Belanjawan 2023 Persatuan Persoal Mana Bantuan Untuk Rakyat Tangani Kos Hidup Free Malaysia Today 07 10 2022


 

PETALING JAYA: Beberapa persatuan pengguna kecewa apabila hampir tiada pengkhususan dalam Bajet 2023 untuk rakyat yang berdepan kos sara hidup semakin meningkat.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, mempersoalkan bagaimana belanjawan itu boleh membantu rakyat B40 dan M40 mendepani kemelesetan ekonomi yang diramal berlaku tahun depan.
“Harga barang sedang meningkat. Nilai ringgit merosot. Pendapatan rakyat B40 dan M40 mengecut. Bunga (faedah) atas pinjaman semakin naik. Bagaimana bajet boleh meringankan sara hidup mereka? Rakyat harus bersedia.
“Kemelesetan ekonomi diramalkan tahun depan akan menjejaskan lagi sara hidup rakyat. Kerajaan perlu ambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan dalam struktur dan polisi ekonomi kita,” katanya kepada FMT.
Petang tadi, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan peruntukan berjumlah RM372.3 bilion untuk Bajet 2023.
Jumlah itu meningkat RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion diperuntukkan bagi 2022.
Kira-kira RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM95 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, bertegas bajet kali ini seharusnya “menyuntik semangat untuk rakyat”.
Katanya, rakyat masih dalam proses pemulihan daripada covid-19 dan kerajaan seharusnya menunjukkan keprihatinan menerusi Bajet 2023- jumlah paling besar dalam sejarah.
“Bajet seharusnya diberi keutamaan untuk rakyat ada semangat balik. Ini macam rakyat pun sudah tak ada semangat. Tak ada benda-benda yang menarik (khusus untuk mereka).
“Mungkin aspek ini boleh dikaji balik, mungkin boleh (buat) tambahan untuk diberi kepada orang ramai membentuk hati dan keterujaan semula (untuk bina hidup). Pada saya (perincian bajet) ini tak berapa cukup,” katanya.
Sebuah lagi persatuan pengguna menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa peruntukan dana yang besar benar-benar sampai kepada golongan sasar.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Marimuthu Nadason, berkata kerajaan masih perlu memberikan subsidi yang mencukupi untuk membantu rakyat di kala kos sara hidup semakin meningkat.
“Subsidi untuk sementara ini harus diberikan sebab hampir dua tahun kita tak ada produktiviti, 2020 dan 2021 tak ada produktiviti (disebabkan Covid-19).
“Banyak orang susah. Jadi untuk B40 dan M40 ini, kerajaan harus tolong mereka lebih sedikit. Tapi (secara keseluruhan) apa (Bajet 2023) yang berikan ini terlalu kurang (untuk tangani kos sara hidup),” katanya.


Artikel oleh: Free Malaysia Today
BELANJAWAN 2023: PERSATUAN PERSOAL MANA BANTUAN UNTUK RAKYAT TANGANI KOS HIDUP

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/07/belanjawan-2023-persatuan-persoal-mana-bantuan-untuk-rakyat-tangani-kos-hidup/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/belanjawan-2023-persatuan-persoal-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2023 Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

Bajet 2023 Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 561 hits
Pada 7 Oktober 2022 Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz membuat pembentangan Bajet 2023 yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat kelangsungan perniagaan kemakmuran ekonomi dan kecek...
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Tahun 2022 L Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Tahun 2022 L Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 355 hits
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Tahun 2022 l Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Miliki Lesen Kerajaan Malaysia berusaha untuk memajukan rakyat melalui menjaga kebajikan rakyat Malaysia Pelbagai usaha kerajaan untuk merealisasikan kebajik...
Rakyat Malaysia Bakal Terima Nasib Seperti Rohingya 5 Tahun Lagi Toqqi Ppim Samudera My 05 10 2022

Rakyat Malaysia Bakal Terima Nasib Seperti Rohingya 5 Tahun Lagi Toqqi Ppim Samudera My 05 10 2022

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR 05 September 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan jika masalah kegiatan rasuah tidak dihapuskan sebaik mungkin dalam tempoh lima tahun lagi maka rakyat Malaysia akan menerima nasib sama sepert...
Infinix Note 12 2023 Anti Lag Lag Club Is Making Waves To Malaysia On 7th October 2022 For Rm799

Infinix Note 12 2023 Anti Lag Lag Club Is Making Waves To Malaysia On 7th October 2022 For Rm799

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 485 hits
Infinix Malaysia today announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG LAG CLUB their latest powerful smartphone in the Note series which will be available for users across Malaysia from 7th October 2022 onwards In additi...
Intipati Bajet 2023 Belanjawan Malaysia

Intipati Bajet 2023 Belanjawan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 359 hits
Pembentangan Bajet 2023 Belanjawan 2023 dibentang pada 7 Oktober 2022 jam 2 30 3 00 petang siaran lansung melalui saluran RTM oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat Stream secara langsung https rtmk...
Intipati Budget 2023 Prihatin Untuk Rakyat Malaysia

Intipati Budget 2023 Prihatin Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 460 hits
INTIPATI BUDGET 2023 PRIHATIN UNTUK RAKYAT MALAYSIA Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Ber...
Bank Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan Persatuan Bank

Bank Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan Persatuan Bank

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 237 hits
Dalam perasmian Pameran Maya Jenayah Kewangan yang berlangsung pada 26 September gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos mengumumkan semua institusi kewangan telah diarahkan untuk mengambil langkah langkah tambahan untu...
Bajet 2023 Tambah Baik Bantuan Keluarga Malaysia

Bajet 2023 Tambah Baik Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 361 hits
Bajet 2023 berjumlah RM372 3 bilion ini menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding Bajet 2022 iaitu sebanyak RM332 bilion Bajet ini menyediakan RM272 3 bilion bagi Belanja Mengurus RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM5 bilion di ...
Infinix Malaysia Announced The Official Launch Of The Infinix Note 12 2023 Anti Lag Lag Club On 7th October 2022

Infinix Malaysia Announced The Official Launch Of The Infinix Note 12 2023 Anti Lag Lag Club On 7th October 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 516 hits
Infinix Malaysia announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG LAG CLUB On 7th October 2022 Infinix Malaysia today announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG LAG CLUB their latest powerful smartp...
Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Wee Questions Funds For Vanity Projects Says Better Spent On Healthcare

Beliawanis Mca Stabbing Incident In Bandar Utama School A Wake Up Call For Moe

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Sinopsis Filem Banduan

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Most Difficult Cleaning

Chinatown888 22 September Chinatown888 Top 9 By Lyn

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind

Don T Take Advice From Someone You Wouldn T Trade Places With

Honor Dedah Robot Phone Konsep Baharu Gabung Ai Dan Robotik Dalam Telefon Pintar

Nubhan Lafaz Cerai Kali Kedua Pada Ogos Pernah Ceraikan Isteri Kali Pertama Pada 2017 Akberdin