Yayasan Pembangunan Pondok Kenal Pasti 2 Sasaran Baru
Dalam bercerita hal mengenai bantuan banjir yang melibatkan beberapa madrasah dan pondok sekitar Temerloh Pahang Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashita ada memberi sedikit pandangan dan ulasan mengenai rencana dan perancangan YPPM bagi tujuan masa depan institiusi Pondok.
Antara yang di cadangkan ada lah yang seperti di bawah ini: -
1) untuk mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada julung kalinya tiga tahun lalu.
2) memenuhi keperluan satu laporan lengkap mengenai status pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab menyalurkan dana RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok seperti yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Penaung YPPM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sewaktu membentang Belanjawan 2015 Oktober lalu.
Begitu jelas sekali kenyataan yang di buat oleh orang yang di amanah kan menjaga institiusi pondok melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia ia itu Pengerusi nya Datuk Dr Mashita Ibrahim.
Hasrat diatas terjalin setelah kajian dan analisa kedudukan pembelajaran pondok dan hala tuju nya.
YPPM juga mempunyai dana dan kewangan yang terhad dan tentu sekali tidak mampu membuat atur cara atau pun master plan dan blue print yang tidak mampu di tampung perbelanjaan nya.
Bagi tujuan mengujudkan satu laporan lengkap tentang kedudukan sekolah pondok tentu sekali memakan masa dan kajian ini apabila ujud nanti boleh di jadi kan rujukan untuk “future plan” sekolah pondok.
“Laporan ini dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, dan boleh dianggap kajian paling komprehensif yang pernah dijalankan ke atas sekolah pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia” ujar Dr Mahsita.
Turut menjadi hasrat YPPM pada masa hadapan ada lah mahu berdiri dikaki sendiri dengan YPPM bergerak dalam kemampuan nya sendiri dan bukan atas wang pemberian dan peruntukan sahaja, sambung Dr Mashita.
Atas pendirian baru ini, maka dalam mesyuarat lembaga Pengarah YPPM beberapa hari lalu, ketetapan telah di buat oleh BOD YPPM, bahawa dengan sebeluat suara bersetuju untuk untuk meneroka penubuhan sebuah koperasi yang terbuka kepada semua pondok di Malaysia.
Di putuskan bahawa Lembaga Pengarah YPPM akan mengkaji cadangan ini secara mendalam, serta mendapatkan nasihat dan pandangan kementerian berkaitan.
Tujuan dan matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi.
Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen.
Perancangan serta tindakan ke arah ini akan membuat YPPM berkedudukan kepada “self reliant” dan lebih pro active dalam usaha memilki pendapatan sendiri tanpa pergantungan sangat kepada pemberian dan bantuan kerajaan.
Begitu lah kedudukan yang mahu dibawa oleh Pengerusi serta Lembaga Pengarah YPPM untuk apa yang di panggil oleh syarikat koperat sebagai “visi” dan “misi” dalam kelansungan menjaga kebajikan Pondok dan juga badan yang menjaga hal ehwal pondok ia itu YPPM sendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thechulan.blogspot.com/2015/02/yayasan-pembangunan-pondok-kenal-pasti.html