Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya
Tak ingat bila aku buat kuih apam nasi gebu ini. Tapi yang pasti aku suka sangat dengan kuih apam nasi gebu. Tapi macam biasa anak-anak kurang dengan kuih muih manis ni. Iu yang aku jarang buat. Bila lama tak buat, baru mereka makan juga. Kalau selalu buat, alamat tak berusik lah jawabnya.
Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya
Tapi aku dengan en. suami suka sangat dengan kuih apam nasi gebu ini. Apatah lagi membuatnya amat mudah. Resepi apam nasi gebu sukatan cawan ini senang sebab hanya di sukat menggunakan cawan saja. Tak perlu pakai penimbang bagai. Juga menggunakan nasi sejuk lebihan. Jadi tidak terbuang nasi sejuk.
Buat pula berwarna-warni untuk menjamu mata dengan warnanya yang cantik menyerlah dan tersusun. Itu yang menyebabkan lagi terasa enaknya kuih apam nasi gebu ini. Di makan pula dengan kelapa parut yang terasa lemak masinnya sedikit. Barulah menyerlah rasa sedap dan lazatnya tu. Jom kita belek resepi mudah ini:
Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya Bahan-bahan untuk membuat apam nasi gebu:3 cawan tepung beras1 cawan tepung gandum2 cawan gula pasir1 paket mauripan @ ibu roti2 cawan nasi3 cawan air
Cara-cara membuat apam nasi gebu: Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu. Kisar nasi dengan air sehingga betul-betul hancur.
Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit. Sebelum tu jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti.
Kukus lebih kurang 10 -15 minit. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah di hidangkan dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam.
Nak dapatkan macam-macam resepi di blog ini, klik SINI
p/s : Aku suka sangat makan apam nasi gebu ini dengan kelapa parut tapi en. suami suka makan begitu saja. Hmmm, terpulanglah ikut tekak masing-masing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/12/resepi-apam-nasi-gebu-sukatan-cawan-mudah-membuatnya.html