bawang merah 5 tbsp kicap manis atau secukup rasagaram gula secukup rasa1 cawan minyak masakCara cara 1 Sediakan terlebih...
Hampir 35k Perkongsian Cara Buat Sambal Garing Pedas Ini Sangat Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja

Hampir 35k Perkongsian Cara Buat Sambal Garing Pedas Ini Sangat Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 361 hits
Menu sambal garing pedas anatara menu yang paling sedap digandingkan pula dengan nasi panas dan telur goreng Dah cukup buat kita makan bertambah tambah walaupun simple Malah ianya sesuai untuk di bawa bercuti atau travel kerana tahan lama d...
Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah Tambah

Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 495 hits
Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah Tambah Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Macamana Cuti Hari Malaysia harini dah ada yang dah pergi berkelah bersama keluarga ke Bagi suri rumah tangga macam Cikza ni ada yang da...
Pilih Ikan Tongkol Putih Rupanya Sedap Buat Masak Sambal

Pilih Ikan Tongkol Putih Rupanya Sedap Buat Masak Sambal

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 559 hits
Bila anda memasak ikan tongkol masak sambal ikan yang macam mana anda akan pilih Menerusi perkongsian daripada saudara Ruslan N Melor ibunya memberitahu ikan kayu ikan tongkol putih lagi sedap dari yang satu lagi Isi ikan tongkol putih lagi...
Sambal Petai Us Pizza Betul Ke Sedap Nak Tahu Pizza Sedap Ke Tak Tengok Kat Topping Dia

Sambal Petai Us Pizza Betul Ke Sedap Nak Tahu Pizza Sedap Ke Tak Tengok Kat Topping Dia

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 276 hits
Amaran entry ini amat bahaya untuk korang yang masih perut kosong Assalamualaikum Tudia awal awal dah bagi amaran tu haha jangan marah naaa nanti kena jual Bukan apa kita yang menulis entry nie pun dah mula berkeroncong perut baru upload ga...
6 Resepi Nasi Lemak Yang Mudah Sedap

6 Resepi Nasi Lemak Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 917 hits
Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di Malaysia Singapura Indonesia dan Brunei Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura Di Indonesia nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Suma...
Nasi Kerabu Daging Bakar Yang Sangat Sedap

Nasi Kerabu Daging Bakar Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 889 hits
Assalamualaikum SUDAH empat hari Iman menjalani praktikal di sebuah syarikat di Bandaraya Johor Bahru Kalau ikutkan Iman nak berdikari intern di hutan batu Kuala Lumpur Nak duduk rumah Cikwa katanya tapi gagal mendapatkan lampu hijau dari P...
Resepi Ayam Bakar Noxxa

Resepi Ayam Bakar Noxxa

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 438 hits
Bagi yang memiliki periuk serbaguna Noxxa dalam artikel kali ini CN akan berkongsi dengan anda resepi ayam bakar Noxxa yang sangat mudah tapi semestinya sedap dan disukai seisi keluarga Kalau mood memasak CN datang memang macam macam CN mas...
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah