Ditekan Mengeluarkan Surat Anugerah Projek Kepada Team Saidi


Pemeriksaan balas bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dengan peguam Jagjit Singh diteruskan. Ia dimulakan dengan peguam itu mencadangkan bahawa Mahdzir seorang yang korup.

Antara dakwaan Jagjit ialah Mahdzir setuju untuk memberikan projek projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar itu kepada Jepak Holdings dengan habuan berjumlah RM60 juta kepadanya.
Dia berkata Mahdzir dikatakan meminitkan persetujuannya berkenaan projek itu setelah pengarah urusan Jepak Holdings Said Abang Samsudin setuju untuk memberikannya RM1 juta sebulan untuk lima tahun. Mahdzir bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

Peguam Rosmah Mansor ,Jagjit Singh menuduh bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid sebagai menteri yang korup.

Peguambela utama itu membuat tuduhan tersebut semasa menyoalbalas bekas menteri berkenaan, terutama mengenai keterangannya yang mengaitkan Rosmah dalam kes rasuah projek suria hibrid.

Jagjit bermula dengan menyoal Mahdzir mengapa dia tidak menyemak dengan Rosmah secara langsung apabila pembantunya ketika itu, Rizal Mansor mendakwa dia mewakili tertuduh dalam urusan berkaitan dengan projek solar tersebut.

Mahdzir berkata bahawa dia percaya Rizal kerana pegawai itu memberitahunya bahawa dia (Rizal) bercakap bagi pihak Rosmah.

Jagjit: Tidak ada alasan (tidak boleh menghubungi Rosmah secara langsung).
Mahdzir: Rizal yang beritahu saya (bahawa dia mewakili Rosmah).
Jagjit: Itu hanya alasan, Datuk Seri. Kamu seorang menteri yang korup. Kamu minta jutaan ringgit
Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Peguam Rosmah Mansor, Jagjit Singh meminta bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid, yang memberi keterangan terhadap anak guamnya supaya membekalkan butiran mengenai pemilikan rumahnya di mahkamah esok.

Mahdzir sebelum itu berkata, bahawa dia tidak ingat nama syarikat berkenaan.

Difahamkan sebuah rumah yang digunakan oleh Mahdzir di Country Height telah didaftarkan kepada sebuah syarikat.

Jagjit juga meminta ahli politik Umno itu supaya membawa butiran syarikat, termasuk para pemegang saham dan pengarahnya.

Peguam bela Jagjit Singh menuduh bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid mereka cerita apabila beliau mengaitkan Rosmah Mansor dalam keterangannya pada prosiding rasuah mengenai projek hibrid solar.

Dia membuat cadangan itu semasa memeriksa balas Mahdzir, sambil menambah bahawa ahli politik itu sebenarnya cuba mengelakkan diri daripada dipertanggungjawabkan.

Walau bagaimanapun, Mahdzir menafikan dakwaan tersebut.

Jagjit: Saya cadang kepada kamu bahawa kamu melibatkan nama Datin Seri Rosmah untuk mengelakkan diri (daripada tuduhan itu).
Mahdzir: Saya tidak bersetuju.
Jagjit: Saya cadangkan kepada kamu bahawa kamu cuba mengelakkan diri, dan kamu mengaitkan Datin Seri Rosmah seperti yang dinyatakan dalam keterangan kamu dalam Perenggan 91 (dari keterangan saksi)
Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Dalam kenyataannya, Mahdzir mendakwa beliau ditekan untuk mengeluarkan "surat anugerah" projek itu kepada "Team Saidi" Jepak Holdings, merujuk kepada pengarah urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin.

Beliau menamakan Rosmah sebagai antara mereka dalam pasukan. Selain itu, turut dinamakannya ialah pembantu Rosmah, Rizal Mansor, dan Setiausaha Bahagian Umno Pekan Aazmey Abu Talib

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/ditekan-mengeluarkan-surat-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Terbengkalai 20 Tahun Selesai Detik Manis Semua Pihak

Projek Terbengkalai 20 Tahun Selesai Detik Manis Semua Pihak

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA SELANGOR 16 FEB Penyelesaian isu projek perumahan Revolusi Hijau II dan III yang berlarutan selama 20 tahun merupakan kenangan manis kepada semua pihak kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari Beliau berkata walaupun dicerca d...
Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak

Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 1131 hits
hai assalammualaikumProjek Taman Botani Sekolah Tabika Anak Bermulalah aktiviti pertama ibu bapa dan anak membantu cikgu membuat projek sekolah Yeah sebagai mak nad semestinya teruja Sebab masa ni la dapat kenal denagn ibu bapa kanak kanak ...
Projek Kondominium Di Taman Desa Runtuh Ada Yang Dakwa Ini Bukan Kali Pertama

Projek Kondominium Di Taman Desa Runtuh Ada Yang Dakwa Ini Bukan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 694 hits
Harap tiada nyawa yang terkorban small Cover image via M Gunasekar Protect Taman Desa Coalition small Baru sahaja petang tadi sebahagian projek kondominium di Taman Desa dilapor telah runtuh Perkara ini telah dilapor oleh laman Facebook Edg...
Projek Pembodohan Islam Ala Pas

Projek Pembodohan Islam Ala Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 274 hits
Miqdad Zakaria Projek PEMBODOHAN kepada umat islam yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah malaysia Ia adalah projek hudud yang dilaungkan oleh PAS Disebabkan projek bodoh itu Ramai yang mengkafirkan sesama umat Ramai yang hilang sau...
Bekas Ksu Terkejut Rosmah Minat Projek Solar

Bekas Ksu Terkejut Rosmah Minat Projek Solar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 789 hits
KUALA LUMPUR 13 FEB Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau terkejut dan tertanya tanya mengapa Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan minat terhadap projek s...
Anugerah Lebih Besar

Anugerah Lebih Besar

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 316 hits
BIARPUN populariti penting bagi selebriti untuk perhatian peminat namun ia bukan keutamaan buat pelakon Aman Nassim Aman 31 berkata dia selesa dengan apa yang dikecapinya dalam kerjaya seni sekarang walaupun tidak begitu dikenali Saya sedar...
Debaran 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 34 Kian Terasa

Debaran 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 34 Kian Terasa

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 541 hits
12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti Saya berdebar dan sebenarnya takut Saya banyak buat latihan...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear