Kuih Gunting Original Yang Rangup Sedap Dan Tahan Lama


Kuih Gunting Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama. Kuih gunting original yang sedap, tanpa sira tapi ada rasa kari dan udang kering. Alahai.. sedapnya. Dahlah kos murah, mudah buatnya dan senang dimakan!! Haha..
Kuih gunting ni kuih legend. Buat pelan-pelan pun jadi sambil tengok cerita korea.. kihkih

Oh ya, nak kuih gunting tahan lama, simpan dalam balang kedap udara dan biar kuih gunting sejuk dulu baru tutup rapat. Jadi, kuih gunting tahan lama rangup dan masih rasa segar walau dah berbulan disimpan.

Kuih Gunting Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama


Ni kalau buat mesti tak sempat sampai raya. Makan sambil tengok cerita korea, habis satu balang. Haha.. oh ya, resepi ni saya share dari facebook. Mana yang kurang atau lebih, kita adjust sendiri. Kalau nak buat lebih, maka lebihkan lah tepung dan bahan-bahan yang lain.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ayam serbaguna jenama bestari - perisa spicy (untuk rasa pedas-pedas sikit)
1 biji telur
4 sudu mentega
3 sudu besar serbuk kari
Daun sup @ daun kari - hiris halus
1 sudu makan jintan manis
Sedikit garam
2 pelepah daun kari - tabur dalam kuali ketika menggoreng
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas - minyak untuk mengoreng

Cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.

2. Masukkan tepung ayam bestari, telur, mentega, serbuk kari, daun sup @ daun kari, jintan manis, dan serbuk garam. Gaul rata.

3. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.

4. Biarkan adunan selama 10 minit.

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian bulat-bulatkan dan canaikn untuk memudahkan proses mengunting.

7. Taburkan sedikit tepung gandum bahagian yg di canai supaya tidak melekat. Kemudian bolehlah digunting ikut saiz yang dikehendaki. Nak cantik, gunting serong..

8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.

9. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.

10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.



Semoga bermanfaat. Sesiapa yang suka mencuba, boleh lah buat kuih gunting yang legend ni. Kuih gunting ni dia tak disira dengan sambal macam biasa kita tengok orang buat. Yang ni kuih gunting original

Selamat mencuba
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2019/05/kuih-gunting-original-yang-rangup-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1643 hits
Cara Buat Kuih Siput Rangup Dan Sedap Langkah Demi Langkah Step by step cara buat kuih siput sedap dalam dunia Resepi ni share dari Saji my dan sesuaikan dengan resepi yang bonda saya selalu buat sejak bertahun dulu Bila lama campur baru di...
Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 540 hits
Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang Seperti bisa kita masuk dulu bab tazkirah Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini d...
7 Kuih Muih Bulan Puasa Sedap Anda Mesti Cuba

7 Kuih Muih Bulan Puasa Sedap Anda Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1529 hits
Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan bazar Ramadhan merupakan syurga makanan yang ditunggu setiap setahun sekali Beraneka menu makanan yang terdapat di bazar Ramadhan yang mampu membuatkan anda rambang mata untuk membelinya Bukan sahaja terda...
Cara Panggang Badam Yang Rangup Dan Sedap

Cara Panggang Badam Yang Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 594 hits
Kacang badam selain sedap dimakan sebagai snek ia juga mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin B dan E kaya dengan magnesium zat besi potasium tembaga dan banyak lagi namun badam lebih enak dimakan sekiranya dibakar atau dipanggang seh...
Kuih Tart Nangka Resepi Original Dari Terengganu

Kuih Tart Nangka Resepi Original Dari Terengganu

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 4229 hits
Kuih Tart Nangka Resepi Original Dari TerengganuAda yang bertanyakan berkenaan resepi kuih tart Nangka ni jadi saya kongsikan bersama dan kepada yang ingin mencuba
Resepi Mudah Kuih Gunting Kudapan Enak Di Aidilfitri

Resepi Mudah Kuih Gunting Kudapan Enak Di Aidilfitri

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1593 hits
Resepi Mudah Kuih Gunting Kudapan Enak Di AidilfitriRanking no 1 dalam senarai kuih raya akak pebret seisi keluarga nak2 mkn sambil tengok tv jom akak share resepi cara akak
Cara Mudah Step By Step Buat Kerepek Pisang Yang Sedap Dan Rangup

Cara Mudah Step By Step Buat Kerepek Pisang Yang Sedap Dan Rangup

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1448 hits
As Salam Cara Mudah Buat Kerepek PisangYang Sedap dan Rangup Alhamdulillah kami sekeluarga selamat menziarah kedua ibu bapa mertua di Muo Johor pada cuti hujung minggu yang panjang ini Memang tercapai hajat kami anak beranak nak berbuka den...
Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sedap Walau Tanpa Oven Bakar Kuih Raya Atas Kuali Pun Boleh

Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sedap Walau Tanpa Oven Bakar Kuih Raya Atas Kuali Pun Boleh

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1062 hits
Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sedap Walau Tanpa Oven Bakar Kuih Raya Atas Kuali Pun Boleh
Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1220 hits
Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah dan Sedap Allhamdulillah Jumaat lalu sempat saya buat kuih puteri mandi bagi menghabiskan sisa tepung pulut yang saya buat onde onde hari tu Cara nak buatnya sama juga dengan onde onde tu mudah sangat duk...
Bahagia Cara Sendiri

Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Rafizi Needed To Be Out Of The Way So Ph Can Work With Pn In Ge16

Cerai Fast Track Jimat Masa Kurang Tekanan

Tauhu Bergedil Sambal Kicap

Kenapa Seks Sangat Penting Dalam Rumahtangga

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Phil Robertson Duck Dynasty Patriarch And Outdoor Icon Dies At 79


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Orang Yang Ibadahnya Sia Sia

Religious Affairs Minister Wants Pride Event Cancelled

Elderly Support Building A Caring Future Today

Cops Identifying Suspects In Kota Bharu Brawl

Tahniah Dan Terima Kasih

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd