Ree Patutlah Pas Kedah Senyap Bab Ree Pas Kelantan Je Riuh














RUPANYA BEKAS CEO MBI KEDAH/PIMPINAN PAS TENGAH DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR KELMARIN DULU.


Kononnya Kerajaan Malaysia nak jual REE ke Amerika! 


Yang terlibat dengan geng geng syarikat yang mencuri REE dan buat MOU dengan Syarikat China tu geng kamu?


Pimpinan PAS dan bekas CEO MBI Kedah telah didakwa dan dibicarakan kelmarin di Mahkamah Tinggi Alor Setar kelmarin dulu kerana terima RASUAH syarikat membabitkan projek REE di Sik, Kedah.


Patutlah berasap serang Kerajaan Madani buat MOU dgn US bab REE pun, ada udang di sebalik mee rupanya!


Berikut adalah kronologi kes pendakwaan kes Rasuah babitkan bekas CEO MBI Kedah dan bekas Setiausaha Politik Sanusi, MB Kedah:


1. Pada 27 dan 28 Oktober 2025 lepas telah berlaku perbicaraan skandal RASUAH bekas CEO Menteri Besar Kedah Incorporate (MBI Kedah) di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah membabitkan pertuduhan meminta suapan berjumlah RM4 jutabagi projek REE di Bukit Enggang, Sik, Kedah sebelum ini. MBI Kedah dipengerusikan oleh Dato Seri Sanusi Mohd Nor, MB Kedah.


2. Skandal ini didedahkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada bulan Ogos 2023 lalu. Kononnya ramai menafikan REE dicuri, akhirnya SPRM mendedahkan memang ada penyelewengan, RASUAH dan Ho Chung Meng, rakyat KUALA KRAI, Kelantan ditangkap oleh polis kerana terlibat/masuk dalam Hutan Simpan bagi mengeluarkan REE secara haram. Malah kompaun denda pun telah dibayar ke PTG.


3. Syarikat Ho Chung Meng ada kaitan dengan syarikat yang buat MoU dengan MBI Kedah yang ada gambar Sanusi terpampang tu.


4. Berikut adalah fakta yang diberikan oleh SPRM (ini maklumat umum berdasarkan kenyataan media SPRM; https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/11/1179140/bekas-ceo-mbi-kedah-didakwa-minta-rasuah-rm4-juta-untuk-perlombongan)


i. Tertuduh didakwa meminta suapan bagi dirinya iaitu wang RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE melalui suatu Memorandum Persefaham (MoU) antara MBI Kedah dan syarikat terbabit. 


ii. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Central Hotel Hatyai, Songkhla, Thailand pada 20 Mei 2023. Pilihanraya Umum Negeri pada bulan Ogos 2023.


iii. Pertuduhan ke 2, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usahasama perlombongan REE melalui MoU antara MBI Kedah dan syarikat terbabit.


iv. Dia melakukan kesalahan itu di perkarangan tempat letak kenderaan Wisma Darul Aman (SUK Kedah) di sini, pada 29 Mei 2023


v. Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksium 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.


vi. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat dan kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan berikutan kes terbabit membabitkan isu KEPENTINGAN AWAM, dan dia diberikan ikat jamin RM100,000, serah passport dan lapor diri ke SPRM setiap bulan.


5. SPRM juga menahan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah (Sanusi Mohd Nor), Mohamad Hilmi Abdul Wahab, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai 2023, kes ini dalam proses berjalan.


6. Berikut adalah ringkasan laporan kenyataan media oleh SPRM (https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2023/11/1031972/bekas-setiausaha-politik-kepada-sanusi-didakwa-tuduhan-rasuah-rm400000) berkaitan bekas SuPOL Sanusi;


i. Dia didakwan meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.


ii. sebagai dorongan bagi tertuduh sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat itu untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.


iii. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas di sini, pada 4 Julai 2023. PRN Kedah Ogos 2023.


iv. Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu sama (Liana) bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pada 11 Julai lalu.


v. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Syam Ghaz






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/ree-patutlah-pas-kedah-senyap-bab-ree.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Kita Orang Nak Ambik Dah Exco Kerajaan Pas Kedah Menipu Atau Majlis Perbandaran Alor Setar Menipu

Negeri Kita Orang Nak Ambik Dah Exco Kerajaan Pas Kedah Menipu Atau Majlis Perbandaran Alor Setar Menipu

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 194 hits
Exco Kerajaan PAS Kedah menipu atau Majlis Perbandaran Alor Setar MENIPU 1 Kelmarin 30 Okt 2025 Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Kedah Mejar Mansor Zakaria Beliau m...
Hogoh Pahang Di Suntik Ucapan Dasar Presiden Pas Di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke 71 Di Alor Setar Kedah September Lalu

Hogoh Pahang Di Suntik Ucapan Dasar Presiden Pas Di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke 71 Di Alor Setar Kedah September Lalu

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 212 hits
KUALA KRAU Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pahang telah menghimpunkan hampir 1 000 pimpinan PAS seluruh kawasan negeri ini pada majlis yang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau di sini kelmarin Program ini merupaka...
Harap Harap Kerajaan Kelantan Dah Ads Temoat Nak Jual Ree Negeri Dia Sebab

Harap Harap Kerajaan Kelantan Dah Ads Temoat Nak Jual Ree Negeri Dia Sebab

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 234 hits
Che Ibrahim Harap harap Kerajaan Kelantan ada perjanjian sendiri dengan negara Islam untuk jual REE Jangan biarkan orang lain dapat manfaat REE kita kemudian mereka guna untuk lawan Islam Jangan jual REE ke US sebab Zionist Jangan juga ke C...
Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 255 hits
Mahfuz OmarLucu juga apabila ada kerajaan negeri yang masih gagal menguruskan sampah air dan banjir di tempat mereka tiba tiba mahu bercerita tentang kedaulatan ekonomi global Perjanjian di antara Kuala Lumpur dan Washington yang mereka bim...
Floods Persist In Seven Kedah Districts But Situation Improving

Floods Persist In Seven Kedah Districts But Situation Improving

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 276 hits
Floodwaters continue to inundate seven districts in Kedah but the situation is showing signs of improvement as the number of evacuees dropped slightly to 1 934 overnight BERNAMAALOR STAR Floodwaters continue to inundate seven districts in K...
Lebih 900 Mangsa Banjir Perak Kedah Masih Di Pps

Lebih 900 Mangsa Banjir Perak Kedah Masih Di Pps

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 214 hits
Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 139 orang daripada 38 keluarga manakala Kedah dengan 770 orang mangsa daripada 216 keluarga Seramai 909 mangsa banjir di Perak dan Kedah masih lagi berlindung di pusat pemindahan sementara KUALA LUMPUR Se...
Flood Victims Surge To 4 252 In Perak Kedah Penang Evacuees Housed In Relief Centres

Flood Victims Surge To 4 252 In Perak Kedah Penang Evacuees Housed In Relief Centres

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 240 hits
Flood conditions in Kampung Lahar Yooi Tasek Gelugor Penang October 24 2025 The number of flood victims in Perak Kedah and Penang has surged with a total of 4 252 people relocated to temporary relief centres by this afternoon Bernama picKUA...
Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bunga Telang Putih

My Hometown Tanah Merah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna