Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan


Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(Mufti WPKL), memburu Lailatul Qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut.
Memperbanyakkan amalan soleh terutama di malam-malam terakhir Ramadan adalah digalakkan untuk kita melakukannya.
Bagi memperjelaskan lagi perkara tentang malam Lalilatul Qadr, berikut perkongsian amalan malam penuh berkat daripada Mufti WPKL.
Mukadimah
Memburu lailatul qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan untuk meraih pahala beribadah pada malam al-Qadr tersebut. Irsyad al-Fatwa edisi khas Ramadhan kali ini akan mengupas lebih lanjut berkenaan isu ini.
Bilakah Berlakunya Lailatul Qadr ?
Para ulama Islam mengatakan bahawa Lailatul Qadr berlaku pada bulan Ramadhan iaitu pada malam diturunkan padanya al-Quran. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang mana padanya telah diturunkan al-Quran.
Surah al-Baqarah (185)
Begitu juga firman Allah S.W.T yang menyatakan bahawa al-Quran telah diturunkan pada malam al-Qadr iaitu:
إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr.
Surah al-Qadr (1)
Demikian juga firman Allah S.W.T:
إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةٖ مُّبَٰرَكَةٍۚ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.
Surah al-Dukhan (3)
Para ahli tafsir seperti Imam al-Thabari, Imam al-Baghawi, dan juga Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ketiga dari surah al-Dukhan di atas mereka menukilkan pandangan tokoh besar dari kalangan mufassirin seperti Imam Qatadah dan juga Imam Abu Zaid yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang mubarakah (diberkati) tersebut adalah Lailatul Qadr. Lihat Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir al-Thabari (22/7).
Hari Apakah Dalam Bulan Ramadhan Berlakunya Lailatul Qadr ?
Setelah kita mengetahui bahawasanya Lailatul Qadr berlaku di dalam bulan Ramadhan, maka pada hari apakah ia berlaku di dalam bulan tersebut ? Adakah ia berlaku pada sepuluh malam terawal, sepuluh yang pertengahan, atau sepuluh malam yang terakhir ?
Menjawab persoalan ini, berikut kami kongsikan hadis-hadis yang berkaitan:
Pertama: Daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma beliau berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
تَحَيَّنُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ
Maksudnya: Carilah lailatul qadr itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadhan).
Riwayat Muslim (1165)
Kedua: Daripada Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: Carilah kalian lailatul qadr itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.
Riwayat al-Bukhari (2017)
Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih di atas, dapatlah kita faham dan ketahui bahawasanya lailatul qadr itu berlaku pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan dan ia berlaku pada salah satu malam dari malam-malam yang ganjil dalam sepuluh hari terakhir tersebut iaitu 21, 23, 25, 27, serta 29 Ramadhan.
Amalan Amalan Pada 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh yang terakhir (dari bulan Ramadhan) melebihi ibadah baginda pada hari-hari yang lain.
Riwayat Muslim (1175)
Di antara amalan yang baginda lakukan adalah sebagaimana yang diriwayatkan juga oleh A’isyah R.anha:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَه وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) baginda akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, baginda menghidupkan malam harinya, dan baginda membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadah).‏
Riwayat al-Bukhari (2024)
Tiga ibadah dalam hadis di atas yang baginda Rasulullah S.A.W lakukan pada sepuluh malam terakhir adalah seperti berikut:
Pertama: Mengetatkan ikatan di pinggang baginda.
Imam al-Hafiz Ibn Rajab Rahimahullah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan perbuatan tersebut ada dua pendapat. Pertamanya ia membawa erti baginda bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah. Maksud yang kedua pula adalah Nabi S.A.W meninggalkan perbuatan bersama dengan isteri pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ibn Rajab mengatakan pendapat yang paling sahih akan maknanya adalah baginda mengasingkan dirinya dari isteri-isteri baginda. Lihat Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 332).
Kedua: Menghidupkan malam.
Yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam ini ada dua kemungkinan:
Menghidupkan keseluruhan malam dengan ibadah. Menghidupkan majoriti atau kebanyakan malam dengan ibadah. Ini kerana, menghidupkan separuh malam juga telah dianggap sebagai menghidupkan malam sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali. Lihat Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 329).
Sebahagian fuqaha dari kalangan Syafi’eyyah berkata: (Ganjaran) menghidupkan malam itu dapat diperoleh dengan seseorang itu melakukan solat isyak secara berjamaah dan dia berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjamaah.
Begitu juga kata Imam al-Syafie Rahimahullah: Sesiapa yang menghadiri solat isyak dan solat subuh (secara berjamaah) pada lailatul qadr maka dia telah mendapatkan ganjaran darinya (beribadah pada malam al-qadr). Rujuk Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 329).
Ketiga: Membangunkan kaum keluarga untuk beribadah.
Ketika masuknya sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, baginda S.A.W mengejutkan isteri-isteri dan keluarga untuk bangun beribadah. Bahkan ada riwayat yang menunjukkan bahawa baginda mengetuk pintu Fathimah R.anha dan Ali bin Abi Thalib R.anhu lalu berkata:
أَلَا تَقُومَان فَتُصَلِّيَان
Maksudnya: Apakah kamu berdua tidak bangun lalu menunaikan solat ?
Riwayat al-Bukhari (1127)
Kelebihan Beribadah Pada Lailatul Qadr
Di antara kelebihan menghidupkan malam al-Qadr dengan ibadah adalah seperti berikut:
Pertama: Dosa-dosa kecil diampunkan.
Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.anhu beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam pada lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran berserta keampunan nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu.
Riwayat al-Bukhari (1901)
Yang dimaksudkan dengan qiyam (menghidupkan) di situ adalah dengan menghidupkan malam lailatul qadar dengan ibadah seperti solat tarawih, bacaan al-Quran, berzikir, berdoa, beri’tikaf, membaca al-Quran, bersedekah, dan segala amalan soleh yang lain.
Kedua: Ganjaran amalan melebihi seribu bulan.
Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ
Maksudnya: Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
Surah al-Qadr (3)
Kata al-Imam Ibrahim al-Nakhaie Rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Beramal pada malam tersebut (lailatul qadr) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun. Lihat Lathaif al-Maarif, Ibn Rajab (Hlm. 341).
Penutup
Akhir kalam, semoga dengan pencerahan ini sedikit sebanyak dapat memberi galakan kepada kita untuk memperbanyakkan amalan soleh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dalam usaha kita untuk memburu lailatul qadr. Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar Dia merezekikan kepada kita semua ganjaran beribadah pada malam tersebut yang merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ameen.
Sumber: Mufti WPKL 
The post Hampir Tiba Di Penghujung, Ini Amalan Soleh Malam-Malam Terakhir Bulan Ramadhan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/13/hampir-tiba-di-penghujung-ini-amalan-soleh-malam-malam-terakhir-bulan-ramadhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 1278 hits
Jadual Ibadat Kita Di 10 Malam Terakhir Ramadhan Insya Allah kita semua akan melalui 10 malam terakhir ramadhan tahun ini bersama sama Dengan orang yang tersayang bersama dengan anak anak dan juga keluarga tercinta Semoga kita semua di kurn...
Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 564 hits
Bismillahirrahmanirrahim Lagi beberapa hari kita akan masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan Kareem dan yang paling istimewa ialah Anugerah yang Allah SWT sediakan untuk kita iaitu malam Lailatulqadar pada salah satu malam dalam 10 malam terakh...
Rebut Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Rebut Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 479 hits
oleh DR SHAMSIAH MOHAMAD MASA begitu cepat berlalu Tahun ini kita menjalani puasa Ramadan dalam suasana yang sangat istimewa Sangat sangat berlainan daripada tahun tahun sebelumnya Saya sudah diberikan hayat selama 53 tahun di dunia ini Dan...
Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1166 hits
Telefilem khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 jam 8 00 malam di saluran TV Okey RTM Lakonan Syafie Naswip Aedy Ashraf Liyana Jasmay Nik Adam Mika Laila Nasir Bohari Ibrahim Saidi Sabri Amirulhafiz
Mnafaatkan 10 Malam Terakhir Bulan Ramdhan Dengan Perbanyakkan Ibadah

Mnafaatkan 10 Malam Terakhir Bulan Ramdhan Dengan Perbanyakkan Ibadah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 557 hits
Alhamdulillah pada kali ini kita dapat sekali lagi bertemu dengan 10 Malam terakhir di bulan Ramadhan Malam yang sememangnya di tunggu tunggu oleh seluruh umat islam Pada 10 malam terakhir inilah umat islam akan berlumba lumba untuk melakuk...
Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar Serta Amalan Untuk Dilakukan Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar Serta Amalan Untuk Dilakukan Di 10 Malam Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 936 hits
Semoga kita sama sama dapat bertemu malam Lailatuq Qadar small Cover image via Malaysia Dateline small Begitu cepat masa berlalu Sedar atau tidak hanya berbaki 10 hari sahaja lagi untuk umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh ...
Tips Dan Amalan Bulan Ramadhan Yang Dikongsikan Kelvin Zahri

Tips Dan Amalan Bulan Ramadhan Yang Dikongsikan Kelvin Zahri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 772 hits
Tips Dan Amalan Bulan Ramadhan Yang Dikongsikan Kelvin Zahri Assalamualaikum dan Selamat Pagi hai reader semua Salam 11 Ramadhan haa Bonde nak kongsikan pada anda semua Tips Dan Amalan Bulan This is a content summary only Visit my website f...
Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 733 hits
Berbahagialah kepada yang meraikannya dengan memenuhi waktu malam tersebut dengan amalan dan ibadah kepada Allah SWT Kami menyedut kiriman doa ini untuk jadi panduan untuk tahun tahun mendatang jika dizinkan Allah insyaaAllah DOA MALAM NUZU...
Kemaskini May 2020 Untuk Windows 10 Akan Tiba Pada Penghujung Bulan Ini

Kemaskini May 2020 Untuk Windows 10 Akan Tiba Pada Penghujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 387 hits
Kemaskini besar May 2020 untuk sistem operasi Windows 10 akan diperkenalkan pada penghujung bulan ini dan ia nampaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada ciri ciri sedia ada yang cukup penting Kemaskini terbesar yang akan di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba