Rehat Ubat Memori Paling Mudah


Kita ada cara tersendiri dalam mengingat sesuatu perkara. Ada yang suka menghafal berulang kali sehingga ia sudah ada dalam bank otak kepala. Ada pula yang menggunakan teknik istimewa untuk membantu mengingat seperti teknik istana memori yang dipaparkan drama bersiri BBC Sherlock. Tetapi tanpa kita sedar, berehat seketika semasa proses mengingat dijalankan sebenarnya membantu kita mengekalkan memori lebih lama dan ia amat membantu sesiapa saja dari pelajar hinggalah penyakit Alzheimer.
Semasa kita hendak menghafal sesuatu tak kira sama ada ayat-ayat Al-Quran, nota syarahan atau ucapan penting, ambil sedikit masa untuk berehat dan tak lakukan apa. Ya, saya ulangi rehat dan tak perlu lakukan apa-apa. Maksudnya di sini, elakkan buat perkara yang boleh mengganggu tumpuan kita semasa hendak mengingat seperti menyemak emel, berbual dengan rakan menerusi aplikasi mesej atau menonton televisyen. Masa sebegini sebenarnya memberi peluang kepada otak mengecas semula dengan memori-memori baru tanpa sebarang gangguan. Mungkin pada sesetengah, ini peluang bagi kita bermalas-malasan tetapi ia sebenarnya amat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah amnesia atau dementia. Ini sekaligus membuka peluang baru kepada mereka untuk mempelajari perkara baru dan mengingatinya.
Kajian ini dibuat seawal tahun 1900 lagi oleh seorang pakar psikologi Jerman bernama Georg Elias Muller dan pelajarnya Alfons Pilzecker. Dalam salah satu eksperimen mereka bagi menguji keupayaan subjek mengekalkan memori mereka, mereka meminta peserta-peserta mengambil satu senarai perkataan yang tiada makna dan mempelajarinya. Selepas belajar secara seketika, separuh daripada mereka diberi senarai kedua untuk mempelajarinya sementara separuh lagi diberi rehat selama enam minit. Selepas itu, kedua-dua kumpulan diuji kemampuan mengingat memori mereka. Hasilnya, kumpulan yang diberi rehat sebentar mampu mengingat hampir 50% sementara kumpulan yang mempelajari dua senarai hanya dapat mengingat dengan purata sebanyak 28%.
Walaupun kajian ini ada dibangkitkan sekali-sekala untuk tahun-tahun mendatang, impak kajian hanya dapat dilihat dari konteks lebih besar pada awal dekad 2000 seperti ditunjukkan dalam kajian Sergio Della Sala dari Universiti Edinburgh dan Nelson Cowan dari Universiti Missouri. Pasukan kajian ini menggunakan teknik sama digunakan Muller dan Pilzecker, cuma di sini mereka ingin melihat bolehkan teknik sama membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah amnesia. Peserta-peserta diberi senarai 15 perkataan dan diuji selepas 10 minit. Antara tempoh berkenaan, ada yang sibuk melakukan ujian kognitif biasa sementara separuh lagi ditempatkan dalam satu bilik gelap dan cuba untuk tidak tidur.
Hasilnya, walaupun dua peserta tidak menunjukkan perubahan, pesakit-pesakit lain menunjukkan perubahan ketara dari segi mengingat memori dengan kadar antara 14-49%, kadar sama yang dinikmati mana-mana individu yang tidak mengalami masalah neurologi. Untuk satu ujian lain, mereka diminta mendengar beberapa cerita dan menjawab soalan-soalan yang ada kaitan dengan cerita-cerita itu beberapa jam kemudian. Tanpa sebarang rehat, kumpulan pertama hanya dapat mengingat fakta sebanyak 7% sahaja. Manakala bakinya dapat mengingat sebanyak 79%. Kesan sama turut dirasai peserta-peserta yang sihat dengan kadar antara 10-30%. Kaedah ini banyak membantu manusia mengingat memori ruangan terutama dalam hal mengenali penanda pada sesebuah bandar atau bangunan.
Namun pada masa sama, usah pula jadikan masa rehat itu peluang berangan-angan walaupun sebentar. Ini kerana tanpa disedari, perbuatan tersebut sebenarnya menyukarkan seseorang itu mengingat apa yang mahu diingatinya. Menerusi satu kajian yang dibuat Della Sala, Michael Craig dan Michaela T. Dewar mendedahkan perbuatan angan-angan mengurangkan keupayaan peserta mengingati memori baru. Waktu rehat sama ada waktu tidur atau rehat seketika sebenarnya menambah komunikasi antara hipokampus dengan ruang korteks visual, sekaligus menambah keupayaan individu mengingati sebarang tugas atau perkara yang diingatinya. Rehat sebegini dilihat amat penting kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah neurologi termasuk Alzheimer.
Dalam dunia di mana maklumat diberi kepada orang ramai secara berlebihan, kita harus ingat bukan alatan elektronik saja yang memerlukan baterinya dicas. Tanpa kita sedar, minda kita juga memerlukan masa untuk berehat dan memulihkan semula tenaga. Kerana dari situ, ia dapat menjana idea-idea yang lebih hebat atau membantu kita mengingati memori lebih lama.
SUMBER
Robson, David. (2018). BBC. An effortless way to improve your memory. https://bbc.in/2SpM7Lt

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/rehat-ubat-memori-paling-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Masak Tomyam Poktek Paling Sedap

Cara Mudah Masak Tomyam Poktek Paling Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 895 hits
Tercari cari resipi Tomyam Poktek yang sedap dan mudah Ha Inilah resipinya Tomyam ni memang special Rasanya yang pedas masam dan cukup manis masinnya membuatkan ia antara juadah yang wajib order bila makan di restoran Tapi bila dah ada resi...
Wariskan 4 Senjata Pertahanan Diri Ini Kepada Anak Cucu Dari Fitnah Dajjal No 2 4 Paling Mudah

Wariskan 4 Senjata Pertahanan Diri Ini Kepada Anak Cucu Dari Fitnah Dajjal No 2 4 Paling Mudah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 827 hits
Bismillah Dalam sejarah kehidupan manusia ini akan wujud suatu Fitnah terbesar yang akan melanda seluruh umat manusia khususnya umat Islam Kebanyakan umat Islam telah sedia maklum iaitulah Fitnah Dajjal Sejak penciptaan Adam sampai kiamat t...
Latih Anak Bebas Diaper Bukan Anak Je Kena Bersedia Mama Papa Pun Sama Ada Trik Paling Mudah

Latih Anak Bebas Diaper Bukan Anak Je Kena Bersedia Mama Papa Pun Sama Ada Trik Paling Mudah

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 432 hits
Bila anak sudah masuk usia dua tahun satu hal yang menjadi masalah adalah untuk melatih anak bebas diaper Sebenarnya ia bukanlah satu tugas mudah Mama papa kena sabar sepanjang minggu untuk melatih anak Tapi bukan soal sabar je mama papa ju...
Cara Mudah Untuk Mendapatkan Zuriat Ustaz Sharhan Shafie

Cara Mudah Untuk Mendapatkan Zuriat Ustaz Sharhan Shafie

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 569 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Beliau berasal daripada Machang Kelantan Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Air Merah...
Aneka Resipi Cucur Pelbagai Rasa Yang Sedap Mudah Dibuat

Aneka Resipi Cucur Pelbagai Rasa Yang Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1101 hits
Petang petang begini kalau dapat makan aneka cucur yang lembut gebu dan garing dekat luar ni memang sedap Cicah pula dengan sos atau kuah kacang Fuhhh Menyandar la juga Bagi yang tak ada idea nak makan apa bolehlah cuba aneka resipi Cucur y...
Begini Cara Mudah Bedakan Kelenjar Tiroid Dan Getah Bening

Begini Cara Mudah Bedakan Kelenjar Tiroid Dan Getah Bening

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 266 hits
Benjolan kelenjar tiroid terletak di bagian tengah leher Kalau pada pria benjolan kelenjar tiroid terlihat menonjol tepat di bawah jakun Kelenjar getah bening tidak menempel pada tulang rawan yang berfungsi untuk menelan
Cara Buat Puri Baby Mudah

Cara Buat Puri Baby Mudah

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 384 hits
Aku tak pernah update blog rupa nya cara aku sediakan puri baby selama ni Patut laa aku banyak dapat soalan pasal ni siap kawan aku suruh aku update blog Aku ingat aku dah pernah share dulu Okay laa walaupun sekarang anak aku dah 9 5bulan t...
Timses Sebut Revisi Visi Misi Prabowo Sandi Supaya Mudah Dipahami Masyarakat

Timses Sebut Revisi Visi Misi Prabowo Sandi Supaya Mudah Dipahami Masyarakat

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 229 hits
Pada visi misi tersebut juga dimasukkan poin krusial untuk di realisasikan Prabowo Sandi dipemerintahan ke depan Misalnya soal penanggulangan bencana
Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh

Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 364 hits
Bila kita dengar azan Subuh lepastu kita sambung tidur balik waktu itulah Syaitan akan selimutkan kita dengan selimut dari kulit babi Memang tak bangun dah kalau kena selimut tu Ini adalah Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Saya sering di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp