Reaksi Berbeza Selepas Tiada Lockdown Penuh




Minderjeet Kaur -May 22 , 2021 Majikan lega tiada ‘lockdown’ penuh kerana perniagaan mereka boleh terus beroperasi sehingga perintah kawalan pergerakan berakhir. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi bimbang dengan kekurangan strategi keluar daripada Covid-19, ketika majikan menarik nafas lega tiada “lockdown” ketat di seluruh negara.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, keputusan itu yang diumumkan tadi melegakan komuniti perniagaan kerana mereka boleh meneruskan operasi.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan sekatan lebih ketat akan dilaksanakan ke atas sektor ekonomi dan sosial, tetapi tiada “lockdown” penuh seperti yang dilakukan Mac 2020.
Perincian lanjut mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob esok.
Shamsuddin memberitahu FMT, komuniti perniagaan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keputusan itu yang membolehkan operasi perniagaan diteruskan, tetapi dengan SOP lebih ketat.
“SOP lebih ketat tidak akan membunuh perniagaan kami, tetapi jika mereka memutuskan untuk menghentikan operasi, maka pemulihan perniagaan kami menjadi sukar.”
Tambahan, katanya, Jabatan Perangkaan turut memberi amaran bulan lalu yang kadar inflasi akan meningkat ke tahap tertinggi sejak 4.7% yang direkodkan pada 2018.
“Ia membimbangkan. Jika kita tidak berhati-hati, kadar inflasi akan menjadi lebih tinggi.”
Shamsuddin berkata, majikan di Selangor sudah menempah kira-kira sejuta vaksin untuk mengelakkan penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja mereka.
“Kami berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kluster tempat kerja, itu sebabkan sektor swasta segera memesan vaksin itu.”
Sesetengah syarikat dengan tenaga kerja lebih ramai turut menempah vaksin itu, walaupun kosnya mencecah RM380 seorang.
“Ini menunjukkan majikan bertanggungjawab dalam mengurangkan kluster tempat kerja.”
Ahli ekonomi, Carmelo Ferlito, bagaimanapun berkata kerajaan membuat pengumuman itu tanpa memberikan butiran.
“Mereka memutuskan sesuatu, tetapi membiarkan butiran untuk diumumkan esok, menyebabkan rakyat dalam ketidaktentuan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, dengan lebih banyak butiran akan diumumkan esok, rakyat dan perniagaan mungkin mempunyai sedikit masa untuk menyesuaikan diri kepada sekatan baru pada Isnin, menyebabkan orang ramai lebih keliru dan kecewa.
Katanya, kerajaan nampaknya tidak mempunyai strategi keluar yang jelas untuk membendung Covid-19 menyebabkan “lockdown” demi “lockdown” dilaksanakan.
Malaysia sedang melalui PKP ketiga sejak 12 Mei lalu.
Katanya, kerajaan perlu merancang atau melabur untuk mengukuhkan kapasiti vaksinasi serta meningkatkan ujian saringan besar-besaran secara kerap.
“Kami tidak mengeluarkan lebih banyak data untuk penilaian semula, penyelidikan dan dasar disasarkan yang lebih baik.”
Kecuali langkah itu dilaksanakan, Ferlito berkata, negara membazir masa kerana tiada hasil baru akan diperolehi serta menyebabkan sektor perniagaan, kesihatan, pendidikan dan pengambilan pekerja terus terkesan.
“Kerajaan memerlukan strategi sebenar untuk keluar daripada keadaan ini. Mereka tidak boleh menyampaikan mesej tidak jelas yang tidak mempunyai penyelesaian cepat terhadap keadaan darurat sedia ada.”
Jumlah jangkitan harian melepasi 6,000 kes untuk hari ketiga berturut-turut pada Jumaat, dengan kadar kematian antara 40 hingga 50 kes setiap hari.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/reaksi-berbeza-selepas-tiada-lockdown.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lockdown Penuh

Lockdown Penuh

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 338 hits
Bertindak sementara tunggu bantuan kerajaan jika ada Yang terlibat dengan AKAN terus menikmati faedahnya Ekonomi down permintaan ke atas pelaburan emas AKAN meningkat harga emas AKAN Naik memberi keuntungan kepada yang bersedia dan nampak A...
Total Lockdown Fasa Pertama Penutupan Penuh Sektor Sosial Dan Ekonomi

Total Lockdown Fasa Pertama Penutupan Penuh Sektor Sosial Dan Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 561 hits
Total Lockdown Fasa Pertama Penutupan Penuh Sektor Sosial dan Ekonomi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID 19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan ...
Health Dg Appeals To All To Self Lockdown For Two Weeks

Health Dg Appeals To All To Self Lockdown For Two Weeks

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 470 hits
Health director general Dr Noor Hisham Abdullah has reiterated his call for all Malaysians to observe a two week self lockdown even without the formal government declaration initially expected to be announced today Speaking during a joint p...
Ismail Sabri Justifies Decision Against Total Lockdown As Need To Balance Lives Vs Livelihood

Ismail Sabri Justifies Decision Against Total Lockdown As Need To Balance Lives Vs Livelihood

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 454 hits
Datuk Seri Ismail Sabri explained that a total lockdown this time around would not be prudent and was not the way forward to deal with the soaring infection rates Bernama picKUALA LUMPUR May 22 Putrajaya s decision today to refrain from a t...
Harapkan Full Lockdown Tapi Cuma Sop Diperketatkan Menteri Kewangan Akhirnya Buka Mulut

Harapkan Full Lockdown Tapi Cuma Sop Diperketatkan Menteri Kewangan Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 420 hits
Desakan rakyat agar pelaksanaan full lockdown atau PKP penuh dipertimbangkan petang tadi terjawab apabila Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri hanya mengumumkan SOP SOP baru yang diperketatkan Meskipun kes baharu COVID 19 kini m...
Full Lockdown Will Be More Effective Say Hoteliers

Full Lockdown Will Be More Effective Say Hoteliers

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 481 hits
The Malaysian Association of Hotels says curbing infections quickly would allow borders to reopen without which their business would collapse PETALING JAYA Hoteliers have called for a full lockdown to curb Covid 19 infections instead of int...
Back Breaking Pain Of Living Under Lockdown

Back Breaking Pain Of Living Under Lockdown

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 467 hits
The movement restrictions have affected longhouse residents badly in terms of health and incomes PETALING JAYA Atong Siyang 69 a member of the Punan tribe in Sarawak has a nerve issue with his backbone which requires treatment But he has to...
Mahu Orang Ramai Self Lockdown Michael Ang Sedia Beri Rm500 Buat Mereka Yang Patuh

Mahu Orang Ramai Self Lockdown Michael Ang Sedia Beri Rm500 Buat Mereka Yang Patuh

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 347 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Umum tahu Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan di mana beberapa sektor telah ditutup waktu operasi dengan lebih awal bagi mengurangkan penu...
Hiburan Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown Janna Nick Risau Kes Covid 19 Semakin Meningkat

Hiburan Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown Janna Nick Risau Kes Covid 19 Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 338 hits
Pelakon dan juga pengacara Janna Nick menzahirkan perasaan marah dan tidak puas hati apabila kerajaan enggan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh bagi mengekang penularan COVID 19 yang semakin membimbangkan kala ini Janna ata...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord