Rebut Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan




oleh DR SHAMSIAH MOHAMAD
MASA begitu cepat berlalu. Tahun ini kita menjalani puasa Ramadan dalam suasana yang sangat istimewa.
Sangat-sangat berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya sudah diberikan hayat selama 53 tahun di dunia ini.
Dan inilah kali pertama saya bertarawih di rumah sepenuhnya.
Kali pertama juga saya berada di rumah sepanjang Ramadan. Cita-cita yang sudah sekian lama saya harapkan semenjak bekerja. Alhamdulillah syukur dapat merasa juga akhirnya.
Terfikir di benak, jika tidak kerana pandemik Covid-19, tentu semua keistimewaan ini tidak akan dirasai. Hari-hari akan letih lesu bila pulang daripada bekerja. Hari-hari akan menempuhi kesesakan jalan yang teruk.
Bila menyebut tentang kesesakan jalan pada bulan Ramadan ini, saya teringat satu peristiwa beberapa tahun lepas.
Kebetulan saya ada mesyuarat pada petang hari dan lokasinya tidak jauh dari rumah saya. Ketika mesyuarat tamat, waktu Asar baru sahaja masuk. Saya mengambil keputusan untuk solat Asar di rumah.
Kebetulan malam itu adalah malam pertama Ramadan. Saya tidak sangka sama sekali bahawa jalan sangat sesak.
Kereta tidak dapat bergerak langsung atau jika bergerak pun hanya sedikit. Bayangkan, biasanya dalam masa 15 minit sahaja saya boleh sampai ke rumah tapi pada masa tersebut, saya sampai ke rumah selepas Maghrib.
Di mana Asar saya? Sepanjang perjalanan dada mula sebak memikirkan solat Asar yang berkemungkinan melayang.
Bila sampai satu kawasan yang sudah agak lengang, saya memecut dan sempat sampai di sebuah stesen minyak dan pada masa itu saya ada masa kurang daripada 10 minit sebelum Maghrib.
Saya berkejar mengambil wuduk dan sempat solat Asar. Azan Maghrib berkumandang seusai salam diberi. Terkedu tapi lega.
Alhamdulillah, tahun ini tiada lagi kesesakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semua orang duduk di rumah kecuali petugas tertentu. Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah ada kelonggaran, tetapi saya menjangkakan mungkin kesesakan jalan raya tidak berlaku.
Tahun ini juga kita dapat melalui 10 malam terakhir Ramadan dengan penuh ketenangan. Tiada lagi kepenatan kerana mengharungi kesesakan jalan raya. Tempoh 10 malam terakhir Ramadan sangat istimewa sebenarnya.
Sewajarnya kita tidak sibukkan diri kita untuk keluar ke sana sini membeli-belah bagi menyambut hari raya walaupun pihak kerajaan sudah memberi sedikit kelonggaran semasa PKPB ini. Sebaik-baiknya, kita sibukkan diri kita untuk memakmurkan 10 malam terakhir Ramadan ini.
Tempoh 10 malam terakhir Ramadan sangat penting bagi umat Islam. Tempoh ini jangan disia-siakan. Ini kerana dalam tempoh ini ada satu malam yang sangat istimewa iaitu Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa dan ia lebih baik daripada 1,000 bulan yang lain. Ini adalah satu hadiah istimewa yang ditawarkan ALLAH pada setiap tahun.
Ramai di antara kita bila ditawarkan hadiah lumayan oleh seseorang atau institusi tertentu, akan berlumba-lumba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hadiah tersebut.
Nah! Tawaran ALLAH di depan mata kita sekarang. Ganjarannya jauh lebih lumayan berbanding hadiah-hadiah yang pernah ditawarkan di dunia ini. Adakah anda ingin melepaskan peluang tersebut?
Akhir kalam, rebutlah peluang ini sebelum terlambat. Alangkah ruginya jika kita sebagai Muslim menolak mentah-mentah tawaran hebat daripada ALLAH ini kerana belum tentu kita berjumpa lagi dengannya pada tahun hadapan. Wallahu a’lam.
* Dr Shamsiah Mohamad berpengalaman sebagai penyelidik isu-isu kewangan Islam dan Syariah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/15/rebut-kelebihan-10-malam-terakhir-ramadhan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rebut-kelebihan-10-malam-terakhir-ramadhan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 1278 hits
Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan Insya Allah kita semua akan melalui 10 malam terakhir ramadhan tahun ini bersama sama Dengan orang yang tersayang bersama dengan anak anak dan juga keluarga tercinta Semoga kita semua di kurn...
Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1166 hits
Telefilem khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 jam 8 00 malam di saluran TV Okey RTM Lakonan Syafie Naswip Aedy Ashraf Liyana Jasmay Nik Adam Mika Laila Nasir Bohari Ibrahim Saidi Sabri Amirulhafiz
Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 565 hits
Bismillahirrahmanirrahim Lagi beberapa hari kita akan masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan Kareem dan yang paling istimewa ialah Anugerah yang Allah SWT sediakan untuk kita iaitu malam Lailatulqadar pada salah satu malam dalam 10 malam terakh...
Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 733 hits
Berbahagialah kepada yang meraikannya dengan memenuhi waktu malam tersebut dengan amalan dan ibadah kepada Allah SWT Kami menyedut kiriman doa ini untuk jadi panduan untuk tahun tahun mendatang jika dizinkan Allah insyaaAllah DOA MALAM NUZU...
Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan

Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 403 hits
Menurutr memburu Lailatul Qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut Memperbanyakkan amalan soleh terutama di malam malam terakhir Ramadan adalah digalakkan untuk kita melakukannya...
Pesan Rasulullah Di 10 Hari Terakhir Ramadhan Rutinkan Baca Doa Ini

Pesan Rasulullah Di 10 Hari Terakhir Ramadhan Rutinkan Baca Doa Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1743 hits
Malam ini kita sudah memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadhan Malam malam yang paling dicari umat Islam di seluruh dunia Salah satu keistimewaan Ramadhan yang sangat dahsyat adalah malam lailatul qadar Yang keutamaannya lebih baik daripada ...
Doa Di 10 Ramadhan Terakhir

Doa Di 10 Ramadhan Terakhir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 476 hits
Assalamualaikum Pagi uols Sekejap je dah 20 ramadhan dan dah pun masuk fasa 10 malam terakhir ramadhan Jom amalkan doa ni Di akhir 10 ramadhan Semoga Allah angkat doa kita semua dah diampun kan semua dosa doa kita In Sha Allah Aamiin Somoga...
Doa Pendek 10 Terakhir Ramadhan

Doa Pendek 10 Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 701 hits
Doa Pendek 10 Terakhir Ramadhan Amalkan doa ini dan ucap banyak banyak kali dalam 10 hari terakhir Ramadhan kerana ini yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW untuk minta keampunan Allah Ustaz Heryanto Rizal Rokman Semoga perkongsian doa ini da...
Mnafaatkan 10 Malam Terakhir Bulan Ramdhan Dengan Perbanyakkan Ibadah

Mnafaatkan 10 Malam Terakhir Bulan Ramdhan Dengan Perbanyakkan Ibadah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 557 hits
Alhamdulillah pada kali ini kita dapat sekali lagi bertemu dengan 10 Malam terakhir di bulan Ramadhan Malam yang sememangnya di tunggu tunggu oleh seluruh umat islam Pada 10 malam terakhir inilah umat islam akan berlumba lumba untuk melakuk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash