6 Resepi Nasi Lemak Yang Mudah Sedap
Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi serta utara dan pantai timur Sumatera) dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Nasi lemak ialah hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal, kerangupan ikan bilis, kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun. Namun begitu, nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya.
Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori/tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.
Biasanya harga nasi lemak berada di dalam lingkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus. Nasi lemak juga dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan di Asia Tenggara. Nasi lemak juga dijadikan menu utama di dalam penerbangan MAS.
Selain di kawasan-kawasan asal Indonesia di Riau dan Sumatera, nasi lemak turut dipopularkan di Indonesia melalui para pekerja dan mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.
Dibawah ini Zati kongsikan 6 resepi nasi lemak yang mudah dan resepi sambal nasi lemak yang sedap dan mudah untuk dimasak.
#1- Nasi Lemak Sedap dan Mudah
Bahan Untuk Nasi Lemak3 cawan beras3 hiris halia3 ulas bawang merah - difiris1 cawan santan3 cawan air - boleh tambah jika kurang / ikut masing-masing1 helai daun pandanSecubit garam1 batang serai - dititik
Cara Masak Nasi LemakBasuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.Siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.Masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. tambah garam dan kacau rata.Tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa.Bila dah masak kacau nasi menggunakan shopsyik agar beras tak patah.
Bahan Untuk Sambal6 sudu besar cili giling1 biji bawang besar - hiris1 biji bawang tumbuk - hiris3 biji bawang merah2 ulas bawang putih - ditumbuk2 biji bawang besar - ditumbukSedikit air asam jawaSegenggam ikan bilis (sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)Sedikit gula, garam, dan perasa
Cara Masak SambalTumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.Bila sudah mendidih masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa.
#2- Nasi Lemak Sedap - Emak Azlina Ina
Bahan Untuk Sambal1 genggam ikan bilis belah - rendam 1 jam10 ulas bawang merah 2 labu bawang besar - belah 44 ulas bawang putih (dikisar bawang merah dan putih tadi ketepikan)15 hingga 20 tangkai cili kering rendam air panas,tos dan kisar dengan sedikit air masak dan minyak (bagi biji lada hancur)Sedikit gula melakaSedikit asam jawaGaram,gula dan perisaMinyak masak
Cara Masak SambalMasukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan ikan bilis yg dah direndam tadi.Masukkan 2/3 sudu besar gula biasa atau 1 keping dalam 100g gula melaka.Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap.Last baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa.Kalau masak sambal lama,dia akan lebih tahan lama.
Bahan Untuk Nasi Lemak**Sukatan air ikut beras yang korang guna juga ye
3 cawan beras2 cawan santan pekat3 cawan air3 - 4 hirisan halia2 - 3 helai daun pandan3 ulas bawang merah hiris5 sudu besar minyak masakSedikit garam
Cara Masak Nasi LemakCuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia,bawang merah hiris dan daun pandan yang disimpul, minyak dan kacau rata.Masak dalam periuk seperti biasa sehingga siap.Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.
#3- Nasi Lemak
Bahan Untuk Nasi LemakBeras - basuh dan tos1-2 helai daun pandan - carik dan simpulSedikit garam1 - 2 inci halia - hiris kasar1 cawan santan pekat / 1 kotak santan kotak
Cara Masak Nasi LemakMasak nasi dengan air secukupnya, iaitu bergantung kepada jenis beras masing masing. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.Masukkan garam dan juga daun pandan yang dicarik. Mesti dicarik bagi menambah aroma daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.
Bahan Untuk Sambal1 mangkuk ikan bilis1 biji bawang besar - hiris2-3 sudu besar gula pasirSedikit gula merah/gula MelakaGaramAir asam jawa/asam keping
Bahan kisar1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering - direbus dan ditos2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia - opsyenalSebesar ibu jari belacan bakar - optional
Cara Masak SambalPanaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing.Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis. Nota: warna sambal lebih cantik jika menggunakan asam keping.Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra.Nota :Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.Ikan bilis boleh digoreng sehingga layu, jika suka.
#4- Nasi Lemak Pandan dan Ayam Masak Sambal
Bahan Untuk Nasi LemakBerasBawang merah - hirisHalia - hirisKulit kayu manis sikitDaun pandan - kisar dengan air & tapis ambik airnyaSantanGaram
Cara Masak Nasi LemakMasukan semua dlm rice cooker.. masak macam biasa.**Tambah pewarna hijau skit.. jika suka.
Bahan Untuk Sambal Ayam1 ekor ayam - gaul garam dan kunyit (goreng separuh masak)Bawang besar - hirisGulaGaramAir asam jawa
Bahan kisar20 Cili kering - ikut pedas2 biji bawang besar3 ulas bawang putihHaliaBelacan sikit1 batang serai - ketuk
Cara Masak Sambal AyamTumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Tambah air asam, gula dn garam.. masak sekejap. Masukan ayam.Gaul sebati.Last masukan bawang besar hiris.
#5- Nasi Lemak Kismis
Bahan Untuk Nasi Lemak4 cawan beras basmathi - saya guna Basmathi India Gate (cuci dan rendam 1/2 jam)2 cawan santan5 cawan air8 ulas bawang merah - dihiris halus4 ulas bawang putih - dihiris halus1 inci halia - hiris batang mancis halus1/2 cawan kismis kuning atau hitambeberapa titik essen kuningsedikit garam
Cara Masak Nasi LemakBeras basmathi yang direndam 1/2 jam di toskan dan di masukkan dalam rice cooker, bersama bawang hiris, santan dan air, kismis dan juga esen kuning dan sedikit garam.Masak sehingga nasi tanak, biarkan nasi kering dan balik2kan supaya nasi bergaul rata, biarkan keep warm. Jika menggunakan periuk biasa masak seperti biasa kita memasak nasi lemak.Hidangkan bersama lauk pauk bersesuaian, sambal tumis ikan bilis, kalau ada ayam goreng berempah pun sedap dan juga hirisan timun. Kali ini saya sajikan nasi lemak kismis bersama sotong goreng sayuran.Sedap mencuba.
Bahan Untuk Sambal1 mangkuk - lada kering yang di rebus dan diblender halus2 labu bawang besar - diblender halus4 ulas bawang putih - diblender halus2 inci belacansegengam@1/2 cawan ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar2 labu bawang besar - di hiris kasar21 cawan air jus asam Jawa3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)1 sudu teh garamsedikit minyak untuk menumis
Cara Masak SambalPanaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harumMasukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.Masak sehingga sambal tumis masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam.Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama Hidangkan bersama nasi lemak.
#6- Nasi Lemak
Bahan Untuk Nasi LemakBeras1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)Garam secukup rasaDaun pandanHirisan halia (jika suka, tak payah letak pon ok)
Cara Masak Nasi LemakCuci beras bersih2.Masukkan santan mengikut sukatan beras yg nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ader yg jenis kene lebih air. Ader jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dlm beras bila sukat paras air)Masukkan garam. Kacau rata.Daun pandan dicuci. Carik2 kan. Ikat.Masukkan dlm periuk nasi.Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecik2 kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.
Bahan Untuk SambalBawang putihBawang merahCili kisarIkan bilisMinyak masakPes asam jawa2 biji Bawang besar dipotong nipisGaramGulaSerbuk perasa secukup rasa
Cara Masak SambalPanaskan dlm 2 senduk minyak masak.Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat & toskan.Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zatisalim.com/2021/09/6-resepi-nasi-lemak-yang-mudah-sedap.html