Rentak Yang Berbeza Satu Simfoni Terokai Rentak Malaysiaku Di Gmbb Pada 13 16 September Ini


Rentak Yang Berbeza, Satu Simfoni: Terokai Rentak Malaysiaku Di GMBB Pada 13-16 September Ini
Apa yang menjadikan Malaysia itu Malaysia? Sempena Hari Malaysia ini, pusat komuniti kreatif Kuala Lumpur — GMBB, menjemput orang ramai untuk menghayati dan menyelami erti sebenar Malaysia menerusi Rentak MalaysiaKu, perayaan meriah selama empat hari yang diadakan dari 13 hingga 16 September 2025.
Segenap ruangan GMBB akan dihidupkan dengan alunan muzik tradisi, tarian, cerita rakyat dan sajian dari seluruh negara.
Rentak MalaysiaKu, yang digerakkan oleh para penyewa kreatif GMBB dan komuniti luasnya, menampilkan gambaran ringkas tentang Malaysia yang berbilang bangsa, bahasa dan budaya.
Diilhamkan daripada rentak kehidupan harian rakyat, acara ini meraikan kisah-kisah yang dekat di hati dan juga yang sering terlepas pandang — semuanya membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Antara tarikan utama dalam Rentak MalaysiaKu 2025 adalah:
Jiwa Tradisi Bertemu Dunia Hari Ini
Dari hutan hujan Borneo hingga ke pantai Semenanjung Malaysia, festival ini mengiktiraf warisan hidup komuniti pribumi kita. Para pengunjung berpeluang merasai alunan melodi Sape yang mengasyikkan oleh Anderson Kalang dalam Pameran Echoes of the Earth serta menghayati kehalusan sulaman manik tradisional menerusi Borneo Sparkle.
Bagi yang ingin menyelami pengalaman budaya lebih mendalam, karya seni instalasi pelukis Bidayuh, Dr. Kendy Mitot, menampilkan interpretasi kontemporari tentang cara hidup Bidayuh di samping sesi perkongsian bertajuk The Last Journey Between Realms: Memory and Storytelling in Bidayuh Gawai.
Dari Semenanjung Malaysia, kumpulan budaya Mah Meri, Tompoq Topoh yang terkenal dengan hubungan rapat alam dan ritual, bergabung bersama Gerimis untuk menghasilkan instalasi seni bunga jering yang melambangkan tradisi dan transformasi.
Pengunjung berpeluang menyaksikan tarian suci Main Jo’oh, menyertai sesi perkongsian tentang Ari Muyang (Hari Leluhur) serta mencuba sendiri anyaman bunga moyang secara percuma. Turut ditampilkan ialah aksesori manik Jelai hasil sentuhan artis Temuan, Leny Maknoh, yang berjaya membawa seni Orang Asli ke dalam dunia kreatif masa kini.
Seni wayang kulit Melayu yang berusia ratusan tahun kini diberi nafas baharu melalui penceritaan kontemporari dan ikon budaya pop oleh Fusion Wayang Kulit, yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Tidak ketinggalan Ayayu, kolektif kreatif yang komited memelihara warisan kraftangan Malaysia, menerusi aktiviti melukis batik pada wau tradisional.
Suara Budaya Merentasi Komuniti
Pameran Kaligrafi Miniatur oleh Venerable Chi Chern menampilkan kehalusan seni dan ketelitian sapuan berus Cina dalam bentuk miniatur, memperlihatkan kedalaman budaya melalui perincian halus yang hanya dapat dinikmati melalui kanta pembesar.
Sementara itu, Tokoh Opera Kantonis, Madam Kam Sin Kiew, pula menyuntik elemen dramatik menerusi persembahan duet.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan secara eksklusif proses solekan dan persiapan kostum di belakang tabir sebelum beliau naik ke pentas — menghidupkan semula salah satu seni persembahan tradisional Cina yang tertua untuk khalayak masa kini.
Suasana hujung minggu juga akan dimeriahkan menerusi bengkel pembuatan Ondeh-Ondeh Labu oleh kedai kopi tradisional Hainan, Jiak Kopi.
Bengkel ini mengajak peserta untuk merasai dan meraikan warisan turun-temurun komuniti Peranakan Baba Nyonya di Malaysia.
Penulis, Raja Ahmad Aminullah menerusi Seeds of Resistance membawa pengunjung menelusuri helaian akhbar dan artifak dari era 1900-an termasuk paparan bingkai Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia.
Usaha ini mengimbas kembali karya-karya yang pernah membangkitkan semangat rakyat menuju kemerdekaan.
Seni, Cerita dan Imajinasi Bersama
Dipersembahkan oleh ARTO Movement, pameran berkumpulan Di Bawah Langit Yang Sama menghimpunkan lebih 90 seniman dan penyair tempatan.
Pameran kolektif ini mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian, menjadikan ruang GMBB sebagai laungan suara pelbagai komuniti dari seluruh negara.
Hikayat Fandom pula akan memikat hati seisi keluarga melalui sesi penceritaan mereka, menghidupkan kembali kisah dongeng dan legenda yang diwarisi turun-temurun merentasi pelbagai masyarakat di Malaysia.
The Duke Museum mempersembahkan To Know Malaysia is to Love Malaysia, sebuah pameran intim yang mengetengahkan budaya buku bergambar Malaysia — meraikan cerita-cerita yang terus menghubungkan generasi demi generasi.
Penceritaan intim, perkongsian muzik, nyanyian bersama dan tarian Kummi oleh pembikin filem Araro Ariraro dan Santosh.L menambah lapisan pertukaran budaya, mengundang penonton menyertai pengalaman interaktif yang menggabungkan filem, muzik dan pergerakan.
“Komuniti sentiasa menjadi nadi kepada GMBB. Menerusi Rentak MalaysiaKu, kami ingin mengangkat dan menghargai rentak kehidupan harian rakyat Malaysia — bukan sahaja melalui muzik dan tarian, tetapi juga cara kita berinteraksi, menulis dan bertutur.
“Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa di sebalik perbezaan, wujud rentak bersama yang menyatukan kita dan membentuk keunikan sebagai rakyat Malaysia.
“Dengan membuka ruang kepada para seniman dan komuniti budaya untuk #MakeMore, kami berharap setiap pengunjung pulang dengan penemuan yang baharu,” kata Lim Ying Hui, Pengurus Besar GMBB.
Cipta pengalaman Hari Malaysia anda bersama Rentak MalaysiaKu di GMBB dari 13 hingga 16 September 2025.
Untuk maklumat terkini mengenai Rentak MalaysiaKu 2025, ikuti kami di @gmbb.kl di Facebook dan Instagram atau layari https://gmbb.com.my/.
The post Rentak Yang Berbeza, Satu Simfoni: Terokai Rentak Malaysiaku Di GMBB Pada 13-16 September Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/10/rentak-yang-berbeza-satu-simfoni-terokai-rentak-malaysiaku-di-gmbb-pada-13-16-september-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentak Berbeza Sajian Sama Cerminan Sebenar Keharmonian Malaysia

