5 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan


5 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan | Salam semua, kek minyak adalah antara resepi kek yang agak mudah untuk dicuba. Nama kek minyak kerana bahan utama untuk kek ini semestinya menggunakan minyak bagi menggantikan mentega. Teringin nak makan kek tapi tak ada stok mentega, jangan risau sebab ada resepi kek yang menggunakan minyak. Penggunaan minyak tidak terhad untuk minyak jagung saja. Nak guna minyak masak pun boleh. 





Tapi kalau sis, apa - apa resepi kek yang menggunakan minyak, sis lebih suka guna minyak jagung. Biasa yang ramai kongsi resepi mesti kek minyak ada corak marble, dan ada juga corak macam kuda belang. Ada juga kek minyak yang kosong tanpa corak apa pun.

Sebenarnya cara buat corak kek minyak, ia terpulang di atas kreativiti masing - masing. Penggunaan ovalette di dalam kek minyak adalah untuk lagi kek gebu dan lembut. 


Ada juga resepi kek minyak yang tidak menggunakan ovalette. Orang yang baru berjinak - jinak nak belajar baking, sesuai lah buat kek minyak. Tips penting nak buat kek minyak, kena putar gula, telur dan ovalette hingga kembang dan bertukar warna putih. Kena lama sikit putar. 


5 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan Kali ini sis nak kongsi 5 resepi kek minyak yang senang untuk dicuba. Sama ada versi kukus dan bakar, tekstur kek minyak tetap gebu dan lembut.  

1. Resepi Kek Minyak Bakar Simple Gebu Ikut Sukatan Cawan 
Bahan-bahan 5 biji telur 1/2 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 3/4 cawan susu pekat 1 sudu besar ovalette1 cawan minyak masak Perasa nenas atau pisang 1 sudu teh esen vanila Pewarna yg disukai

Cara - Cara 1. Tepung gandum dan baking powder diayak. Ketepikan
2. Putar gula halus, telur dan ovalette hingga kembang dan gebu. 3. Adunan bertukar hingga ke warna putih
4. Kemudian, masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Putar lagi hingga sebati. 5. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati. 6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga rata. 7. Buat sampai habis. Bahagikan kepada 2 bahagian. 8. Untuk 1 bahagian letak pewarna dan perasa yang disukai. 9. Sediakan loyang 9" dan alas dengan baking paper. 10. Letak adunan secara berselang seli
11. Akhir sekali lorekkan dengan lidi. 12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 45 minit atau sehingga masak. 13. Keluarkan loyang biarkan sekejap sebelum keluarkan kek dari loyang
14. Siap untuk dihidangkan. 

Nak lagi jelas, kalian boleh tonton video di atas ya.

2. Resepi Kek Minyak Susu Gebu Ikut Sukatan Cawan 
Bahan - Bahan 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar ovalette 1/2 cawan gula halus 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan susu pekat manis 1/4 cawan butter cair 1/4 cawan minyak masak atau jagung Pewarna pilihan 
Video untuk kek minyak susu. Jemput tonton video di bawah. 

Cara - Cara 1. Tepung gandum dan baking powder diayak. Ketepikan. 2. 1/4 cawan butter dicairkan dan ketepikan sekejap.3. Pukul gula halus, telur, esen vanilla dan ovalette hingga kembang dan gebu.4. Adunan bertukar ke warna putih. 5. Kemudian, masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati. 6. Sambil putar, masukkan butter cair dan juga minyak jagung.7. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua adunan sebati.8. Bahagikan kepada 2 adunan. 9. 1 adunan letak pewarna pilihan. Kacau hingga rata. 10. Sediakan loyang bulat 8" dan alas dengan baking paper
11. Letak secara berselang seli atau ikut citarasa nak jadikan macam mana. 12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C masa 45 atau sehingga masak
13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan dari loyang kek. 
3. Resepi Kek Minyak Kukus Sunquick Mudah Sukatan Cawan Tanpa OvaletteResepi perkongsian Puan Irma Sheky di group Masak Apa Hari Ni ( MAHN ). Ini adalah resepi kek minyak tanpa ovalette. 

Bahan - Bahan 3 cawan tepung gandum1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat4 biji telur gred A atau 5 biji telur gred B2 sudu besar parutan kulit buah sunkist1/2 cawan sunquick perisa oren2/3 cawan gula2/3 cawan susu pekat manis1 cawan minyak sayur atau minyak masak1 cawan air panasSedikit pewarna kuning telur
Cara - Cara 1. Tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat diayak. Ketepikan
2. Dalam satu mangkuk besar, pecahkan telur dan buang tali pusat telur. Untuk elak hanyir
3. Pukul telur dan gula hingga hancur
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati. 5. Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh diselangselikan dengan minyak. 6. Tambahkan susu, pukul sekejap kemudian tambah air panas. 7. Pukul lagi hingga adunan licin dan tidak berketul. 8. Masukkan sunquick, dan pukul lagi hingga sebati. 9. Akhir sekali, letakkan parutan kulit limau dan juga pewarna. 10. Pukul sekejap hingga warna sekata. 11. Sediakan loyang 9" dan alaskan dengan baking paper. 12. Masukkan loyang ke dalam pengukus bila air sudah mendidih
13. Kukus dalam 45 minit ke 1 jam atau hingga masak. 14. Cucuk dengan lidi di tengah kek sebelum diangkat keluar dari pengukus


Nota : Pastikan penutup kukusan di tutup dengan kain tak nak bagi air menitik. 
4. Resepi Kek Minyak Paddle Pop Versi Bakar Sukatan Cawan Perkongsian resepi dari Puan Wannie Iris dari group Masak Apa Hari Ni ( MAHN ). 

Bahan - Bahan
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum +1 sudu teh baking powder - diayak bersama
1 sudu besar ovallete
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Perasa - pandan/pisang/nenas ikut citarasa masing - masing
Pewarna yang digemari biru dan merah

Cara - Cara
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan ovalette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukkan minyak masak dan perasa yang digemari dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
4. Seterusnya, masukkan pula tepung gandum serta baking powder yang telah diayak bersama tadi dan gaul sebati.
5.Kemudian, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang disukai pada setiap bahagian. 
6.Sapukan loyang 9" bersama sedikit mentega atau nak alas dengan kertas baking pun boleh. 
7. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang.8. Kemudian mulakan melapis adunan (seperti marble) berselang seli dengan warna yang ada. Ulang langkah ini sehingga habis.
9 .Akhir sekali, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.
5. Resepi Kek Minyak Coklat Versi Bakar Sukatan Cawan Perkongsian dari Puan Zuera Abd Razak di group Masak Apa Hari Ni ( MAHN ).  Resepi kek minyak coklat. Bahan masih menggunakan minyak. Penggemar coklat mesti suka. 

Bahan - Bahan 4 biji telur*
1 sudu teh  esen vanila *
1/2 cawan gula halus *
1 sudu besar Ovalette*
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat 
2  cawan tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
Cara - Cara 
1. Putar bahan yang bertanda * sehingga putih dan kembang.
2. Masukkan minyak masak dan susu pekat. Putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Gaul dengan sudip saja.
4. Asingkan kepada beberapa bahagian untuk letakkan pewarna atau serbuk koko.5. Loyang 8" alas dengan baking paper. 
6. Bakar pada suhu 150’c selama 45 minit bergantung pada oven masing - masing. 
Nota : Penggunaan serbuk koko dan emulco coco untuk rasa coklat yang sedap. 
Terima kasih kepada yang berkongsi resepi kek minyak yang mudah ini. Resepi kek minyak sukatan cawan ini ada yang sis ambil di group Masak Apa Hari Ni. 
Baca : 5 Resepi Cupcake Yang Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/12/resepi-kek-minyak-gebu-dan-senang-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya

Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 898 hits
Tak ingat bila aku buat kuih apam nasi gebu ini Tapi yang pasti aku suka sangat dengan kuih apam nasi gebu Tapi macam biasa anak anak kurang dengan kuih muih manis ni Iu yang aku jarang buat Bila lama tak buat baru mereka makan juga Kalau s...
Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Ikut Sukatan Cawan

Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Ikut Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 302 hits
Resepi Brownies Cheese Kukus Mudah Sukatan Cawan Gabungan brownies dan cheese dalam satu resepi ini memang dah jadi ketagih buat peminat brownies dan cheese Kalau macam sis yang dah memang suka jugak dengan brownies dan ada lagi cheese Mema...
Kek Marble Simple Sukatan Cawan

Kek Marble Simple Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 266 hits
KEK MARBLE SIMPLE SUKATAN CAWAN Resepi Nor Zureen Syuhada Bahan bahan 1cwn mentega 3 4cwn gula kastor 3biji telur 1sdk asen vanila 3sdb susu pekat 1 4cwn susu cair 2cwn tepung gandum 1sdk baking powder Cara cra mix mentega dgn gula sampai k...
Aneka Resepi Kuih Lapis Simple Ikut Sukatan Cawan Yang Sedap

Aneka Resepi Kuih Lapis Simple Ikut Sukatan Cawan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 677 hits
Aneka Resepi Kuih Lapis Simple Ikut Sukatan Cawan Yang Sedap Kuih lapis boleh dianggap sebagai salah satu kuih tradisi Melayu yang sangat popular Rasanya yang manis berlemak memang sedap Resipi untuk buat kuih lapis jika dulu sering dalam w...
Kek Minyak Nestum Gebu Resipi Paling Simple Mudah Gerenti Jadi

Kek Minyak Nestum Gebu Resipi Paling Simple Mudah Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 483 hits
Jika tercari cari kek gebu yang sedap dan mudah kek minyak adalah kek yang disarankan Hanya gunakan minyak jadi anda tidak perlulah menggunakan marjerin yang mengambil masa ketika mengadunnya Hanya gunakan minyak simple Bukan sahaja ringkas...
Resepi Cheese Leleh Versi Blender

Resepi Cheese Leleh Versi Blender

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 564 hits
Kek cheese leleh versi blender Bahan bahan 2 biji telur gread A1 cawan tepung gandum 1 2 cawan gula 2 sudu susu pekat 1sb ovalate2sb susu tepung1sk baking powder1sk soda birkabonat 1sk esen vanilla 1 4 cawan minyak masak Cara cara 1 Blender...
Resipi Sotong Xxl Bakar Percik Paling Senang Guna Air Fryer

Resipi Sotong Xxl Bakar Percik Paling Senang Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum Buntu kalau ada sotong bersaiz XL dan XXL tak tahu nak masak apa Kalau setakat goreng tepung masak sambal itu biasa Okay yang nie Fiza nak kongsikan resipi sotong saiz besar masak percik Pedas hangat dan sedap Untuk yang ada...
Kek Span Basuh Pinggan Resepi Di Sediakan

Kek Span Basuh Pinggan Resepi Di Sediakan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 1043 hits
Kek Span Basuh Pinggan Resepi Di SediakanKek Span Basuh Pinggan Nama yang pelik dan sedikit kelainan Namun tidak salah jika kita mencubanya
Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 486 hits
Resipi roti kukus tidak pernah menghampakan kita setiap kali memesannya di restoran Lembut gebu dan cukup enak kala digabungkan bersama sekaya Terasa nikmat kala disuap ke mulut Tidak perlu ke restoran untuk menikmati roti kukus panas bersa...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah