Tok Mat Bakal Cabar Zahid


Sofea AmeliaJuly 9, 2020
TIDAK perlu dinafikan lagi, 3.7 juta ahli UMNO hari ini berbelah bahagi tentang status Perikatan Nasional (PN) dan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ada yang menyokong atas dasar penyatuan parti-parti Melayu-Islam, ada yang menentang atas dasar keperluan UMNO untuk kekal sebagai parti paling dominan di Malaysia.

Hakikatnya, sebagai sebuah parti politik dengan anggota yang paling ramai di Malaysia, tidak menghairankan apabila ramai ahli UMNO berasa kurang selesa dengan usaha mengekalkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri PN menjelang PRU15.

Bahkan saat ini pun UMNO ‘berkorban’ jawatan Perdana Menteri dengan menyokong Muhyiddin meskipun hakikatnya UMNO memiliki jumlah kerusi yang hampir lima kali ganda lebih banyak berbanding Bersatu di Dewan Rakyat.

Kem yang menolak ini juga menentang keras kemungkinan UMNO untuk mengorbankan kerusi kepada parti Bersatu pimpinan Muhyiddin dan kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Malah veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad sendiri mendedahkan kerusi Parlimen Johor Bahru yang dianggap sebagai kerusi tradisi yang ditandingi UMNO bakal diserahkan kepada kem Azmin Ali dalam PRU15 akan datang.

Antara pemimpin UMNO yang secara terbuka mempersoalkan pendirian parti yang menyokong pengekalan Muhyiddin sebagai calon PM pada PRU15 ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Shahrir Samad; ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar.

Bahkan, Mohamed Khaled bertindak menamakan lima calon yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon PM daripada UMNO – Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, kesemua lima orang pemimpin itu berpotensi dan merupakan Prime Minister’s material, sambil mengingatkan UMNO agar jangan ‘terburu-buru mengehadkan pendiriannya’.Cadangan

Untuk rekod, dalam persaingan jawatan Presiden UMNO sebelum ini, dua daripada lima nama yang dicadangkan oleh Mohamed Khaled itu telah dikalahkan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Khairy Jamaluddin. Secara khusus, Ku Li turut menyuarakan pandangan yang kontra dengan pendirian semasa parti untuk terus bekerjasama dengan Bersatu menjelang PRU15.

Dalam temu bual bersama Channel News Asia (CNA), Ku Li menegaskan: “Bersatu tak sepatutnya ada pun. Mereka (ahli parti UMNO) berasa bahawa ia (kerjasama) harus berlaku hanya dalam kalangan Muafakat (Nasional) Pas, UMNO dengan rakan-rakan tradisi Barisan Nasional (iaitu) MCA dan MIC.”

Ketika ditanya apakah beliau percaya UMNO akan terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dalam PRU akan datang, Ku Li menjawab: “Saya tak rasa begitu. Susunan dalam Perikatan Nasional hanyalah semata-mata demi memastikan kestabilan. Bila kita berdepan dengan PRU, itu satu situasi yang berbeza.”

Meskipun Ku Li jelas berbeza pandangan dengan pimpinan parti, namun rekod kekalahan beliau kepada Zahid sebelum ini memberi impak kepada peluang beliau untuk tampil sekali lagi mencabar jawatan Presiden UMNO.

Keadaan sebaliknya berbeza dengan seorang lagi pemimpin UMNO yang berpengaruh, iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat). Seperti mana Ku Li, Tok Mat juga lebih cenderung kepada usaha memperkasakan Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas, bukannya PN dengan Bersatu.

Rekod Tok Mat juga cemerlang ketika memangku jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebelum ini, lantas dilihat berupaya untuk mengubah trajektori UMNO daripada berkorban kepada Bersatu dan kembali menjadikan UMNO sebagai parti yang dominan.

Soalnya kini, jika UMNO di bawah pimpinan Zahid kekal dengan pendirian menyokong Muhyiddin dan berkorban kerusi kepada Bersatu dan kem Azmin, adakah Tok Mat akan bersedia untuk tampil mencabar jawatan Presiden UMNO?

*Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/tok-mat-bakal-cabar-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Mungkin Lima Bulan Lagi Tok Mat

Pru 15 Mungkin Lima Bulan Lagi Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 306 hits
BARISAN Nasional digesa bersiap siaga untuk menghadapi pembubaran Parlimen yang dijangka berlaku dalam masa lima bulan akan datang Ini kerana kerajaan bukan diterajui oleh UMNO sebaliknya adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dikatakan...
Tok Mat Tak Setuju Pn Guna Lambang Baru Pada Pru15

Tok Mat Tak Setuju Pn Guna Lambang Baru Pada Pru15

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 300 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tidak bersetuju Perikatan Nasional bertanding sebagai gabungan tunggal yang menggunakan lambang baru pada pilihan raya umum ke 15 kerana ia perlu memberi penjelasan kepada rakyat Katanya parti yang menyo...
Siapa Rais Yatim Nak Ajar Tok Mat Hasan

Siapa Rais Yatim Nak Ajar Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 236 hits
Tan Sri Rais Yatim perlu faham bahawa isu sebenar yang dibangkitkan oleh DSU Mohamad Haji Hasan bukanlah kita perlu meniru Singapura janganlah jadi begitu dangkal dan bodoh untuk membuat tafsiran sedemikian Kerajaan ini perlu mendapatkan ma...
Tok Mat Calls For Snap Polls To End Political Uncertainty

Tok Mat Calls For Snap Polls To End Political Uncertainty

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 298 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan today urged Prime Minister Muhyiddin Yassin to dissolve Parliament to make way for a snap election in light of the current political uncertainty In a statement he said neighbouring Singapore had called fo...
Tok Mat Bubar Saja Parlimen Macam Singapura

Tok Mat Bubar Saja Parlimen Macam Singapura

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 355 hits
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen republik tersebut bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan pada 10 Julai 2020 Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang ba...
Rangka Strategi Baru Elak Silap Kenal Pasti Golongan Miskin Gesa Tok Mat

Rangka Strategi Baru Elak Silap Kenal Pasti Golongan Miskin Gesa Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 328 hits
Mohamad Hasan berkata perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan miskin bandar dan masyarakat luar bandar kerana mereka menghadapi cabaran berbeza PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerajaan perlu merangka stra...
Umno Distances Itself From Tok Mat S Call For Snap Polls

Umno Distances Itself From Tok Mat S Call For Snap Polls

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 372 hits
Barisan Nasional secretary general Annuar Musa has dismissed the call by Mohamad Hasan for a snap election saying it was the Umno deputy president s personal opinion Annuar who is also the Federal Territories minister said it was not Umno s...
Economists Hail Tok Mat S Call For Youth To Drive Change

Economists Hail Tok Mat S Call For Youth To Drive Change

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 286 hits
Barjoyai Bardai of Universiti Tun Abdul Razak claims that older people are uncomfortable with change PETALING JAYA An economist has outlined how the government can capitalise on youths in promoting the digital economy saying the country is ...
Pru15 Uncle Kentang Bakal Cabar Mantan Menteri Komunikasi Di Puchong

Pru15 Uncle Kentang Bakal Cabar Mantan Menteri Komunikasi Di Puchong

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 224 hits
Setiap hari ada sahaja angin yang menyemarakkan api Pilihanraya ke 15 bertiup bagi menandakan ianya semakin hampir semakin Ini disokong oleh kebanyakkan penganalisa politik yang turut menjangkakan hal yang sama akan berlaku memandangkan maj...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan