Bekas Ksu Terkejut Rosmah Minat Projek Solar


KUALA LUMPUR, 13 FEB:Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau terkejut dan tertanya-tanya mengapa Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan minat terhadap projek solar hibrid serta kaitan dan kepentingan isteri bekas perdana menteri itu dengan projek tersebut.
Saksi pendakwaan keenam perbicaraan kes rasuah Rosmah berkaitan projek solar berkata ini kerana isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah meminta beliau “tengok” dan “cepatkan sikit” permohonan projek tersebut.
Madinah, 63, yang memegang jawatan itu mulai 13 Jun 2013 sehingga bersara pada 2 September 2016 berkata Rosmah membuat permintaan tersebut selepas tamat majlis Permata yang diadakan di kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sebelum bulan Jun 2016.
“Selepas tamatnya majlis Permata seperti kelaziman dan sebagai tanda hormat, Datin Seri Rosmah sebagai VVIP telah berjalan menuju ke kereta beliau diiringi dari belakang oleh saya dan VIP lain.
“Selepas Datin Seri Rosmah masuk ke dalam keretanya, beliau telah menurunkan cermin tingkap kereta dan memanggil saya dengan cara melambai.
“Apabila saya menghampiri Datin Seri Rosmah, beliau telah memberitahu saya lebih kurang begini ‘you tengok sikit projek solar Jepak (Jepak Holdings Sdn Bhd). Cepatkan sikit.’ Saya hanya menjawab ‘Insya-Allah Datin Seri’ dan selepas itu beliau beredar,” katanya yang menghadiri majlis tersebut sebagai Ahli Lembaga Yayasan Permata.
Membacakan penyataan saksinya, Madinah yang juga bekas Ketua Audit Negara berkata sebelum ini Rosmah tidak pernah membuat apa-apa permintaan seperti itu kepada beliau berkaitan projek kerajaan.
“Apa yang saya faham daripada permintaan Datin Seri Rosmah adalah beliau memerlukan bantuan saya sebagai KSU Kementerian Pendidikan untuk menyegerakan urusan perolehan projek solar hibrid supaya projek tersebut dianugerahkan kepada Jepak.
“Permintaan daripada Datin Seri Rosmah telah mewujudkan suatu ‘sikap kesegeraan’ dalam diri saya bahawa permohonan projek solar hibrid perlu diberi perhatian oleh saya dan saya sendiri perlu menyusul dengan segera untuk menjayakan permohonan projek solar hibrid oleh Jepak,” katanya.
Menurut saksi itu, beliau berperasaan sedemikian kerana kedudukan Rosmah sebagai isteri perdana menteri (pada masa itu) dan dalam tanggapannya, Rosmah merupakan seorang individu berpengaruh kerana boleh mempengaruhi tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, Madinah berkata suami Rosmah, yang merupakan perdana menteri, telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan projek solar hibrid Jepak dan menggantikan projek genset diesel.
“Sebagai penjawat awam, sebarang teguran daripada perdana menteri adalah satu perkara yang sangat serius kecuali dalam keadaan tertentu yang tidak membolehkan tindakan diteruskan.
“Tidak berapa lama selepas itu, saya mendapat desakan daripada pelbagai penjuru untuk menyegerakan urusan perolehan projek solar hibrid Jepak dan desakan-desakan tersebut diberikan oleh Datuk Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah) dan Rayyan (Rayyan Radzwill Abdullah iaitu rakan perniagaan Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin) dan telah dijejak semula oleh saya kepada Datin Seri Rosmah,” katanya.
Menurut saksi, Rizal telah menghubunginya dari semasa ke semasa berkaitan urusan perolehan projek solar hibrid sehinggalah tarikh persaraan beliau pada 2 September 2016 dan Rizal juga ada menggunakan nama Rosmah ketika berkomunikasi dengannya.
Sebagai contoh, Madinah berkata Rizal akan memberitahu beliau bahawa ‘mem’ bertanyakan ‘kemajuan’ projek solar hibrid sebelum meminta bantuan beliau untuk segera mengangkat permohonan kelulusan rundingan terus ke Kementerian Kewangan kerana Rizal sering ditanya mengenai perkara itu oleh ‘mem.’
“Mesej-mesej Datuk Rizal Mansor kepada saya secara konsisten adalah berkisar kepada isu-isu permohonan projek solar hibrid seperti status tindakan Kementerian Pendidikan, tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan dan tindakan yang perlu diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk menjayakan permohonan Jepak.
“Datuk Rizal Mansor pernah memberitahu saya ‘PM’ (ringkasan untuk perdana menteri) dan ‘mem’ tanya kenapa terdapat ‘delay’ dalam mengangkat permohonan kelulusan rundingan terus kepada Kementerian Kewangan. Seingat saya, saya pernah memberitahu Datuk Rizal Mansor yang Kementerian Pendidikan akan mengangkat permohonan kelulusan rundingan terus ‘once we have everything ready.’
“Saya juga pernah memberitahu Datuk Rizal Mansor mengenai isu ketiadaan peruntukan bajet pembangunan untuk melaksanakan projek solar hibrid. Datuk Rizal Mansor meminta saya untuk majukan permohonan sahaja dan menggunakan ayat lebih kurang seperti ‘bos tahulah apa nak buat’ dan saya tahu ‘bos’ yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Najib Razak – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu,” katanya.
Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Isnin depan.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/bekas-ksu-terkejut-rosmah-minat-projek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Trial Former Moe Sec Gen Says Business Partners Fought Over Rm1 2 Bln Solar Deal

Rosmah Trial Former Moe Sec Gen Says Business Partners Fought Over Rm1 2 Bln Solar Deal

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 338 hits
Rosmah arrives at the High Court Bernama file photo KUALA LUMPUR Jepak Holdings Sdn Bhd s Saidi Abang Samsudin and Rayyan Radzwill Abdullah fell out with each other and the latter tried to secure a RM1 25 billion solar power project from th...
Solar Project Awarded Without Following Procedure Witness Tells Rosmah S Trial

Solar Project Awarded Without Following Procedure Witness Tells Rosmah S Trial

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 229 hits
Rosmah Mansor is facing three counts of corruption charges KUALA LUMPUR A finance ministry official told the High Court in Rosmah Mansor s corruption trial that the RM1 25 billion solar project for Sarawak schools was awarded to a private c...
Rayyan Ugut Bongkar Penglibatan Pm Dan Mem Dalam Urusan Projek Solar Saksi

Rayyan Ugut Bongkar Penglibatan Pm Dan Mem Dalam Urusan Projek Solar Saksi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 180 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa rakan perniagaan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin mengugut untuk membongkar penglibatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri...
Kes Solar Rosmah Turut Musnahkan Kredibiliti Najib Dalam Kes Src 1mdb

Kes Solar Rosmah Turut Musnahkan Kredibiliti Najib Dalam Kes Src 1mdb

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 534 hits
12 JAN 2020Apabila didedahkan oleh mantan Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid bahawa Najib sendiri arahkan perlantikan kontraktor Jepak Holdings Sdn Bhd untuk Projek Solar Hibrid Sekolah Sarawak bernilai RM1 25 bilion kredibiliti Najib ...
Mahdzir Mem Tahu Tentang Projek Solar

Mahdzir Mem Tahu Tentang Projek Solar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR 6 FEB Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi di sini beliau dihubungi bekas pembantu Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar hibrid sekolah luar bandar di Sarawak Mahdzir 5...
I Objected But Solar Project Still Approved By Najib Treasury Official Tells Rosmah Trial

I Objected But Solar Project Still Approved By Najib Treasury Official Tells Rosmah Trial

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 280 hits
Treasury deputy secretary general Othman Semail says former prime minister Najib Razak was the decision maker on the solar project KUALA LUMPUR A finance ministry official told Rosmah Mansor s corruption trial today that despite his objecti...
Doktor Google Katanya Bagitau Bahaya Penyakit Rosmah Ni

Doktor Google Katanya Bagitau Bahaya Penyakit Rosmah Ni

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 315 hits
Doktor google pun boleh Info dihujung jari Lepas ni dah tak payah susah susah tanya doktor then buat pemeriksaan Google jer Apa apa jer la ko mah Pentadbiran pun tengah pening agensi ke mekah pun dah berani bawak lgbt ke sana Tindakan keraj...
Rosmah Masuk Hospital

Rosmah Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 777 hits
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak Rosmah Mansor dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam bagi menerima rawatan kata peguamnya Peguam Rosmah Akberdin Abdul Kadir mengesahkan laporan kemasukan Rosmah ke hospital ber...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024

Sophia Liana Mahal Chord

Beratnya Tantangan Rusaknya Moral Dari Luar Dan Dalam By Dr Hm Rakib S

Euro Berjaya Melepasi Cabaran