Hogoh Pahang Di Suntik Ucapan Dasar Presiden Pas Di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke 71 Di Alor Setar Kedah September Lalu




KUALA KRAU: Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pahang telah menghimpunkan hampir 1,000 pimpinan PAS seluruh kawasan negeri ini pada majlis yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini kelmarin.
Program ini merupakan medan memperkukuhkan lagi kefahaman dan menyelaras pelan tindakan yang digariskan Presiden PAS dalam tema “Kembali Kepada Penyelesaian Islam” pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 di Alor Setar, Kedah, September lalu.
Dato’ Dr Azman Ibrahim dalam kupasannya membawakan penegasan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap Islam sebagai agama naluri atau fitrah yang menyatukan urusan dunia dan akhirat, jasmani dan rohani serta individu dan masyarakat.
Maka tanggungjawab umat Islam, khususnya ahli dan pimpinan PAS kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu, ialah mengembalikan semula sistem kehidupan kepada panduan Islam secara menyeluruh.
“PAS ujar Presiden (dalam Ucapan Dasar itu) mesti kekal sebagai Jamaah Islam yang beristiqamah, berwala’ kepada Allah dan Rasul, serta dipandu oleh Majlis Syura Ulamak PAS.
“Jika jadi pemimpin, kena bersedia jadi ‘poyok’ (tempoyak) letak dalam budu, bukan jadi seperti hantaran kahwin letak atas pahar,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi.
Dr Azman memberi analogi itu sebagai menyatakan bahawa pemimpin sejati ialah mereka yang tidak mencari kemuliaan dunia, tetapi sebaliknya sedia bergelumang dengan segala kesusahan demi memartabatkan Islam.
Perspektif para peserta terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS turut diperteguh dan diperluaskan lagi pemahamannya dengan pembentangan disampaikan Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang menghurai kepentingan ahli dan pimpinan PAS sebagai abnaul harakah agar menguasai media sosial dalam mendepani medan dakwah dan peperangan politik pada masa kini.
Menurutnya dalam mengupas ucapan dasar itu, Presiden PAS telah mengingatkan umat Islam supaya menjadi pengguna dan pencipta teknologi yang berlandaskan akhlak Islam dan tidak bersikap meniru Barat secara membuta tuli.
Ustaz Fawwaz menekankan terutamanya kepada anak muda untuk memperbanyakkan kandungan digital berteras naratif Islam kerana 95 peratus peperangan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti akan berlaku dalam medan media sosial.
“Rakamlah apa-apa perbualan atau wawancara melibatkan pimpinan. Rakam jangan tak rakam, lepas tu buat content dan share. Tonjolkan pimpinan kita, ulama dan sebagainya, pi kat depa, tanya soalan, bagi depa jawab,” sarannya.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam pada itu telah menyampaikan ucapan penutup yang menegaskan bahawa ahli PAS di Pahang perlu menyedari bahawa mereka sebenarnya memiliki kekuatan di negeri ini.
“Jangan kita rasa kita ni masih seperti dulu-dulu lagi, masa zaman kita tak kuat. Sebenarnya, kita berada di atas (mengatasi) BN (Barisan Nasional). Walaupun jumlah kerusi sama, 17-17, tetapi dari sudut undi rakyat Pahang, PAS memperoleh lebih banyak sokongan,” katanya.
Beliau yang juga ADUN Tanjung Lumpur menegaskan, bukti tersebut memberi gambaran secara tidak langsung bahawa rakyat Pahang nampak bahawa parti Islam adalah penyelamat dan pembela nasib mereka.
Format munaqasyah kali ini turut menyaksikan perubahan dengan diadakan sesi perbahasan melibatkan wakil Zon Barat, Tengah, Timur dan Tenggara, termasuk daripada Assabiqun, Dewan Ulamak dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).
Menariknya, setiap pembahas menyampaikan pandangan dan idea berkenaan Ucapan Dasar Presiden ke arah memperkukuh gerak kerja ‘hogoh’ Pahang sebagai kesiapsiagaan menuju PRU16.
Program turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Andansura Rabu dan Khairudin Abdullah. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/hogoh-pahang-disuntik-ucapan-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Kita Orang Nak Ambik Dah Exco Kerajaan Pas Kedah Menipu Atau Majlis Perbandaran Alor Setar Menipu

Negeri Kita Orang Nak Ambik Dah Exco Kerajaan Pas Kedah Menipu Atau Majlis Perbandaran Alor Setar Menipu

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 153 hits
Exco Kerajaan PAS Kedah menipu atau Majlis Perbandaran Alor Setar MENIPU 1 Kelmarin 30 Okt 2025 Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Kedah Mejar Mansor Zakaria Beliau m...
Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Dilantik Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Yang Baharu

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Dilantik Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Yang Baharu

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 163 hits
KUANTAN Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang menggantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah Pelantikan itu diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tad...
Ree Patutlah Pas Kedah Senyap Bab Ree Pas Kelantan Je Riuh

Ree Patutlah Pas Kedah Senyap Bab Ree Pas Kelantan Je Riuh

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 144 hits
RUPANYA BEKAS CEO MBI KEDAH PIMPINAN PAS TENGAH DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR KELMARIN DULU Kononnya Kerajaan Malaysia nak jual REE ke Amerika Yang terlibat dengan geng geng syarikat yang mencuri REE dan buat MOU dengan Syarikat...
Consumer Group Protests Too Steep Alor Setar Property Tax

Consumer Group Protests Too Steep Alor Setar Property Tax

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 135 hits
The Consumers Association of Kedah calls for Alor Setar s new assessment rates which take effect on Jan 1 to be deferred Consumers Association of Kedah president Yusrizal Yusoff handing over a memorandum to Alor Setar city council officials...
Wan Rosdy Sifatkan Progam Hogoh Jelai Anjuran Perikatan Nasional Pahang Seminggu Lalu Kini Jadi Senjata Makan Tuan

Wan Rosdy Sifatkan Progam Hogoh Jelai Anjuran Perikatan Nasional Pahang Seminggu Lalu Kini Jadi Senjata Makan Tuan

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan program Hogoh Jelai anjuran Perikatan Nasional Pahang kira kira seminggu lalu menjadi senjata makan tuan Katanya kerajaan negeri langsung tidak terjejas sebaliknya PN...
Lim S Pas Airlines Remark Insults Party And Islam S Position Ulama Wing

Lim S Pas Airlines Remark Insults Party And Islam S Position Ulama Wing

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 145 hits
PAS Ulama wing has slammed DAP lawmaker Lim Lip Eng for mocking the Islamist party s repeated call to ban alcohol on Malaysia Airlines Its information chief Mohd Nor Hamzah said Lim s sarcastic remark telling PAS to start its own air servic...
Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 187 hits
Urusan di habis lambat Perut pun dah bagi tanda tanda minta diisi segera Beli Kopi Kenangan di Dataran Centrio Seremban 2 Alang alang dah singgah situ cari kedai makan berhampiran Nampak Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus sebelah Nasken Coffee Per...
Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Medical Card

Jbl Grip Baru Sahaja Tiba Direka Untuk Bergerak Dibina Untuk Bunyi Hebat

Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan