Rangka Strategi Baru Elak Silap Kenal Pasti Golongan Miskin Gesa Tok Mat


FMT ReportersMohamad Hasan berkata, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan miskin
bandar dan masyarakat luar bandar kerana mereka menghadapi cabaran berbeza.PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, kerajaan perlu merangka strategi baru lebih menyeluruh untuk dasar membasmi kemiskinan bagi mengelakkan kesilapan mengenal pasti kaum tertentu sebagai golongan miskin yang perlu dibantu kerajaan, susulan semakan semula had pendapatan garis kemiskinan (PGK) daripada RM980 kepada RM2,208.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, semakan semula PGK penting untuk mencerminkan realiti tahap kemiskinan sebenar kerana sejak pra-pandemik Covid-19, garis kemiskinan nasional dirasakan terlalu rendah dan tidak selari kos kehidupan di negara ini.
Katanya, peningkatan kadar kemiskinan secara drastik akibat krisis ekonomi selepas penularan Covid-19 akan menyukarkan usaha mengenal pasti dan mengklasifikasikan kumpulan B40, M40 serta T20.
“Semua parameter klasifikasi ini kini bertindih dan Malaysia bakal menyaksikan peningkatan kadar kemiskinan merentasi kaum, dengan tempias yang paling hebat secara amnya terhadap golongan Bumiputera dan India.
“Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menunjukkan Bumiputera dan India mencatatkan insiden kemiskinan mutlak 7.2% dan 4.8% masing-masing; jauh lebih tinggi daripada orang Cina dengan insiden kemiskinan 1.4%.
“Walaupun semua lapisan dalam masyarakat akan terjejas, impak paling jelas ialah kepada golongan yang ‘professionally, educationally, socially and financially insecure’; khususnya golongan pekerja dan penerima upah. Satu-satunya kumpulan kelas menengah yang boleh bertahan ialah penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin dilaporkan PGK disemak kepada RM2,208 berdasarkan kaedah pengiraan pada 2019.
Sebelum ini, PGK dikira berdasarkan metodologi pada 2005 yang menjadikan penanda aras kemiskinan pada RM980.
Uzir berkata, insiden kemiskinan mutlak bertambah baik daripada 7.6% pada 2016 kepada 5.6% pada 2019 dan kemiskinan tegar adalah 0.4% pada 2019 berbanding 0.6% pada 2016.
Hari ini, Mohamad berkata, Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang dikeluarkan semalam sepatutnya mengambil kira realiti kebanyakan komuniti yang berisiko dihimpit kemiskinan seperti masyarakat asal, pekerja asing dan pelarian sebagai sebahagian daripada asas pengiraan kemiskinan.
“Jika golongan tersebut diambil kira, maka kadar kemiskinan lebih tinggi daripada 5.6%.
“Yang lebih meruncingkan, kadar tersebut pasti telah dan akan meningkat dengan drastik dampak pandemik Covid-19 kerana kehilangan ratusan ribu pekerjaan dan ekonomi yang meleset. Malah, Bank Dunia menganggarkan secara konservatif 11 juta penduduk di Asia Timur akan terheret ke kancah kemiskinan akibat keruntuhan ekonomi.”
Beliau berkata, strategi pemulihan dan pembinaan ketahanan ekonomi negara perlu bersifat inklusif dan menterjemahkan kesejahteraan dengan erti kata sebenar.
Katanya, dasar membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat perlu disegerakan, dengan merangkumi strategi fokus kepada pemerkasaan dan berasaskan keperluan.
Beliau berkata, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan miskin bandar dan masyarakat luar bandar kerana mereka menghadapi cabaran berbeza.
“Masyarakat miskin bandar perlu berdepan krisis kehilangan pekerjaan dan masalah kelangsungan kehidupan kerana kos kehidupan yang mencabar.
“Mereka yang miskin di kawasan luar bandar pula dibelenggu masalah harga komoditi suram, akses kepada pasaran dan produktiviti rendah kerana tiadanya inovasi.
“Malah, insiden kemiskinan mutlak di luar bandar pada 2019 ialah 12.4%, jauh lebih tinggi daripada kadar 3.8% di bandar.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/rangka-strategi-baru-elak-silap-kenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Tak Setuju Pn Guna Lambang Baru Pada Pru15

