Total Lockdown Fasa Pertama Penutupan Penuh Sektor Sosial Dan Ekonomi


Total Lockdown Fasa Pertama : Penutupan Penuh Sektor Sosial dan Ekonomi. Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021

Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat. Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini

Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19 juga semakin terhad
Sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, Kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua, iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektorekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir

Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktivitisosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan

Walau bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19

Kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam di negara kita tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara. Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Yang terbaik ialah duduk di rumah atau STAY AT HOME untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19

--- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2021/05/total-lockdown-fasa-pertama-penutupan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Total Lockdown Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Total Lockdown Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 298 hits
554 total views 554 views today Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan Covid 19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown...
Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3 0 Mohon Segera

Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3 0 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 255 hits
Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai Skim Bantuan Makanan Kecemasan yang diperkenalkan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan bagi sepanjang tempoh PKP 3 0 atau total lockdown yan...
Ini Sop Total Lockdown Fasa 1 Yang Patut Anda Tahu

Ini Sop Total Lockdown Fasa 1 Yang Patut Anda Tahu

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 451 hits
Umum mengetahui Perdana Menteri pada jumaat lalu telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan Sehubungan itu semua aktiv...
Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika Total Lockdown Bermula Selasa Ini

Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika Total Lockdown Bermula Selasa Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 388 hits
Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika Total Lockdown Bermula Selasa Ini Salam semua rasanya semua dah sedia maklum yang kerajaan telah mengumumkan untuk total lockdown bermula esok 1 Jun hingga 14 Jun di seluruh nega...
Penting Laksana Total Lockdown Nyawa Mendahului Ekonomi

Penting Laksana Total Lockdown Nyawa Mendahului Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 236 hits
BANGI 8 Syawal 1442H Khamis Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh atau total lockdown penting untuk dilaksanakan susulan kes kini melonjak lebih 6 000 jangkitan Pakar virologi USM Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata pelaksanaan pen
Senarai Aktiviti Ekonomi Dibuka Ketika Total Lockdown

Senarai Aktiviti Ekonomi Dibuka Ketika Total Lockdown

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh KOSMO Hanya sebanyak 17 perkhidmatan yang dibenarkan untuk meneruskan operasi dengan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang penguatkuasaan tempoh lockdown bermula Selasa ini Gambar hiasanPETALING JAYA Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pe...
Bantuan Khas Lockdown Kepada Rakyat Malaysia Dan Sektor Ekonomi Terkesan

Bantuan Khas Lockdown Kepada Rakyat Malaysia Dan Sektor Ekonomi Terkesan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 225 hits
Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan Total Lockdown di seluruh negara bermula selasa ini TARIKH PENGUMUMAN BANTUAN Pengumuman mengenai pakej bantua...
Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Lockdown Covid19 2021

Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Lockdown Covid19 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 338 hits
FASA PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN LOCKDOWN COVID19 2021 Assalammualaikum wbt Sebenarnya mahu atau tidak lockdown itu bermula daripada diri sendiri Jadi tanya pada diri sendiri Kenapa bermula daripada diri sendiri kerana walau telah d...
Miti Grafik Senarai Sektor Dibenar Beroperasi Sepanjang Total Lockdown Palsu

Miti Grafik Senarai Sektor Dibenar Beroperasi Sepanjang Total Lockdown Palsu

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 280 hits
Semalam tular beberapa grafik mengenai senarai sektor dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh total lockdown susulan pengumuman pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh yang akan bermula 1 hingga 14 Jun ini KUALA LUMPUR Kementerian Perd...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba