Batu Puteh Dan Mahathir


 
Sudah didedahkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI yang menyiasat isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berpendapat Malaysia mempunyai peluang untuk membatalkan Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura, tetapi tidak mengambil kesempatan itu.
Mengapa? Kerana perdana menteri waktu itu Dr Mahathir Mohamad tidak mahu kes dilanjutkan. Mahathir pasti ada alasan dan sebab tidak mahu meneruskan ‘perlawanan’ namun bagi RCI, Malaysia ada kes yang boleh dihujah jika Mahathir tidak menghentikannya. Maka RCI mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Mahathir.
Sebaik membaca laporan mengenai dapatan RCI itu saya bertanya kepada diri sendiri — Mahathir seorang sahaja yang mesti disiasat? Orang lain tak ada? Jemaah Menterinya macam mana?
Imbau kembali kes Batu Puteh yang sekian lama mendapat perhatian Malaysia, dan tentu juga Singapura. Secara ringkas, pada 23 Mei 2008 ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Batu Puteh. Untuk artikel ini saya tidak menyentuh soal Batuan Tengah (Middle Rocks) mahu pun Tubir Selatan (South Ledge). Sembilan tahun kemudian iaitu pada 2 Februari 2017 Malaysia mengemukakan permohonan supaya keputusan ICJ itu disemak. Pada Mei 2018 kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir selaku perdana menteri menarik balik permohonan itu, hanya dua minggu sebelum pendengaran dijadualkan berlangsung pada 11 Jun 2018.
Tidak perlu saya huraikan penubuhan RCI mengenai isu ini. Lanjut sahaja dengan rumusan laporan yang dinyahklasifikasikan di Parlimen semalam yakni 5 Disember 2024. Menurut laporan media, “Suruhanjaya berpendapat jika tiga fakta yakni dokumen baharu yang hendak dikemukakan oleh Malaysia dalam Permohonan Semakan diterima oleh ICJ berkemungkinan boleh mematahkan alasan Hakim Majoriti ICJ yang memutuskan kedaulatan Batu Puteh telah berpindah kepada Singapura.”
Tidak diumumkan apa tiga dokumen baharu yang dimaksudkan dan kandungannya. Apa pun bagi saya kata kuncinya ialah ‘berkemungkinan’. Bukanlah 100% sure tetapi mungkin boleh mematahkan alasan hakim ICJ. Mungkin juga tidak. Meskipun bukan satu kepastian, RCI berpendapat “tindakan untuk tidak meneruskan kes di saat-saat akhir adalah amat dikesalkan”. Legal team Malaysia diberitakan sudah siap sedia untuk berhujah. Pada hemat saya RCI berpandangan Malaysia mengalah sebelum berlawan.
Saya ulangi apa yang ditanya tadi yakni pasal Jemaah Menteri Mahathir. Satu portal berita melaporkan RCI mendapati Jemaah Menteri yang telah bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan usaha permohonan semakan “adalah semata-mata dengan berpandukan kepada penerangan yang diberikan oleh Mahathir”. RCI juga dilapor berkata “keputusan tersebut tidaklah dibuat melalui perbincangan yang menyeluruh”.
Saya tertanya mengapa keputusan tidak melalui perbincangan menyeluruh? Mengapa Jemaah Menteri tidak bertanya dan menyoal Mahathir? Mengapa ditelan bulat-bulat apa kata Mahathir sekali gus setuju the case is not to be pursued?
Jadi jika Jemaah Menteri bersetuju 100% dengan Mahathir tidakkah mereka juga ‘bersalah’? Jika Mahathir disiasat tidakkah mereka juga seharusnya disiasat?
Namun satu lagi portal berita melaporkan begini: Mahathir menulis surat kepada peguam cara negara pada 21 Mei 2018 usaha tidak perlu diteruskan merujuk permohonan semakan. Peguam cara negara kemudian memaklumkan Singapura bahawa Malaysia akan menggugurkan permohonan.
RCI berkata Singapura dimaklumkan mengenai perkara ini pada 9 pagi 23 Mei 2018 manakala Jemaah Menteri bermesyuarat hanya pada 9.30 pagi pada hari itu. Malah perkara itu diletakkan di bawah ‘hal-hal lain’. Menurut RCI, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya “sekadar mengambil maklum dan alasan perdana menteri”.
Pada hemat saya mengambil kira apa yang dinyatakan RCI, tiada peluang anggota Jemaah Menteri bertanya dan mendapat penjelasan lanjut daripada Mahathir kerana keputusan muktamad sudah pun dibuat terlebih dahulu. Malah Singapura pun sudah dimaklumkan. Ertinya everything was already done and dusted when the issue was brought to the Cabinet meeting.
Barangkali kerana itu RCI meletakkan Mahathir solely responsible for the decision. Lalu berpendapat beliau seorang yang mesti berdepan siasatan jenayah. Barangkali. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/batu-puteh-dan-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pursue Batu Puteh Compensation Don T Just Probe Mahathir Govt Told

Pursue Batu Puteh Compensation Don T Just Probe Mahathir Govt Told

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 309 hits
Veteran newsman A Kadir Jasin said merely lodging police reports with the aim to put ex prime minister Dr Mahathir Mohamad behind bars won t solve much PETALING JAYA A veteran newsman has urged the government to consider securing compensati...
Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 154 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 12 2024Tiga orang bekas menteri sewaktu Pakatan Harapan 1 0 menepis kenyataan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Jemaah Menteri waktu itu bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan semakan Pulau Batu...
Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 202 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan dengan berkata keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri termasuk isteri ...
Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 181 hits
RCI Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018 Di hujung usia beliau mantan perdana menteri sebanyak 2 kali Dr Mahathir kini ibarat telur di hujung tanduk Beliau kini semakin dilihat sebagai from hero to zero Dari seorang yang selama ...
Ag Holds Sole Power To Prosecute Dr Mahathir Over Pulau Batu Puteh Not Govt Says Law Minister

Ag Holds Sole Power To Prosecute Dr Mahathir Over Pulau Batu Puteh Not Govt Says Law Minister

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 261 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Seri Azalina Othman Said today said that only the attorney general has the authority to prosecute former two time prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over the loss of Malaysia s claim to ...
Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 318 hits
Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Prosiding diusulkan itu...
Will We Get Batu Puteh Back By Punishing Dr Mahathir Pkr Mp Calls For Proposed Criminal Probe Against Former Pm Dropped

Will We Get Batu Puteh Back By Punishing Dr Mahathir Pkr Mp Calls For Proposed Criminal Probe Against Former Pm Dropped

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 433 hits
Pasir Gudang MP Hassan Abdul Karim has voiced his opposition to the Royal Commission of Inquiry s suggestion to lodge a police report against former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over Malaysia s loss of its claim to Pulau Batu Pute...
Pm Batu Puteh Rci Shows Treacherous Failure To Defend Country

Pm Batu Puteh Rci Shows Treacherous Failure To Defend Country

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 238 hits
The findings of the Royal Commission of Inquiry into sovereignty issues surrounding Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge revealed a failure that is tantamount to treachery said Prime Minister Anwar Ibrahim Speaking to reporters earlier t...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj