Rasa Nikmat Boleh Rapat Saf
IPOH – Jemaah masjid dan surau di Perak meluahkan rasa syukur dan gembira mereka selepas saf solat berjemaah kembali boleh dirapatkan mulai Jumaat.
Tinjauan Sinar Harian di Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak, di sini mendapati para jemaah memanfaat peluang itu dengan memenuhkan ruang solat yang disediakan.
Seorang jemaah, Azhar Sairun, 53, berkata, perkara itu memang amat dinanti-nantikan selama ini oleh umat Islam.
Menurutnya, tiada lagi alasan untuk umat Islam tidak hadir solat berjemaah di masjid dan surau.
“Memang terasa nikmatnya dapat rapatkan saf solat berjemaah di masjid. Dah lama tak rasa solat ramai-ramai macam ini.
“Saya harap umat Islam dapat memanfaatkan peluang ini dengan kembali mengimarahkan masjid,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Masjid Sultan Idris Shah II, di sini pada Jumaat.
Seorang lagi jemaah, Ahmad Akhdhor Muhd Rivai, 43, berkata, di sebalik kelonggaran itu juga, umat Islam masih perlu turus menjaga disiplin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Menurutnya, sebarang SOP tidak boleh diambil ringan agar kebenaran diberikan itu berkekalan.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh berkata, pengumuman kebenaran merapatkan saf itu benar-benar dimanfaatkan oleh jemaah apabila bilangan yang hadir pada solat Subuh dan solat Jumaat bertambah.
Abd Farid (berdiri) melihat proses pemberian vaksin kepada kanak-kanak di PPV Masjid Sultan Idris Shah II, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, solat Jumaat yang sebelum ini hanya boleh menerima 480 jemaah disebabkan SOP meningkat sehingga 1,400 jemaah selepas saf dirapatkan.
“Di sebalik kebenaran merapatkan saf itu, kita tetap menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan. Jemaah masih digalakkan membawa sejadah sendiri dan mengambil wuduk dari rumah.
“Kita juga turut membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di dewan kuliah masjid bagi membolehkan jemaah mengambil suntikan dos penggalak dan vaksin kepada kanak-kanak,” katanya.
Abd Farid berkata, pemberian vaksin di masjid itu sebagai menyahut titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang mahu jawatankuasa masjid dan surau proaktif mengajak orang ramai mengambil dos penggalak vaksin Covid-19.
Katanya, program pemberian vaksin tersebut akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 8 April bermula pada jam 11 pagi hingga 4 petang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
Hadi dijangka bertemu Mahathir
Khayla perlukan bantuan segera
Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup
The post ‘Rasa nikmat boleh rapat saf’ appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/02/rasa-nikmat-boleh-rapat-saf/