Realme Tangga Kedua Pasaran Smartphone Malaysia
Hadir dengan peranti berspesifikasi hebat dan rekaan memukau pada harga mampu milik, tidak hairanlah realme berjaya menjual 50 juta unit peranti dan menduduki tangga kedua pasaran telefon pintar untuk tahun 2020 di Malaysia.
Statistik dari penganalisa Counterpoint Q3 Quarterly Smartphone Market Monitor melaporkan realme Malaysia mencapai 50% QoQ dan menduduki Top 2 Smartphone Brand dalam pasaran Malaysia berbanding negara Asia lain.
realme capai 50 juta unit jualan
realme menjadi jenama paling cepat dalam mencapai 50 juta jualan! Buat pertama kalinya dalam sejarah, realme mencatat suku tahunan tertinggi iaitu 14.8 juta dan peningkatan 132% QoQ, dan 45% YoY untuk suku tersebut.
Untuk rantau Asia pula tidak kurang hebatnya. Jenama ini mencatat peningkatan 196% YoY dan 47% QoQ di Philippines, Malaysia, Indonesia, Thailand, and Vietnam.
realme Malaysia top 10 carian sohor kini tertinggi
“Menurut laporan e-Conomy 2020 oleh Google, Bain, dan Temasek, lebih daripada 1 dari 3 pengguna perkhidmatan digital baru kerana wabak COVID-19. Kami menjangkakan ekonomi internet di Malaysia meningkat 3 kali ganda dan mencapai $30B pada 2025. Rangkaian telefon bakal memainkan peranan penting dalam suntikan ekonomi negara. Saya gembira melihat realme Malaysia terus menjadi tulang belakang dalam ekosistem ini dengan melancarkan produk berkualiti pada saluran Youtube mereka. Pada bulan September dan Oktober, telefon realme tersenarai dalam Top 10 carian sohor kini tertinggi. Terima kasih realme Malaysia dan tahniah di atas pencapaian ini.” - Marc Woo, Managing Director, Google Malaysia.
Jualan realme terbaik untuk tahun 2020
Tidak mengejutkan. Lihat sahaja peranti-peranti yang mereka keluarkan. realme boleh mencapai 50 juta jualan kerana menghasilkan peranti memenuhi kehendak golongan muda. Seperti:
Cip pemprosesan berkuasa Bateri besar Design segar Harga mampu milik Kamera berkualiti Aksesori menarik
Kesemua elemen ini memenuhi permintaan mereka yang sukakan hiburan dan menepati citarasa pasaran.
NARZO paling laris tahun 2020 di Lazada
Siri NARZO yang dilancarkan pada promosi 11.11 tempoh hari juga cukup membanggakan. NARZO 20 dinobatkan sebagai No. 1 Best-selling New Smartphone in Lazada 2020 dan The Best-selling Smartphone Series in Lazada 2020!
“Kami gembira dapat melihat bagaimana realme mengembangkan pasaran digitalnya di Lazada Malaysia sekaligus menjadi jenama paling laris di LazMall tahun ini dalam kategori Mobiles & Tablets. Kami berharap agar dapat mencapai lebih banyak kejayaan bersama". - Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.
Mana tidaknya, bukan sahaja baru dilancarkan. Malah menawarkan ciri menarik setanding peranti premium! Anda boleh baca spesifikasi siri NARZO dalam artikel ini - realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik.
I'm a gamer my self. I would love to play PUBG Mobile on NARZO 20 Pro! Mesti tak lag kan?
Jenama No. 1 di Shopee
Bukan sahaja di Lazada, realme turut mengungguli carta bagi beberapa kategori pada 11.11 Big Sale dan sepanjang tahun 2020 iaitu:
No 1 Audio BrandNo 1 Wearable Brand No 1 Mobile Accessories BrandNo 1 Best-Selling 8GB+128GB Smartphone
“Kami berasa besar hati menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai oleh realme. Daripada telefon pintar hingga gajet tangan, serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati ramai rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee. Ini menjadikan realme antara salah satu jenama mudah alih dan gajet yang paling laris di platform ini. Shopee mengucapkan tahniah kepada realme atas pencapaian baharu ini, dan kami berharap dapat mencapai lebih banyak lagi pada masa depan.” - Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.
Jualan tahun 2020 meningkat sebanyak 5053% berbanding jualan Double 11 pada tahun 2019.
I am not surprised at all. Korang boleh tengok sendiri bagaimana realme memasarkan produk mereka. Dari smartphone, earphones, smartwatch, fitness tracker, hinggalah Smart Scale or realme M1 Sonic Electric Toothbrush berjaya realme keluarkan pada 2020.
Saya senaraikan beberapa produk realme yang 'hot'! Who knows, you might be interested to get one!
NARZO 20 Pro NARZO 20 realme 7i realme C12 realme Watch realme Band realme Buds Air Neo realme 10,000 mAh Powerbank
Crazy how far we've come. What we can get at a budget cost. Telefon sekitar RM1,+++ pun terbina dengan kamera 48MP dan skrin 90Hz.
Malah, dengan harga mampu milik sekitar RM549, anda sudah boleh menikmati telefon yang dikuasakan dengan RAM sebesar 4GB!
Ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang. Di saat jenama OEM lain terjejas akibat pandemik COVID-19, realme berjaya meningkatkan jualan mereka.
Kalau anda sedang mencari telefon atau aksesori seperti powerbank, atau jam tangan pintar, saya yakin realme tidak akan mengecewakan.
Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:
Website: https://www.realme.com/my/
Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2020/12/realme-tangga-kedua-pasaran-smartphone-malaysia.html