Renew Lesen Memandu Pejabat Pos Utc Jpj Cara Harga Dokumen Diperlukan
RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN
Jika anda ingin renew lesen memandu( motor atau kereta),boleh pilih untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos/UTC/JPJ.Berikut dikongsikan RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN
Untuk makluman,sejak tahun 2016 lagi, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia atau renew lesen memandu baharu boleh dilakukan di Pejabat Pos seluruh Malaysia.
Walaupun urusan renew lesen sekarang dah boleh dibuat secara online, rasanya masih ramai lagi yang lebih suka berurusan secara manual terus di kaunter.
Bagaimanakah cara RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS?
SENARAI JENIS LESEN MEMANDU YANG BOLEH DIPERBAHARUI DI PEJABAT POS
Lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan.
Manakala hanya lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.
Jika nak renew lesen secara online pun boleh, rujuk RENEW LESEN ONLINE
SEMAKAN SYARAT RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS
Berikut adalah syarat- syarat Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos:
Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
Tidak disenaraihitamkan (blacklist)
DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK RENEW LESEN DI PEJABAT POS
Untuk pembaharuan, kita hanya perlu bawa:
Kad pengenalan
Lesen memandu asal
Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan kali pertama)
SEMAKAN HARGA BAYARAN/CAJ RENEW LESEN DI PEJABAT POS
Berikut adalah Harga Bayaran / Caj Yang Dikenakan :
Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
*Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, RM2.00 caj servis akan dikenakan.
Kalau anda keliru lesen jenis apa yang dimaksudkan dalam kelas di atas, ini adalah maksud bagi kod tersebut:
Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg
Bagaimanakah cara RENEW LESEN MEMANDU DI UTC?
CARA RENEW LESEN MEMANDU DI UTC
APA ITU UTC?
UTC adalah ringkasan Urban Transformation Centre (Pusat Transformasi Bandar),ia adalah tempat untuk menyediakan masyarakat bandar dengan perkhidmatan kerajaan.Di UTC terdapat pejabat JPJ untuk masyarat membuat urusan berkaitan JPJ
Sila ke UTC berdekatan dengan anda.
Sila ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan dalam bangunan UTC.
Ambil nombor giliran dan sila tunggu.
Apabila nombor anda dipanggil, sila maklumkan tujuan anda untuk renew lesen
Sila maklumkan tempoh renew lesen yang diperlukan.
Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
Kelas A & A1 – RM2
Kelas B2, B & C – RM20
Kelas D sehingga I – RM30
Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
Sila serahkan lesen memandu anda( asal atau salinan)
Jika ada gambar,boleh bagi gambar.Jika tiada boleh buat gambar baru di kaunter atau guna gambar asal pada kad pengenalan.
Sila bayar wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda dan tempoh diperlukan
Sila tunggu sehingga kad lesen anda
Bagaimana pula jika wakil yang buat urusan renew lesen?
Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.
Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.
Bagaimanakah cara RENEW LESEN MEMANDU DI JPJ?
CARA RENEW LESEN MEMANDU DI JPJ
Cara renew lesen memandu di JPJ
Sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri ataupun mana-mana cawangan JPJ yang terdekat dengan anda.
Sila maklumkan tujuan anda untuk renew lesen
Sila ambil nombor dan tunggu giliran.
Apabila nombor anda dipanggal,sila maklumkan tujuan anda dan tempoh renew lesen.
Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
Kelas A & A1 – RM2
Kelas B2, B & C – RM20
Kelas D sehingga I – RM30
Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
Sila bagi kad pengenalan/pasport anda.
Kemudian bagi lesen memandu anda(asal atau salinan)
Jika ada gambar,boleh bagi gambar.Jika tiada boleh buat gambar baru di kaunter atau guna gambar asal pada kad pengenalan.
Sila bayar wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen dan tempoh lesen anda.
Sila tunggu kad lesen anda disiapkan.
Bagaimana pula jika wakil yang buat urusan renew lesen?
Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.
Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ
Untuk maklumat Lanjut sila layari :
Pejabat Pos: https://www.pos.com.my
UTC: https://www.utc.my/
JPJ: https://www.jpj.gov.my/
The post RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/renew-lesen-memandu-pejabat-pos-utc-jpj.html