Rayuan Najib Dua Anak Berhubung Tunggakan Cukai Rm1 74 Bilion Akan Di Dengar Hari Sama


 


KUALA LUMPUR - Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua anak lelakinya berhubung pembayaran cukai mereka berjumlah RM1.74 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan disebut pada hari yang sama di Mahkamah Rayuan.
Najib, 67, dikehendaki membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 manakala 2 anaknya Mohd Nazifuddin, 37, perlu membayar RM37.6 juta dan Mohamad Nizar, 42, sebanyak RM13.16 juta.
Berdasarkan kepada senarai Mahkamah Rayuan, ketiga-tiga rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mohd Khairi Haron pada 16 Dis.
Mereka memfailkan rayuan secara berasingan di Mahkamah Rayuan.
Najib, Mohd Nazifuddin dan Mohamad Nizar perlu membayar cukai berkenaan kepada LHDN selepas Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur dan Shah Alam membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus terhadap mereka.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Perintah terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masing-masing pada 22 dan 6 Julai lepas manakala terhadap Mohamad Nizar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Sept.
Pada 25 Jun tahun lepas, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap ahli Parlimen Pekan itu, menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Hakim Ahmad Bache dalam penghakimannya menetapkan bahawa memandangkan notis taksiran telah diserahkan dengan sempurna kepada Najib selaras dengan Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967, maka cukai yang harus dibayar di bawah taksiran tambahan menjadi tertunggak dan perlu dibayar kepada LHDN.
Beliau memutuskan, menurut Seksyen 106 akta berkenaan, mahkamah mendapati cukai pendapatan tambahan itu telah tertunggak dan boleh diperoleh kembali sebagai hutang yang perlu dibayar kepada kerajaan bagi jumlah RM1,692,872,924.83, sebagaimana yang termaktub dalam sijil hutang yang dikeluarkan pada 5 Ogos 2019.
“Mahkamah memutuskan penghakiman terus dikenakan ke atas defendan bagi jumlah yang dituntut oleh plaintif seperti mana dalam pernyataan tuntutan plaintif iaitu sebanyak RM1,692,872,924.83 dengan kos,” kata hakim itu.
Memetik satu penghakiman Mahkamah Persekutuan, hakim itu berkata peruntukan sebagaimana yang ditekankan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu “bayar dahulu, bincang kemudian”, walaupun keras, adalah peruntukan yang sengaja ditetapkan oleh perundangan disebabkan terdapat banyak insiden pengelakan cukai di negara ini.
LHDN, melalui kerajaan Malaysia, memfailkan writ saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai tahun lepas, mendakwa Mohd Nazifuddin masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya pula berkata LHDN berjaya menunjukkan kes yang jelas dan nyata manakala Mohd Nazifuddin gagal untuk menunjukkan pembelaan bermerit.
LHDN memfailkan permohonan yang sama terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.
Sementara itu, pesuruhjaya kehakiman Julie Lack Abdullah dalam penghakimannya memutuskan perkara yang bangkitkan Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak berasas.
Beliau juga berpendapat pembayar cukai perlu membayar cukainya dahulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah tersebut atau atas apa alasan sekali pun. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/rayuan-najib-dua-anak-berhubung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Kes Cukai Rm1 74 Bilion Najib Anak Bulan Depan

Rayuan Kes Cukai Rm1 74 Bilion Najib Anak Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 226 hits
147 total views 147 views today LKUALA LUMPUR 19 Nov Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua anak lelakinya berhubung pembayaran cukai mereka berjumlah RM1 74 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan disebut pad...
Sabah Dijangka Kutip Cukai Jualan Rm1 23 Bilion Daripada Petronas Mulai 2021

Sabah Dijangka Kutip Cukai Jualan Rm1 23 Bilion Daripada Petronas Mulai 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 214 hits
BernamaJeffrey berkata dana RM500 juta itu adalah lebih baik berbanding penyelesaian oleh kerajaan Pakatan Harapan iaitu geran khas RM53 4 juta untuk Sabah Gambar fail KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah dijangka mengutip cukai jualan minya...
Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 363 hits
Anak nakal tu mesti mak ayah tak ajar anak Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran naik darah dan geram Justeru perkongsian penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu b...
Melanggar Sop Masuk Ke Bank Dua Pembantu Jualan Dikenakan Kompaun Rm1 000 Seorang

Melanggar Sop Masuk Ke Bank Dua Pembantu Jualan Dikenakan Kompaun Rm1 000 Seorang

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 239 hits
LIPIS Dua pembantu jualan dikenakan kompaun RM1 000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard ketika memasuki sebuah bank di Kuala Lipis di sini hari ini Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata wanita berusia ...
Mahathir Sindir Najib Atau Anwar Atau Kedua Dua Sekali

Mahathir Sindir Najib Atau Anwar Atau Kedua Dua Sekali

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 325 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kehairanannya mengapa perbicaraan mahkamah ditangguhkan untuk membendung Covid 19 akan tetapi ada banduan dibenarkan berucap di Dewan Rakyat Bekas perdana menteri itu berkata perbicaraan mahkamah sepa...
Sotong Dua Rasa Dan Pari Bakar Sambal Tip Top Di Hari Ke 9 Pkpb 2 0

Sotong Dua Rasa Dan Pari Bakar Sambal Tip Top Di Hari Ke 9 Pkpb 2 0

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 612 hits
Assalamualaikum NAK makan Sotong Masak Kicap jawab Pak Inche bila Sk tanya lauk untuk makan malam semalam Bila dia cakap jer masak kicap itu maknanya kena masak sesuatu yang lain untuk Iman yang tak berapa suka masakan berkicap Alaa masak p...
Bahas Bajet Najib Bukan Musuh Pendirian Sama Amk

Bahas Bajet Najib Bukan Musuh Pendirian Sama Amk

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 178 hits
Angkatan Muda Keadilan menyifatkan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bukan musuh parti itu ketika membahaskan Belanjawan 2021 baru baru ini Naib Ketuanya Syed Badli Shah Syed Osman berkata Najib yang juga Pengerusi Kela...
Tangan Bayi 7 Hari Putus Digigit Anjing Pemilik Didenda Rm1 000

Tangan Bayi 7 Hari Putus Digigit Anjing Pemilik Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 261 hits
Mahkamah Majistret Ayer Keroh semalam menjatuhkan hukuman denda RM1 000 kepada pemilik anjing yang menyebabkan tangan kanan bayi perempuan putus akibat digigit anjing peliharaannya dalam kejadian September lalu Majistret Mazana Sinin menjat...
Nak Anak Suami Mudah Dengar Apa Yang Kita Cakap Ini Rahsianya

Nak Anak Suami Mudah Dengar Apa Yang Kita Cakap Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 269 hits
Biasanya isteri dan ibu selalu merungut kenapa pasangan dan anak kita susah nak dengar cakap Asyik kena ulang je benda yang sama baru mereka dengar Sampai satu tahap ibu pun jadi rasa nak marah Ok perkongsian dari Penulis Keibubapaan Puan W...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel