Rasmi Intipati Penuh Bajet2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat L Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia



RASMI : Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat l Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysai hari ini, 7 Oktober 2022, mengumumkan bajet2023 dengan dibawakan oleh menteri kewangan, Datuk Tengku Zafrul yang baharu sahaja selesai sampaikan di dewan rakyat pada pembentangan khas bajet 2023.
Sehubungan itu, ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu apa intipati pembentangan rakyat bajet 2023. Kerajaan Malaysia mengatut bajet dengan merujuk pelbagai aspek dan struktur. Untuk ini kami bawakan strategi 2 bajet 2023 iaitu “keutamaan Kepada Rakyat”. Ikuti intipati lengkap rakyat dibawah.
RASMI: Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat l Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia Kerajaan Malaysia berbekalkan ruang fiskal yang ada ini, keutamaan Bajet 2023 akan tertumpu kepada usaha melindungi kebajikan rakyat.
Fokus 1: Kumpulan B40 Golongan susah telah diberi keutamaan khusus dengan peruntukan 2.5 bilion ringgit bagi tahun 2023, iaitu peningkatan signifikan berbanding 1.5 bilion ringgit pada tahun 2020. Bermula 2023, pemberian subsidi bil elektrik sehingga 40 ringgit   akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan 1,169 ringgit ke bawah berbanding syarat semasa 980 ringgit ke bawah. Kadar Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Bagi Tahun 2023 Ditingkatkan Berikut merupakan maklumat terbaru tambahan kadar bayaran BKM mengikut kategori.
BKM : kategori Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan . RM2,500 : Lebih dari 5 Anak RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak BKM : Kategori Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000 RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak) BKM : Kategori Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan) Bantuan tunai di bawah JKM dan BKM untuk tahun 2023 akan melebihi 10 bilion ringgit. Agenda membasmi kemiskinan tegar 1 bilion ringgit disediakan iaitu 750 juta ringgit peruntukan Kerajaan di samping program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh GLC bernilai 250 juta ringgit Buka peluang ekonomi kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar bagi meningkatkan pendapatan antaranya menerusi projek pertanian serta keusahawanan produk dan perkhidmatan Fokus 2: Kumpulan M40 Selain golongan B40,Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40 juga.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih 50 ribu hingga 100 ribu ringgit : Pertama : Banjaran pendapatan bercukai lebih 50 ribu hingga 70 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan Kedua: Banjaran pendapatan bercukai lebih 70 ribu hingga 100 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus. Inisiatif e-Pemula M40 Tawaran kredit e-dompet sebanyak 100 ringgit kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah 100 ribu ringgit Fokus 3: Wanita dan Kanak-kanak Kerajaan sentiasa melindugi dan berusaha hak-hak bagi kaum yang lemah. Di dalam pembentangan bajet 2023, kerajaan juga mengutamakan golongan wanita dan kanak-kanak.
Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023 Menoktahkan segala bentuk gangguan seksual di samping meningkatkan kesedaran semua agar tindakan ini tidak lagi dinormalisasi 8 juta ringgit disediakan untuk  Pusat Sokongan Sosial Setempat Bagi membantu masalah dan beri khidmat kaunseling kepada para wanita. Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat 235 juta ringgit dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita dalam membantu ekonomi wanita Mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028 Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break Kerajaan bersetuju melanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga 3,000 ringgit ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar Kerajaan bantu ringankan beban ibubapa yang mempunyai anak-anak. Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak 500 ringgit Berita gembira kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan RM500 pada mereka yang lahirkan anak pada tahun2023. Fokus 4: Golongan Belia Kerajaan juga membantu mereka yang dari golongan belia.
Menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan Pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank Bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, kerajaan memperuntukkan sebanyak jutaan dana. Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana 50 juta ringgit akan menawarkan pinjaman sehingga 50 ribu ringgit untuk 10 ribu anak muda Menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV Bagi menyokong golongan belia terlibat dengan perniagaan. Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya 30 ringgit untuk tempoh tiga bulan e-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada 200 Bakal manfaat 2 juta belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas dengan peruntukan 400 juta ringgit Fokus 5: Perlindungan Sosial  PERKESO: Kerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman Bagi mengurangkan bebanan golongan bekerja sendiri. Had caruman sukarela KWSP akan dinaikkan daripada 60 ribu kepada 100 ribu ringgit setahun Bagi menggalakkan lagi caruman sukarela, Kerajaan juga akan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga 3,000 ringgit Program i-Saraan akan dilanjutkan untuk tahun 2023 Akan diitambah baik dengan meningkatkan caruman padanan daripada 250 kepada 300 ringgit Melanjutkan program Kasih Suri Keluarga Malaysia untuk tahun 2023 dan memperkasa program ini melalui perlindungan tambahan di bawah Skim PERKESO Suri rumah yang membuat caruman KWSP minimum 60 ringgit setahun akan mendapat insentif padanan tambahan Kerajaan bernilai sehingga 600 ringgit setahun merangkumi 480 ringgit simpanan KWSP serta 120 ringgit caruman Skim PERKESO Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit BSN juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana 100 juta ringgit Fokus 6: Kos Sara Hidup Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Kerajaan komited untuk meneruskan pelaksanaan Program ini di seluruh negara meliputi 600 DUN, 13 Parlimen Wilayah Persekutuan dan di universiti awam dengan peruntukan 100 juta ringgit. Fokus 7: Kerjaya dan Latihan Kemahiran Insentif Penggajian PERKESO sebanyak 150 juta ringgit disediakan dan dijangka dapat membuka peluang kerjaya kepada lebih 70 ribu pencari kerja PERKESO akan menyediakan bantuan mobiliti sebanyak 500 ringgit kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak 100 ringgit iaitu dari antara 1,500 hingga 2,100 ringgit berbanding 1,400 hingga 2,000 ringgit. Fokus 8: Pendidikan dan TVET Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 ringgit kadar BAP telah dinaikkan kepada 150 ringgit berbanding 100 ringgit Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak 450 ringgit Menambah baik RMT dengan menyediakan bekalan susu pada setiap hari menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada 2 ringgit 50 sen kepada 3 ringgit 50 sen untuk Semenanjung dan 3 ringgit kepada 4 ringgit bagi Sabah, Sarawak dan Labuan Kenaikan kadar ini akan berkuat kuasa pada bulan ini juga. Elaun Sara Hidup bagi pelajar MARA dan PETRONAS telah dinaikkan Memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 dengan kadar yang berikut: Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual. Fokus 9: Pemilikan Rumah Pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50 kepada 75 peratus sehingga 31 Disember 2023 pengecualian 100 peratus atas pembelian rumah bernilai 300 ribu ringgit bakal menjimatkan 6,500 ringgit sementara pengecualian 75 peratus atas pembelian rumah 750 ribu ringgit bakal menjimatkan wang rakyat sebanyak 15 ribu ringgit Peruntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah di luar bandar akan ditingkatkan daripada 361 juta kepada 460 juta ringgit Fokus 10: Pengangkutan Awam Menambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak Inisiatif pas bulanan My50 Bakal manfaat hampir 180 ribu pengguna Bakal mensubsidi pengguna sehingga 150 ringgit sebulan atau 1,800 ringgit setahun Pemilik Teksi:memberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi penjualan Fokus 11: Komuniti Tumpuan Kerajaan akan melaksanakan Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan juga menaja sekurang-kurangnya 10 orang anak orang asli untuk menyambung pelajaran di luar negara Memperkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia 10 juta ringgit disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing cadangan untuk memperbanyak perkhidmatan pintu ke pintu bagi memudahkan pergerakan komuniti OKU Kerajaan menyediakan insentif khas bagi menubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada Memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan yang selamat semasa mereka bekerja. Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji antaranya bekas banduan Kerajaan akan menubuhkan Pusat Transit – Anjung Sinar sebagai pusat sementara untuk mereka berteduh sebelum mendapat pekerjaan dan memulakan hidup baharu bagi anak-anak dibawah jagaan JKM. Fokus 12: Pesawah, Nelayan dan Pekebun Kecil Kerajaan beri subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan Perkenal bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula untuk tahun 2023 dengan memberi bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240 ribu pesawah dengan peruntukan 228 juta ringgit Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh empat bulan kepada 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan 256 juta ringgit. pekebun kecil akan mendapat BMT sebanyak 800 ringgit berbanding 600 ringgit sebelum ini. Perkenalkan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi Skim Perlindungan Pertanian untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi. Demkian merupakan peruntukan bajet 2023 daripada kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/10/intipati-penuh-bajet2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intipati Budget 2023 Prihatin Untuk Rakyat Malaysia

Intipati Budget 2023 Prihatin Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 296 hits
INTIPATI BUDGET 2023 PRIHATIN UNTUK RAKYAT MALAYSIA Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Ber...
Belanjawan 2023 Persatuan Persoal Mana Bantuan Untuk Rakyat Tangani Kos Hidup Free Malaysia Today 07 10 2022

Belanjawan 2023 Persatuan Persoal Mana Bantuan Untuk Rakyat Tangani Kos Hidup Free Malaysia Today 07 10 2022

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Beberapa persatuan pengguna kecewa apabila hampir tiada pengkhususan dalam Bajet 2023 untuk rakyat yang berdepan kos sara hidup semakin meningkat Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader mempersoalkan baga...
Garmin Malaysia Melancarkan Siri Venu Sq 2 Mampu Milik Namun Penuh Ciri

Garmin Malaysia Melancarkan Siri Venu Sq 2 Mampu Milik Namun Penuh Ciri

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 182 hits
Garmin Malaysia hari ini melancarkan Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 Music Edition jam tangan pintar GPS mampu milik yang menampilkan paparan skrin sentuh AMOLED baharu 25 aplikasi sukan terbina dalam dan hayat bateri sehingga hingga 12 hari untuk ...
Tawar Rm9 1 Juta Upah Tangkap Rakyat Malaysia Lolos

Tawar Rm9 1 Juta Upah Tangkap Rakyat Malaysia Lolos

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 213 hits
Noor Hidayah Tanzizihidayah tanzizi hmetro com myDATUK Hishamuddin Hashim bersama Tan Sri Musa Hassan menunjukkan dokumen untuk diserahkan kepada kedutaan Laos FOTO HAIRUL ANUAR RAHIMKuala Lumpur Dijanjikan wang ganjaran lumayan bernilai AS...
Bajet 2023 Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

Bajet 2023 Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 400 hits
Pada 7 Oktober 2022 Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz membuat pembentangan Bajet 2023 yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat kelangsungan perniagaan kemakmuran ekonomi dan kecek...
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Tahun 2022 L Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Tahun 2022 L Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 227 hits
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Tahun 2022 l Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen Kerajaan Malaysia berusaha untuk memajukan rakyat melalui menjaga kebajikan rakyat Malaysia Pelbagai usaha kerajaan untuk merealisasikan kebajik...
Kita Rakyat Malaysia Akan Tentukan Nasib Mereka Bukan Mereka Tentukan Nasib Kita

Kita Rakyat Malaysia Akan Tentukan Nasib Mereka Bukan Mereka Tentukan Nasib Kita

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 148 hits
ARIF EYE AHMADNasib 32juta rakyat ditentukan oleh 6 orang ni atau 32juta rakyat Malaysia tentukan nasib 6 orang ni Pikir masa depan kita bukan masa depan 6 orang ni pilihan ditangan kita jom bersihkan Negara
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Pipe And Drape Backdrop Ideas For Weddings Budget Friendly Elegance

Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis