Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan


Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan | Siapa yang tak pernah makan Kek batik kan. Gabungan Biskut, Coklat dan Milo memang menaikkan rasa keenakan kek batik. Kalau sebelum ni kek batik hanya dibuat menggunakan resipi asas sahaja, tapi sekarang ni resipi sudah di variasikan kepada beberapa jenis. Seperti tambahan topping Chocolate Ganache pada permukaan kek batik yang dipanggil Kek Batik Choc Ganache dan juga campuran Cheese dan Chocolate Ganache pada Kek Batik yang lebih dikenali sebagai Kek Batik Cheese Indulgence. 
Bagi peminat Cheese dan Chocolate macam saya ni, kek Batik Cheese Indulgence memang sangat sedap. Tak tahu lah bagi orang lain. Iya lah… Selera masing-masing kan. Masa kek ni famous, sanggup saya order. Nak buat sendiri mood tak datang lagi. Pada hal bukan susah pon nak buat. Base asas nak buat kek batik pon dah ada, cuma penambah nya cheese dan chocolate ganache saja. Tapi itu lah, bila dah teringin ni, cari juga lah resipi. Kebanyakan resipi macam complicated lah. Sampai lah saya jumpa satu resipi ni. Memang ringkas dan saya gantikan sukatan metric kepada sukatan cawan. Nah… Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan.
Resipi Kek Batik Cheese Indulgence- 350g Biskut marie
- 150g butter
- 1 cawan Milo
- 1/2 (setengah) cawan serbuk koko
- 1/2 (setengah) cawan susu pekat manis
- 1 cawan fresh milk
- 1 biji Telur (optional) 
𝐂𝐫𝐞𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐞𝐞𝐬𝐞 𝐋𝐚𝐲𝐞𝐫- 258g cream cheese- 2 sb (sudu besar) susu pekat- 1 cawan whipping cream*  hand mixer semua bahan diatas hingga sebati dan tak berketul 𝐂𝐡𝐨𝐜 𝐆𝐚𝐧𝐚𝐜𝐡𝐞 - 200g dark chocolate - 1 cawan whipping cream. Kalau tak ada whipping cream, boleh ganti dengan 1/2 (setengah) cawan fresh milk * panaskan fresh milk/whipping cream & masukkan dark choc. Kacau hingga sebati 𝐂𝐚𝐫𝐚-𝐜𝐚𝐫𝐚1) Cairkan butter dengan api yang perlahan⁣2) Masukkan milo, serbuk koko, susu pekat dan fresh milk. Kacau hingga sebati. ⁣3) Masukkan Biskut marie yang sudah dipatahkan dan gaul hingga sebati.⁣4) Sedia kan loyang dan lapik dengan parchment paper. Masukkan adunan Biskut dalam loyang dan padat kan. Sejuk kan dalam fridge dalam.30 minit⁣5) selepas 30 minit, letak cream cheese layer di atas kek batik dan Keep in the chiller dalam 30 minit lagi⁣6) Akhir sekali Tuang choc Ganache diatas cream cheese layer dan sejukkan dalam fridge dalam 4 jam. Tapi lagi bagus kalau di biarkan semalaman⁣7) Sedia untuk di makan 😁
Macam saya kan, saya suka resipi yang menggunakan sukatan cawan. Sebab mudah faham. Kalau resipi yang pakai sukatan metric ni macam leceh. Nak kena standby metric cup dan nak kena sukat dulu. Kalau dah baker, memang handal lah bab sukat menyukat ni. Macam saya yang amateur ni, memang kena pakai metric cup lah jawabnya. Sebab tu saya suka cari resipi yang menggunakan sukatan cawan sebab mudah dan cepat


Kalau nak lagi sedap, lebih baik kek batik dibiarkan semalaman. Itu pon kalau korang buat petang atau malam lah. Kalau buat pagi, malam dah boleh potong. Macam saya, sebab anak-anak dah tanya kan. Jadinya… Kita  potong awal sikit lah. Kesannya… Cheese dan coklat tak berapa nak keras sangat. Tapi rasanya… Memang tersangat sedap. Korang bayangkan gabungan bikut, chocolate dan cheese yang dimakan fresh from fridge. Memang heaven. 

Yang saya geram. Punyalah saya menjaga kesucian Kek Batik Cheese Indulgence ni dari dinodai. Sekali masa bawa keluar dari peti sejuk, ada kesan kena kokak dekat atas kek. Haishhh… ini tak lain tak bukan memang kerja anak soleh Iman Harraz. Kecik besar kecik besar je ibu tengok dia tau. Nasib Abah kau dah balik. Sikit lagi nak jadi MOMSTER ya. Konon nak photoshoot gambar kek daripada atas. Tapi kek dah kena kokak. Tak apa lah. Nanti boleh buat lagi 😊
Note: Sejak work from home ni kerja kau asyik nak makan saja



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fizarahman.com/2020/12/resipi-mudah-kek-batik-cheese-indulgence-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Minyak Nestum Moist Gerenti Jadi Guna Sukatan Cawan Sedapnya

Resepi Kek Minyak Nestum Moist Gerenti Jadi Guna Sukatan Cawan Sedapnya

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 571 hits
Resepi Kek Minyak Nestum Gerenti Jadi Guna Sukatan Cawan Sedapnya Sebelum ni dah pernah juga buat resepi kek marble ataupun kek minyak guna sukatan cawan tapi tak terfikir pula untuk tambah nestum Hinggalah ternampak perkongsian resepi kek ...
Resipi Kek Pelangi Kukus Mudah

Resipi Kek Pelangi Kukus Mudah

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 369 hits
Menarik betul tengok kejadian kek unicorn viral tu Kek lapis pelangi kukus yang menggunakan warna warna pelangi sebagai daya tarikan Sedap ke tidak tolak tepi dulu Yang penting warna tu memang menarik perhatian betul Kek pelangi atau rainbo...
17 Resepi Kuih Talam Kukus Sedap Mudah Guna Sukatan Cawan

17 Resepi Kuih Talam Kukus Sedap Mudah Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 623 hits
17 Resepi Kuih Talam Kukus Sedap Mudah Guna Sukatan Cawan Kuih muih tradisional Melayu termasuk talam kukus antara yang menjadai pilihan ramai Malah sekarang dah macam macam inovasi kuih talam Di Malaysia saat ini ada pelbagai aneka resepi ...
Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya

Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 897 hits
Tak ingat bila aku buat kuih apam nasi gebu ini Tapi yang pasti aku suka sangat dengan kuih apam nasi gebu Tapi macam biasa anak anak kurang dengan kuih muih manis ni Iu yang aku jarang buat Bila lama tak buat baru mereka makan juga Kalau s...
7 Resepi Kek Span Ikut Sukatan Cawan

7 Resepi Kek Span Ikut Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 451 hits
7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan Kalau korang tak pandai nak agak sukat guna penimbang ikuti resepi mudah pasti jadi Kalau tak jadi buat lagi sampai jadi Kalau tetamu datang senanglah nak hidang kek sedap air tangan sendiri Sesekali nak...
Kek Coklat Kukus Moist Ni Paling Senang Nak Buat Guna Sukatan Cawan

Kek Coklat Kukus Moist Ni Paling Senang Nak Buat Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 382 hits
Kek coklat sememangnya kek yang paling senang disediakan Hanya satukan sahaja kesemua bahan dan dikukus hingga masak Bila bila anak nak makan pun mama pasti tiada masalah untuk membuatnya Langkah demi langkah cara mudah yang dikongsikan ole...
5 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan

5 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 934 hits
5 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan Salam semua kek minyak adalah antara resepi kek yang agak mudah untuk dicuba Nama kek minyak kerana bahan utama untuk kek ini semestinya menggunakan minyak bagi menggan...
Resipi Kek Coklat Mudah Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak Anak

Resipi Kek Coklat Mudah Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 636 hits
assalamualaikum salam sejahtera hari ni nak kongsi tentang aktiviti hujung minggu dgn kak Nurin dan Syuhada kami buat kek coklat sebenarnya da lama diorang berzikir di telinga saya ni utk buat kek coklat hmmm bukan ibu tak nak buat tapi bah...
Hokkaido Cheese Tart Leleh Resipi Simple Senang Sangat Nak Buat

Hokkaido Cheese Tart Leleh Resipi Simple Senang Sangat Nak Buat

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 478 hits
Biasa makan kek hokkaido yang ada filling di dalamnya kali ini apa kata buat pula Hokkaido Cheese Tart Caranya tak lah susah sangat ia lebih kurang resipi cheese tart tapi ada beberapa penambahan lain Kalau rasa leceh nak buat kulitnya bole...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities