Rendang Malaysia Lauk Istimewa Di Hari Raya
Alhamdulillah hari ini, kita telah berada pada hari ke 29 Ramadhan, bermakna esok adalah hari terakhir kita berpuasa dan esok juga hari terakhir kita berada dalam bulan Ramadhan.
Mudah mdahan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dalam hidup kita. Mudah mudahan juga, kita berjaya menemui malam Lailatul Qadr yang pahalanya lebih baik dari 1000 bulan.
Sebelum itu, jangan lupa klik satu iklan yang keluar di bahagian atas blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala buat anda semua.
Hari ini saya kongsikan resipi rendang Malaysia menggunakan daging. Nampak resipi bodoh bodoh jer tapi kalau hari raya, laku giler. Dah tak pandang lauk lauk lain. Kalau di majlis dan kenduri, lauk ini yang akan habis dulu.
Sedap dimakan dengan semua jenis masakan nasi, mee hoon, nasi impit atau pun lemang. Tak muak dan tak menjemukan. Jadi hari ini saya tak mahu menulis panjang panjang, jom kita sama sama masak lauk ini untuk hari raya nanti.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Rendang MalaysiaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg dagingGaram secukup rasa1 sudu kecil serbuk kunyit2 sudu besar gula atau secukup rasa 2-3 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar cuka
Bahan kisar10 biji bawang merah5 ulas bawang putih1 inci halia 3 sudu besar cili kisar3-4 biji cili padi - jika suka pedas
Cara cara:Daging digaul dengan garam, serbuk kunyit, gula, kicap pekat dan cuka. Masukkan dalam periuk dan tuang air separas daging.
Rebus sehingga daging empuk. Nota: boleh juga direbus dengan periuk tekanan selama 20 minit dengan masukkan sedikit air sahaja.
Sementara daging direbus, panaskan ¾ cawan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga terbit minyak.
Masukkan daging dan air rebusan. Masak sehingga kuah pekat dan kering yang disukai. Sesuaikan rasa.
Sebelum dihidangkan tabur bawang goreng. Nota: Sedap juga diperah sedikit air limau nipis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2021/05/rendang-malaysia-lauk-istimewa-di-hari.html