Rentak Berbeza Sajian Sama Cerminan Sebenar Keharmonian Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2587 hits
SAJI Terima Kasih Malaysia 2025 Kembali Lagi Dengan tema Rentak yang berbeza sajian yang sama kempen tahunan ini diraikan dengan lebih meriah penuh warna warni budaya muzik dan sajian yang menjadi nadi rakyat Malaysia STKM bukan sekadar kem...
Monolog Khas Khamis 11 September 2025

Monolog Khas Khamis 11 September 2025

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4934 hits
Monolog Jiwa 11 Dalam Reda Ada Tenang 11 September 2025 Aku pernah marah pada takdir bertanya kenapa hidup aku begini Tapi bila aku mula belajar reda langit rasa lebih dekat hati terasa lebih ringan dan aku mula melihat cahayameskipun hari ...
Doa 12 September 2025

Doa 12 September 2025

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 4377 hits
Doa Pagi Jumaat Lembutkan Hati Kami Salam Jumaat Doa Pagi Jumaat Lembutkan Hati Kami Dalam pagi Jumaat yang tenang ini kita panjatkan sebuah doa mudah supaya hati diberi kelembutan mudah memberi mudah menerima serta tidak cepat keras mengha...
Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 9 September

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 9 September

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1277 hits
Pasaran ekuiti bertaruh pada pemotongan kadar Fed Pasaran saham AS terus menjangkakan pemotongan kadar oleh Fed yang menyokong kenaikan indeks S P 500 Penganalisis Goldman Sachs meramalkan lonjakan sebanyak 2 menjelang akhir tahun berdasark...
The Sunday Currently 7 September 2025

The Sunday Currently 7 September 2025

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4466 hits
Sundays always feel like a pause button not quite the end not quite the beginning Today was one of those days that reminded me how the simplest things can be the most grounding An afternoon by the pool followed by a cozy dinner at KB Wester...
Fattah Amin Umum Bakal Nikahi Amira Othman 14 September Ini

Fattah Amin Umum Bakal Nikahi Amira Othman 14 September Ini

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 4667 hits
KUALA LUMPUR Pelakon terkenal Fattah Amin akhirnya mendedahkan status sebenar hubungannya dengan penyanyi Amira Othman yang sebelum ini hanya dikenali sebagai rakan sekerja Pengumuman itu dibuat ketika majlis pelancaran lagu Rasa Takdir sek...
Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 5592 hits
Duduk di rumah kini bukan sekadar pilihan tapi sudah jadi gaya hidup baharu rakyat Malaysia Menyedari hakikat itu IKEA Malaysia tampil dengan inisiatif segar IKEA House Party sebuah acara penuh inspirasi yang berlangsung sepanjang sebulan d...
Food Festival Kip Mall Senawang 4 7 September 2025

Food Festival Kip Mall Senawang 4 7 September 2025

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5863 hits
Assalamualaikum Selamat pagi uolls jom kita sambung entry2 dalam draft banyak hutang ni hehehe Lepas balik dari kat Pantai 3 beranak tu kami balik rumah terus dan nak amik PZ bawak pi ST Rosyam dia nak redeem MySara dia berzikir je hari har...
Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 6767 hits
Pada hari ini 11 September 2025 perlawanan pusingan ke 6 antara Johor Darul Ta zim dan berlangsung di pada jam 8 15 malam Berdasarkan maklumat terkini JDT telah memulakan musim 2025 2026 dengan cemerlang memenangi kesemua empat perlawanan p...
Meet The Vespa 787b A Vivid Tribute To The Mazda That Won Le Mans

Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

How Do You Feel About Travel Right Now We Want To Hear From You

Strawberry Smoothie

Kenangan Zaman Kanak Kanak Di Kampung Tandak Machang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pinjaman Mikro Di Malaysia Risiko Dan Peluang Untuk Peminjam

Tak Semua Benda Perlu Dicerita Bila Terlebih Oversharing

Padah Hantaran Jelik Kakitangan Rhb Tamat Perkhidmatan

Mengupah Servis Tukang Rumah Untuk Kerja Reno Di Rumah Anda

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Beyond Oil Palm Sector Finds New Value In Bio Mass And Sustainability