Rayyan Ugut Bongkar Penglibatan Pm Dan Mem Dalam Urusan Projek Solar Saksi


Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa rakan perniagaan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin mengugut untuk membongkar penglibatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam urusan perolehan projek solar hibrid di Sarawak kepada pembangkang sekiranya beliau tidak membantu lelaki itu. 
Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata perkara tersebut dinyatakan Rayyan Radzwill Abdullah ketika lelaki itu meminta beliau membantunya untuk berjumpa dengan perdana menteri bagi tujuan merampas kontrak solar hibrid itu daripada Saidi.

Loading… Membacakan penyataan saksinya, Madinah berkata Rayyan telah menghantar mesej yang begitu banyak melalui aplikasi WhatsApp kepada beliau antara bulan Oktober atau November 2017 dan Mei 2018, yang menunjukkan lelaki itu berselisih faham dengan Saidi serta sedang berusaha untuk merampas kontrak tersebut.
 “Rayyan juga telah mendakwa bahawa Saidi telah melakukan pelbagai kesalahan dalam projek solar hibrid seperti mengubah terma-terma kontrak asal untuk projek solar hibrid, membuat tuntutan palsu dan menipu wang beberapa pihak dengan menggunakan projek solar hibrid.
“Tujuan Rayyan memberitahu saya perkara-perkara tersebut adalah supaya saya akan membantu dia untuk berjumpa perdana menteri bagi tujuan merampas kontrak projek solar hibrid daripada Saidi dan Jepak. Rayyan juga memberitahu saya bahawa dia akan membongkarkan penglibatan ‘PM’ dan ‘Mem’ dalam urusan perolehan projek solar hibrid kepada pembangkang sekiranya saya tidak membantu beliau,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Sebelum ini, saksi kelima pendakwaan iaitu bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan mahkamah bahawa perkataan ‘Mem’ merujuk kepada Rosmah.
Terdahulu, Madinah, saksi keenam pendakwaan berkata beliau berasa tidak puas hati kerana terpaksa melanjutkan memo bertarikh 16 Jun 2016 dengan memberi beberapa syor termasuk projek solar hibrid itu dilaksanakan melalui kaedah rundingan terus dengan Jepak Holdings, tanpa maklumat lengkap untuk pertimbangan Menteri Pendidikan.   
“Dengan mengangkat memo sebegitu, saya juga rasa seperti menerima permintaan dan desakan Jepak Holdings, contohnya dalam permintaan menamatkan kontrak sedia ada dengan serta-merta.
“Akan tetapi saya terpaksa berbuat demikian kerana faktor-faktor kumulatif seperti tekanan yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui minit-minit beliau bertarikh 1 Dis 2015 dan 7 Jun 2016, tekanan lisan yang diterima oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid daripada Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan projek solar hibrid Jepak, dan sekiranya Kementerian Pendidikan meminta maklumat lengkap daripada Jepak atau cuba berunding dengan Jepak, ini akan melambatkan tindakan ke atas arahan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Madinah, 63, yang memegang jawatan KSU mulai 13 Jun 2013 sehingga bersara pada 2 Sept 2016, berkata antara 8 Jun 2016 dan 23 Jun 2016, Rayyan telah menggunakan nama perdana menteri untuk mendesak beliau segera mengangkat permohonan kelulusan rundingan terus kepada Kementerian Kewangan dengan mesej-mesej seperti “bos akan take it up from there” dan “bos tahulah apa nak buat,” begitu juga dengan bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor yang menggunakan ayat seperti “bos tahulah apa nak buat” apabila saksi itu menyuarakan masalah ketiadaan peruntukan kepadanya (Rizal).
Saksi itu berkata seingat beliau, Najib sendiri pernah bertanya kepadanya mengenai status pertimbangan projek solar hibrid dalam satu mesyuarat jawatankuasa perolehan di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen.
Madinah berkata beliau memberitahu Najib bahawa permohonan kelulusan rundingan terus telah pun dimajukan kepada Kementerian Kewangan, dan Kementerian Pendidikan berdepan kekangan peruntukan untuk melaksanakan projek itu.
“Pada 24 Ogos 2016, saya telah menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan berkenaan permohonan kelulusan rundingan terus untuk perolehan projek solar hibrid dan menerusi surat bertarikh 22 Ogos 2016 itu, saya mendapati Jepak ditawarkan dengan semua kontrak penyelenggaraan genset diesel secara rundingan terus untuk tempoh tiga tahun bagi fasa berikutnya selepas kontrak semasa tamat.
“Daripada surat ini, saya juga dapati Kementerian Pendidikan melaksanakan projek solar hibrid secara berperingkat melalui rundingan terus dengan Jepak bagi fasa projek genset diesel yang berikutnya, dan Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan perkara-perkara tersebut dengan menggunakan peruntukan Belanja Mengurus yang telah diluluskan untuk projek genset diesel sahaja,” katanya.
Rentetan daripada surat Kementerian Kewangan bertarikh 22 Ogos 2016 itu, Madinah berkata pihaknya telah menghantar surat kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk memohon peruntukan tambahan sebanyak RM461.7 juta bagi melaksanakan projek solar hibrid.
Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 Sept, 2017. 
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
–Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/rayyan-ugut-bongkar-penglibatan-pm-dan-mem-dalam-urusan-projek-solar-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahdzir Mem Tahu Tentang Projek Solar

Mahdzir Mem Tahu Tentang Projek Solar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR 6 FEB Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi di sini beliau dihubungi bekas pembantu Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar hibrid sekolah luar bandar di Sarawak Mahdzir 5...
Bekas Ksu Terkejut Rosmah Minat Projek Solar

Bekas Ksu Terkejut Rosmah Minat Projek Solar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 690 hits
KUALA LUMPUR 13 FEB Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau terkejut dan tertanya tanya mengapa Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan minat terhadap projek s...
Ditekan Mengeluarkan Surat Anugerah Projek Kepada Team Saidi

Ditekan Mengeluarkan Surat Anugerah Projek Kepada Team Saidi

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 225 hits
Pemeriksaan balas bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dengan peguam Jagjit Singh diteruskan Ia dimulakan dengan peguam itu mencadangkan bahawa Mahdzir seorang yang korup Antara dakwaan Jagjit ialah Mahdzir setuju untuk memberikan projek...
Bong Joon Ho Sedang Bangunkan Filem Aksi Seram Sebagai Satu Projek Seterusnya

Bong Joon Ho Sedang Bangunkan Filem Aksi Seram Sebagai Satu Projek Seterusnya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 305 hits
Pembikin filem dari Korea Selatan Bong Joon Ho kini menjadi salah seorang pengarah terhangat pada masa kini selepas filem arahannya Parasite berjaya membawa pulang empat Anugerah Academy Filem Parasite kini menjadi satu satunya filem asing ...
Jika Projek Ini Tinggi Berbanding Kos Asal Rm15 Billion Siapa Tanggung Rugi

Jika Projek Ini Tinggi Berbanding Kos Asal Rm15 Billion Siapa Tanggung Rugi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 318 hits
Saya fikir kerajaan PH ini sangat genius Menteri PH Baru Bian kata tahap kemajuan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang diberi kepada syarikat PDP adalah lebih laju berbanding jadual projek 12 July 2019 The first phase of the P...
I Objected But Solar Project Still Approved By Najib Treasury Official Tells Rosmah Trial

I Objected But Solar Project Still Approved By Najib Treasury Official Tells Rosmah Trial

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 283 hits
Treasury deputy secretary general Othman Semail says former prime minister Najib Razak was the decision maker on the solar project KUALA LUMPUR A finance ministry official told Rosmah Mansor s corruption trial today that despite his objecti...
Riksbyggen S Solar Egg To Icehotel In Jukkasj Rvi

Riksbyggen S Solar Egg To Icehotel In Jukkasj Rvi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 203 hits
Project Solar Egg Icehotel Design by Bigert Bergstr m Location Jukkasj rvi Sweden Photographs by Courtesy of the architects Solar Egg and Icehotel Ice and heat two contrasts meet when Riksbyggen s world famous sauna Solar Egg by The post ap...
Yang Umum Dan Potong Riben Projek Pemimpin Ph Dana Dari Kwsp Najib

Yang Umum Dan Potong Riben Projek Pemimpin Ph Dana Dari Kwsp Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 287 hits
Saya tidak bersetuju dengan cadangan hari ini dari kerajaan PH untuk suruh PLUS Berhad membiayai kos RM30 juta membina laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor Alasan yang diberi kerajaan PH kenapa PLUS perlu bayar ialah kos ini tidak...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Al Ikhsan Sports Mengumumkan Pemenang Peraduan The Ultimate Sports Experience Spend And Win

Jinda888 Website 888 Casino Online Slot888 Top 41 By Tamie Slot888 Jinda888 Bet 2 2567

Stour House By Facit Homes In London United Kingdom

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10