Tok Mat Tak Setuju Pn Guna Lambang Baru Pada Pru15

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 315 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tidak bersetuju Perikatan Nasional bertanding sebagai gabungan tunggal yang menggunakan lambang baru pada pilihan raya umum ke 15 kerana ia perlu memberi penjelasan kepada rakyat Katanya parti yang menyo...
Yayasan Pembangunan Pondok Kenal Pasti 2 Sasaran Baru

Yayasan Pembangunan Pondok Kenal Pasti 2 Sasaran Baru

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 338 hits
Dalam bercerita hal mengenai bantuan banjir yang melibatkan beberapa madrasah dan pondok sekitar Temerloh Pahang Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashita ada memberi sedikit pandangan dan ulasan mengenai rencana dan pe...
Economists Hail Tok Mat S Call For Youth To Drive Change

Economists Hail Tok Mat S Call For Youth To Drive Change

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 306 hits
Barjoyai Bardai of Universiti Tun Abdul Razak claims that older people are uncomfortable with change PETALING JAYA An economist has outlined how the government can capitalise on youths in promoting the digital economy saying the country is ...
Kpm Kenal Pasti Tiga Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

Kpm Kenal Pasti Tiga Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 491 hits
Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Md Jidin menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti model satu sesi dua sesi dan penggiliran bagi pengoperasian pembukaan penuh sekolah KPM kenal p...
Pertermuan 4 Mata Anwar Mat Sabu Rungkai Kekusutan Bina Gabungan Baru

Pertermuan 4 Mata Anwar Mat Sabu Rungkai Kekusutan Bina Gabungan Baru

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 443 hits
MALAYSIA DATELINE Pertemuan empat mata Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu hanya berlaku dengan rakan politik bukannya dengan musuh kata setiausaha politik beliau Azhar Mat Dali Selalunya kata beliau pertemuan sebegini diadakan bagi merungkai...
Isu Komunis Terbukti Gagal Lawan Politik Pdip Perlu Kecerdasan Dan Strategi Baru

Isu Komunis Terbukti Gagal Lawan Politik Pdip Perlu Kecerdasan Dan Strategi Baru

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 311 hits
Pengamat politik sekaligus peneliti Indonesian Public Institute Karyono Wibowo menilai respons Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan dalam menyikapi aksi pembakaran bendera Rabu 24 Juni 2020 kemarin sudah tepat karena sudah menempuh jalur h...
Pru 15 Mungkin Lima Bulan Lagi Tok Mat

Pru 15 Mungkin Lima Bulan Lagi Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 313 hits
BARISAN Nasional digesa bersiap siaga untuk menghadapi pembubaran Parlimen yang dijangka berlaku dalam masa lima bulan akan datang Ini kerana kerajaan bukan diterajui oleh UMNO sebaliknya adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dikatakan...
Mat Sabu Dan Guan Eng Silap Fokus

Mat Sabu Dan Guan Eng Silap Fokus

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 311 hits
Oleh Muhammad Hafez DarwisPerlu dibezakan antara Pakatan Harapan dan Plus Ini perlu jelas Tapi ada pimpinan di dalam parti komponen Pakatan Harapan yang kabur Kekaburan mereka ini tidak membantu di dalam proses pengukuhan Pakatan Harapan Pa...
Tok Mat Bakal Cabar Zahid

Tok Mat Bakal Cabar Zahid

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 444 hits
TIDAK perlu dinafikan lagi 3 7 juta ahli UMNO hari ini berbelah bahagi tentang status Perikatan Nasional dan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Ada yang menyokong atas dasar p...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta