Mahathir Sindir Najib Atau Anwar Atau Kedua Dua Sekali




Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kehairanannya mengapa perbicaraan mahkamah ditangguhkan untuk membendung Covid-19 akan tetapi ada “banduan” dibenarkan berucap di Dewan Rakyat.
Bekas perdana menteri itu berkata, perbicaraan mahkamah sepatutnya boleh dibenarkan berjalan mengikut peraturan sama yang dikenakan bagi persidangan Parlimen.
“Amat pelik perbicaraan di mahkamah dihentikan tetapi banduan boleh berucap di dewan Parlimen.
“Jika boleh di Parlimen, tentulah boleh juga di mahkamah,” katanya sewaktu membahaskan Belanjawan 2021 hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu tidak menyebut nama sesiapa tetapi ucapannya dibuat selepas beliau menyentuh tentang “pakar budaya cash is king”, yang dipercayai merujuk pada bekas perdana menteri terpalit rasuah, Najib Razak.
Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berucap membahaskan Belanjawan 2021 pada Selasa.
Ucapan Najib yang seolah-olah menggambarkan beliau tidak bersalah menyebabkan Maria Chin Abdullah (PKR-Petaling Jaya) memprotes dengan meninggalkan Dewan Rakyat.
Tindakan Maria itu disambut dengan kemarahan Pemuda PKR yang menggelarkan bekas pengerusi Bersih 2.0 itu sebagai “bodoh” dan “bebal“.
“Jika boleh di Parlimen, tentulah boleh juga di mahkamah,” katanya sewaktu membahaskan Belanjawan 2021 hari ini.Najib sebelum ini bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan terhadap supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri, sekaligus menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.
Najib sedang menunggu rayuan selepas disabitkan tujuh tuduhan jenayah salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes itu ditetapkan untuk rayuan pada 15 Februari tahun depan. Najib sementara itu sedang dibicarakan atas beberapa tuduhan lain bersabit skandal 1MDB.
Mahkamah bagaimanapun ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 14 Oktober hingga 6 Disember.
Menurut Mahathir, tempoh perbicaraan akan terus berlanjutan sekiranya mahkamah tidak meneruskan perbicaraan dengan melaksanakan langkah kawalan termasuk penjarakan.
“Kurangkanlah pemerhati dan media, dan amalkan perpisahan sejauh satu meter antara mereka yang perlu berada semasa perbicaraan.
“Jika nak nanti Covid-19 (berakhir), bertahun-tahun lagi diperlukan,” kata Mahathir.
Selain Najib, beberapa ahli Parlimen BN juga sedang menghadapi perbicaraan atas pelbagai tuduhan jenayah rasuah dan pengubahan wang haram, termasuk melibatkan dana 1MDB.
Mereka ialah Zahid (Bagan Datuk), Tengku Adnan Mansor (Putrajaya), Bung Moktar Radin (Kinabatangan) serta Ahmad Maslan (Pontian).

Sumber : malaysianow.com

MR :  Kedua-dua Najib dan Anwar jadi banduan kerana hasil kerja Atok




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/mahathir-sindir-najib-atau-anwar-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Mahathir Terus Meroyan Dengan Anwar Apa Masalah Kamu Mahathir

Apabila Mahathir Terus Meroyan Dengan Anwar Apa Masalah Kamu Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 326 hits
Tak habis2 habis lagi org tua ni merepek dan meratib nama Anwar Dulu kata Anwar tak boleh jadi PM sebab moral Kemudian kata Anwar boleh jadi PM tapi dia perlu dapatkan sokongan majoriti dalam parlimen Kata orang tua nyanyok ni lagi Anwar ti...
Setelah Dua Hari Anwar Masih Mendahului Pilihan Sebagai Pm Sebanyak 94

Setelah Dua Hari Anwar Masih Mendahului Pilihan Sebagai Pm Sebanyak 94

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 318 hits
Setelah dua hari Poll ini diwujudkan responden semakin meningkat namun ranking Anwar Ibrahim jauh meninggalkan beberapa pimpinan lain untuk menerajui negara ini Setakat hari ini 18 11 20 jam 1 00 AM Anwar mendapat sokongan 94 dari responden...
Najib Sanggah Mahathir Cadangan Bawa Bencana Ekonomi Negara Dan Tidak Masuk Akal

Najib Sanggah Mahathir Cadangan Bawa Bencana Ekonomi Negara Dan Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Saranan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Perikatan Nasional menangguhkan atau membatalkan projek pembangunan supaya saiz Belanjawan 2020 dikurangkan akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara kata Na...
Apa Najib Buat Masa Tu Tunduk Dan Sujud Pada Mahathir

Apa Najib Buat Masa Tu Tunduk Dan Sujud Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 321 hits
Semak akaun Mahathir masa tu berapa billion yang ada berapa ratus handbag Asmah beli Tidak ada siapapun akan nafikan salah dan silap Mahathir lebih lagi dah berkuasa 22tahun22bulan Kebiasaannya keputusan dibuat bersama kabinet Dan kalau sek...
Dr Mahathir If Najib Can Be In Parliament His Corruption Trials Should Resume Too But With Cap On Media Observers

Dr Mahathir If Najib Can Be In Parliament His Corruption Trials Should Resume Too But With Cap On Media Observers

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 296 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad today took a swipe at former prime minister Datuk Seri Najib Razak by saying that if the latter can be present in Parliament for debates his pending corruption trials should resume as well Dr Mahathir s comments came...
Anwar Not Capable Of Navigating Malaysia Through Troubled Times Mahathir

Anwar Not Capable Of Navigating Malaysia Through Troubled Times Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 293 hits
Amid a stalemate over who would lead a unified opposition former prime minister Dr Mahathir Mohamad is adamant that person should not be PKR president Anwar Ibrahim Mahathir who prior to the collapse of his Pakatan Harapan government had pu...
Mahathir Menghidap Sakit Kronik 039 Anwar 0 Phobia 039

Mahathir Menghidap Sakit Kronik 039 Anwar 0 Phobia 039

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 300 hits
ANWAR Ibrahim tak mampu tadbir negara ketika krisis begitulah kata Dr Mahathir Mohamad seperti dilaporkan oleh media nbsp Kenapa bekas perdana menteri itu masih mengeluarkan kenyataan seperti ini sedangkan beliaulah yang datang berjabat tan...
Mahathir Ingat Kubur Jangan Benci Anwar Hari Ini Penuh Fb Maki Kamu

Mahathir Ingat Kubur Jangan Benci Anwar Hari Ini Penuh Fb Maki Kamu

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 376 hits
NORSHDAH MOHD DAUDSusah jadi orang bernama Madey ni Masa muda sibuk jatuhkan PM sediada sebab mereka semua x layak jadi PM Msia Timbalan timbalan dia pun semua xde yang mampu galas tanggungjawab dia katanya Jibby yang dia naikkan sebagai PM...
Dr Mahathir Anwar May Not Have What It Takes To Steer Economy Through Financial Storms

Dr Mahathir Anwar May Not Have What It Takes To Steer Economy Through Financial Storms

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 346 hits
I have tested his capabilities when I was prime minister I took a holiday for two months and Anwar took over the reins We had an economic crisis at the time and his suggestions did not help the country recover its financial standings Tun Dr...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Another Construction Site Ordered To Close In Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga

Tri Suaka Kiw Kiw Cinta Chord

Kemaskini Pasaran Saham As Pada 14 Mei

This 1973 Harley Shovelhead Is Inspired By The Legendary Joe Petrali

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya