Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini Dimakan Bersama Roti Jala Yang Kekal Lembut


As Salam,
Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini, Dimakan Bersama Roti Jala Yang Kekal Lembut - Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesihatan tubuh badan sehingga dapat menunaikan ibadah puasa hingga hari yang ke-21.Syukur, saya dan adik beradik sempat buat Iftar Jamaie bersama bonda kami, walaupun masing-masing dalam lokasi yang berbeza

Hidangan lengkap roti jala dengan kari ayam sedap dengan resepi istimewa mak mertua saya:)
Semalam, perancangan saya dan Kak Ateh akhirnya menjadi kenyataan apabila kami merancang untuk buat majlis buka puasa bersama-sama di rumah adik perempuan kami yang menetap di Shah Alam.Abang Long pun join sekali dan datang dari Batu Pahat, Johor dengan bawa Ibu kami bersama.Memang seronok bila berkumpul, tambah lagi kami buat pot luck.Jadi masing-masing bawa makanan yang sudah siap dimasak dari rumah.Memang jimat dan pastinya semua makanan sedap-sedap

Cakap pasal pot luck, korang nak tahu apa bekalan yang saya bawa ke rumah adik di Shah Alam? Saya sediakan roti jala dengan kuah kari ayam.Depa siap tanya saya buat sendiri ke tempah? Yelah kan, dalam bulan puasa, buat pulak roti jala, orang-orang yang gigih je sanggup buat ko.haha

Korang yang biasa buat roti jala ni memang tahulah kan, time bancuh adunan roti ni sangat penting untuk pastikan kepekatan adunan tu sesuai untuk dikirai atas kuali.Adunan tak boleh pekat sangat atau cair sangat.Kalau tidak roti jala korang jadi tak lawa dan tak kemas.Itu belum lagi kalau guna acuan lama macam saya, boleh berkecah dapur dibuatnya

Buat roti jala ni memang agak rumit sebab ia akan ambil masa untuk kita siapkannya satu demi satu.Bagi saya pula, sebab nak cepat siapkan, saya buat dengan dua kuali yang berbeza.Satu jenis yang pan leper, satu lagi kuali biasa.Ah, belasah je.Kita buat dia kann

Orait, Nah, saya kongsi resepi cara saya buat roti Jala dan kari ayam marvelous.Ceh gitu:)Bahan-Bahan Buat Roti Jala :
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air / santan / susu cair
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara-Cara Membuat Roti Jala Yang Kekal Lembut:

Campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.Kalau nak cepat, boleh blend dalam blender bahan-bahan di atas.Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.Dengan menggunakan acuan roti jala ceduk adunan tadi  dan kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat atau digulung mengikut kesukaan anda.Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala,lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan.Jika guna non stick pan lagi senang )Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan mesti sentiasa dikacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa saja kuah kegemaran anda.Roti jala kekal lembut walaupun selepas 24 jam:) rasanya memang sedap, berlemak dan boleh dimakan begitu saja

Resepi Kari Ayam SedapSumber : Mak Mertua Cik MataharikuBahan-Bahan Untuk Buat Kari Ayam1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil2 biji kentang ~ potong dadu atau belah kepada dua atau 4 bahagian pun boleh3 ulas bawang merah dihiris3 ulas bawang putih ditumbuk halus/ kisar4 ulas bawang merah ditumbuk halus/kisar1 cm halia ditumbuk halus/kisar4 sudu besar rempah kari ayam2 sudu kecil cili kering blend3 sudu makan serbuk ketumbar/ tumbuk ketumbar ( resepi istimewa mak mertua)sikit saja air asam jawa/ 1 keping kecil asam keping1 kotak santan kara atau sebarang jenama/santan sebenarair secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)sikit minyakgaram & perasa secukupnyabunga lawang, kayu manis dan biji pelaga (1 set)daun kari 3 tangkai
Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini iaitu Serbuk ketumbar.Yup! masa baru-baru kahwin kari ayam inilah yang saya belajar dari mak mertua atau Mak Muo.Serbuk ketumbar akan jadikan kuah kari ayam lebih sedap, pekat dan tidak muak sebab ada santan kann

Cara-Cara Menyediakan Kuah Kari Ayam Istimewa Yang SedapPanaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, daun kari dan tiga sekawan kayu manis and the gang.Biarkan sehingga terbit bau.Masukkan bahan yang ditumbuk dan bahan campuran rempah. Kacau dan biar hingga wangi.Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih dan  ayam hampir masak. Masukkan bahan-bahan lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa saja kegemaran anda.Selain roti jala yang kekal lembut, korang pun mesti utamakan kari ayam yang sedap.Saya pula,memang akan buat kuah kari  yang sedikit pekat jika mahu dimakan bersama roti jala.Barulah ngam kann

Selamat mencuba semua:) Thanks reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/05/kari-ayam-lebih-sedap-dengan-satu-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu Tebal Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis

Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu Tebal Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1508 hits
Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu Tebal Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis Salam Ramadan ke 11 semua alhamdulillah dah 11 hari kita berpuasa ya masuk bulan puasa dah 3 kali atau 4 kali hujan tak ingat dah Semalam pun hujan ...
Rendang Ayam Sedap

Rendang Ayam Sedap

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 820 hits
rendang ayam sedap yang kak rose gandingkan dengan nasi impit untuk berbuka semalam meh kak rose kongsikan resepinya kat sini terima kasih mintak izin nak tepek resepinya kat dapo kak rose pulak ya untuk nanti2 kalau nak buat lagi Bahan Bah...
Lalu Lintas Lancar Sistem Satu Arah Tol Trans Jawa Hari Ini Berakhir Lebih Awal

Lalu Lintas Lancar Sistem Satu Arah Tol Trans Jawa Hari Ini Berakhir Lebih Awal

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 365 hits
Petugas hari ini menghentikan sistem satu arah di ruas Jalan Tol Trans Jawa dari kilometer 70 Jakarta Cikampek sampai dengan kilometer 263 Brebes Timur di Jawa Tengah pada pukul 19 25 WIB lebih awal dari jadwal semestinya pukul 21 00 WIB Pe...
Puding Roti Sedap Dengan Topping Choclate Chip Dan Sos Kastard Yang Berkrim

Puding Roti Sedap Dengan Topping Choclate Chip Dan Sos Kastard Yang Berkrim

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 629 hits
As Salam Puding Roti Sos Kastard Dengan Topping Choclate Chip Sempat juga saya siapkan puding roti sos kastard untuk Iftar pada hari ke 22 Ramadhan kelmarin Yelah buatnya pun senang dan ringkas sahaja Jadi bila berbuka tu saya tinggal hidan...
4 Menu Ayam Daging Yang Sedap Cepat Dimasak

4 Menu Ayam Daging Yang Sedap Cepat Dimasak

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1016 hits
Kalau korang jenis yang ada masak cukup cukup je nak masak untuk berbuka dek sebab selalu sangkut dalam jam masa balik kerja ini ada empat menu yang sedap ringkas dan cepat dimasak Kesemua lauk ini boleh korang sediakan tak lebih dari 15 mi...
Resepi Ramadan Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand

Resepi Ramadan Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 478 hits
Resepi Ramadan yang Sedap Cepat Mudah daripada Ayam Brand l Assalamualaikum Masuk minggu ke 2 Ramadan ni orang masih gigih cari resepi dekat blog blog So far Ana masih berbuka dengan masakan rumah Satu dua lauk dah cukup Lagi simple lagi ba...
Gulai Asam Rong Ayam Kampung Sedap Tak Terkata

Gulai Asam Rong Ayam Kampung Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1546 hits
Rasanya sungguh tersendiri pedas sedap masam dan memang sesuai sebagai juadah yang boleh memikat selera makan Inilah yang istimewanya masakan autentik Gulai Asam Rong Ayam Kampung Selain ayam kampung korang boleh tukar dengan ikan sungai la...
Tip Ikan Bilis Yang Dimasak Lebih Sedap Dan Tak Liat

Tip Ikan Bilis Yang Dimasak Lebih Sedap Dan Tak Liat

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 354 hits
Bagi peminat sambal ikan bilis adalah salah satu bahan utama untuk membuat sambal Senang cakap kalau ada bawang cili dan ikan bilis dah cukup nak buat sepiring sambal sebagai pelengkap dalam hidangan Namun pernah tak korang masak sambal tap...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey